Kantoi DENGKI. Restoran Ini Baru Beroperasi Sebulan Tapi Diganggu Berkali². Akhirnya Pemilik Dedah Rakaman CCTV !!!

| March 4, 2017 | 0 Comments

Kantoi DENGKI. Restoran Ini Baru Beroperasi Sebulan Tapi Diganggu Berkali². Akhirnya Pemilik Dedah Rakaman CCTV !!! | KOTA BHARU – Baru sebulan lebih beroperasi, namun pemilik kafe ini telah diganggu berkali-kali. Dan baru-baru ini tindakan seorang lelaki merosakkan empat tanaman hiasan di depan premis berjaya di rakam kamera litar tertutup (CCTV).

Pemilik Big Bites Cafe dalam laman Facebooknya mendakwa ada pihak yang cuba mensabotaj perniagaan mereka sedangkan mereka bersaing secara sihat dan tidak mengacau perniagaan pihak lain.

“Cafe kami walaupun baru sebulan lebih beroperasi, dah bermacam-macam dugaan. Sejak dua minggu lepas, ada beberapa kejadian berlaku pada kedai kami di waktu pagi ketika orang lain sedang tidur lena.

“Kes kali ini, tanaman hiasan di depan kafe dirosakkan. Bukan murah empat pokok hiasan besar ini,” tulisnya.

“Sudah ada beberapa kes ada pihak yang dengki dengan kami, sabotaj kafe kami, sedangkan kami bersaing secara sihat, tak kacau orang, bisnes orang.

“Memang nampak maju dan setiap hari kafe penuh, tetapi itu rezeki yang Allah bagi. Kita sama-sama Melayu, kenapalah perlu dengki?

“Kes sebelum ini ada yang siap guna benda-benda ‘mistik’ lagi, benda-benda khurafat gini terkeluar dari iman. Na’uzubillah. Tak payahlah dengki. Kita sama-sama mencari rezeki di bumi Allah ini,” tulisnya.

UNTUK MENGELAKKAN KEKELIRUAN ORE RAMAI, KAMI TERPAKSA UPLOAD RAKAMAN ORIGINAL DARI CCTV..Kami minta sangat2 cukup2la dok bergadoh, maki hamun, fitnah cafe ke, pakcik tu ke..kami upload ni utk cari pakcik tu..dan dijadikan pengajaran kepada ore lain..bukan utk bergadoh2, maki hamun..Sapo yg kenal pakcik ni tlg inform kpd kami..Kami memang xtau apa motif pakcik tu..tapi walau apapun explaination dia, sakit ke, ugut ke, dengki ke,.. cara khianat gengster samseng merosakkan bisnes ore ni memang xpatut ada dalam zaman loni ni..bawa bincangla..Harap dia dapat jumpa dan selesaikan dgn pihak cafe dgn segera..sebelum ditahan polis..

Posted by BIG BITES CAFE on Saturday, March 4, 2017

Difahamkan pemilik kafe telah membuat laporan polis dan kini meminta bantuan orang ramai menyebarkan video cctv tersebut agar pelakunya tampil memohon maaf dan membayar ganti rugi.

Sumber : Big Bites Cafe

P.S. 1 – Awek Cun Mesej Minta Nak Pinjam Duit Di FB. Apa Yang Lelaki Ini Balas…. Memang TERKEDU Dan WIN !!!
P.S. 2 – Picit Jerawat Keluar Benda Putih. Korang Tahu Apa Benda Tu? Mesti Korang Takkan Picit Dah !!!
P.S. 3 – PERINGATAN Untuk Ibu Bapa. Bouncer, Rocker Dan Car Seat Boleh MEMBUNUH Si Penggunanya Tanpa Sedar !!!
P.S. 4 – Terlihat Seorang Pakcik Bersama Seorang Budak Hanya Menjamah Nasi Putih Kosong. Apa Yang Wanita Ini Lakukan Buat Pakcik Itu MENANGIS !!!
P.S. 5 – Pelajar Bukan Orang Gaji Minta Padamkan Papan Hitam !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Viral

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *