Ingatkan Panda Makan Buluh Je. Ramai Yang TERKEJUT Bila Tengok Apa Yang Panda Ini Makan !!!

| March 7, 2017 | 1 Comment

Ingatkan Panda Makan Buluh Je. Ramai Yang TERKEJUT Bila Tengok Apa Yang Panda Ini Makan !!! | Sebut sahaja panda, haiwan ini memberi imej yang comel dan manja serta suka makan buluh. Namun baru-baru ini gambar seekor panda gergasi tersebar menunjukkan sifat lain yang ada pada haiwan itu. Apakah?

 

Pada 24 Februari lalu, seekor panda gergasi yang liar mengganas dan menyerang sebelum memakan kambing milik penduduk di Leshan, Wilayah Sichuan di China. Bukan panda herbivor ke?

Menurut Bastille Post, kira-kira jam 10 pagi itu mereka ternampak seekor panda liar muncul dari gunung berdekatan perkampungan Muping dipercayai untuk mencari makan. Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat, panda liar itu dengan begitu rakus membaham seekor kambing di hadapan mereka.

Selepas kekenyangan, panda itu sempat melepak di suatu sudut selama 20 minit sebelum kembali ke gunung tempat ia muncul sebelum itu. Penduduk kampung kemudian mengambil gambar bangkai kambing yang telah dibaham panda tersebut dan kini telah tersebar luas di internet.

Menurut pegawai dari Biro Perhutanan Daerah Mabian, beliau telah dihubungi penduduk dan terus bergegas ke tempat kejadian namun panda itu dilaporkan telah terlebih dahulu pergi dari situ. Namun, mereka berjaya mendapatkan najis panda itu untuk dianalisis di makmal.

Pada hari yang sama, seekor lagi panda gergasi seberat kira-kira 100 kilogram dilaporkan dikesan di daerah yang sama namun haiwan berkenaan dilihat sedang bersantai di celahan semak sebelum kembali semula ke hutan tanpa membahayakan sesiapa.

Penemuan panda yang memakan kambing itu sangat mengejutkan dan menjadi viral di laman web popular tempatan, Weibo.

Saya sangka, panda hanya memakan buluh dan bersifat manja. Tidak sangka haiwan itu begitu ganas sekali!” komen seorang netizen.

Apa yang saya fikirkan tentang panda selama ini ternyata salah. Saya sangka panda hanya makan buluh.” komen seorang lagi.

Meskipun berita ini mungkin kelihatan palsu, namun jangan terkejut kerana panda sebenarnya mampu berbuat sedemikian.

Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan Wilayah Sichuan, Gu Haijun memberi maklum balas mengenai insiden itu dan berkata meskipun panda gergasi kebanyakannya adalah herbivor, keturunan mereka sebenarnya adalah pemakan daging (karnivor) dan dipercayai bahawa panda sebegitu masih wujud di zaman serba moden ini.

Jika diperiksa di laman web WWF.Panda.org, panda gergasi dilaporkan mempunyai saluran penghadaman karnivor. Ada kalanya mereka memburu tikus dan haiwan kecil meskipun 99% daripada diet mereka terdiri daripada buluh. Jangan lupa, mereka adalah keluarga beruang!

So, lepas ni jangan mudah percaya dengan muka comel dan manja panda. Siapa sangka panda boleh memakan kambing dengan begitu rakus!

 Sumber : Bastille Post

P.S. 1 – Awek Cun Mesej Minta Nak Pinjam Duit Di FB. Apa Yang Lelaki Ini Balas…. Memang TERKEDU Dan WIN !!!
P.S. 2 – Picit Jerawat Keluar Benda Putih. Korang Tahu Apa Benda Tu? Mesti Korang Takkan Picit Dah !!!
P.S. 3 – PERINGATAN Untuk Ibu Bapa. Bouncer, Rocker Dan Car Seat Boleh MEMBUNUH Si Penggunanya Tanpa Sedar !!!
P.S. 4 – Terlihat Seorang Pakcik Bersama Seorang Budak Hanya Menjamah Nasi Putih Kosong. Apa Yang Wanita Ini Lakukan Buat Pakcik Itu MENANGIS !!!
P.S. 5 – Pelajar Bukan Orang Gaji Minta Padamkan Papan Hitam !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: LUAR NEGARA

About the Author ()

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. ilham othmany says:

    Cuba siasat lagi.Entah entah ada orang yang cat beruang gunung dengan warna hitam putih ke.He he

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *