Seorang Bapa Minta Gambar Bayinya Di ‘edit’ Hilangkan Wayar Dan Tiub Alat Sokongan. Apa Yang Dia Dapat MENYENTUH HATI !!!

| March 7, 2017 | 0 Comments

Seorang Bapa Minta Gambar Bayinya Di ‘edit’ Hilangkan Wayar Dan Tiub Alat Sokongan. Apa Yang Dia Dapat MENYENTUH HATI !!! | Tanpa pernah sehari pun melalui kehidupan yang sihat dan normal, gambar bayi berusia enam minggu ini diambil dalam keadaan dia teruntai pada wayar dan tiub alat sokongan yang dipasangkan kepadanya.

Apabila bayi ini meninggal dunia, ayahnya meminta bantuan ramai untuk mengolah gambar yang diambilnya itu agar wayar dan tiub yang disambungkan kepada bayi tersebut tidak kelihatan. Ramai yang menyahut untuk memenuhi permintaan si ayah itu.

Nathan Steffel dari Ohio berasa sangat sedih apabila melihat anak perempuannya lahir dalam keadaan dirundungi pelbagai komplikasi fizikal.

“Dia berada di dalam senarai menunggu untuk menerima organ hati sewaktu dia meninggal dunia akibat komplikasi daripada tekanan pada abdomennya kesan daripada penyakit hemangioma yang dihidapinya,” tulis Nathan.

Hemangioma merupakan salah satu tumor tidak berbahaya yang menjangkiti antara 5-10% bayi yang baru lahir.
Memandangkan bayi mereka tidak terselamat, pasangan ibu bapa ini tidak berkesempatan untuk mengambil foto gembira bayi tersebut.

Jadi, mereka meminta bantuan orang ramai di laman Reddit jika ada sesiapa yang mempunyai kepakaran mengolah gambar agar tiub dan wayar yang disambungkan pada anak mereka boleh dihilangkan.

Reaksi positif orang ramai kepada permintaan mereka sangat mengharukan hati pasangan suami isteri ini,
“Wow, ini sangat mengagumkan. Saya tunjukkan gambar anak kami kepada isteri dan dia menangis tersentuh. Terima kasih banyak-banyak,” balas Nathan kepada salah seorang pengguna akaun Reddit.

“Saya tidak mahukan publisiti, saya cuma mahukan sekeping gambar,” jelasnya lagi kepada laman web Today Parents.“Saya dan isteri sangat bersyukur kerana sangat ramai yang mengambil masa untuk menghantar mesej yang menyatakan perasaan simpati mereka, atau untuk menghantar lukisan yang menakjubkan,”kata Nathan. “Tiada apa lagi yang boleh saya minta.”

Di sini kami kumpulkan beberapa gambar yang dihantar kepada Nathan bagi memperingati anak perempuannya yang telah pergi.

#1 Gambar bayi perempuan Nathan kelihatan sedang tidur di atas katil biasa

#2 Gambar bayi yang masih di atas katil hospital, tetapi tanpa alat sokongan yang dipasang pada badannya

#3 Gambar yang diolah menggunakan tona warna yang lebih cerah, memeberikan gambaran yang lebih ceria

#4 Warna kegemaran setiap wanita – merah jambu

#5 Bayi ini dipakaikan baju putih pada olahan gambar di bawah

#6 Keluar berkelah

#7 Ada di antara pengguna Reddit yang melukis semula gambar yang dikongsi Nathan

#8  Lakaran hitam putih yang cantik

#9 Lukisan ini kelihatan sangat realistik

Sumber : Era Baru

P.S. 1 – Awek Cun Mesej Minta Nak Pinjam Duit Di FB. Apa Yang Lelaki Ini Balas…. Memang TERKEDU Dan WIN !!!
P.S. 2 – Picit Jerawat Keluar Benda Putih. Korang Tahu Apa Benda Tu? Mesti Korang Takkan Picit Dah !!!
P.S. 3 – PERINGATAN Untuk Ibu Bapa. Bouncer, Rocker Dan Car Seat Boleh MEMBUNUH Si Penggunanya Tanpa Sedar !!!
P.S. 4 – Terlihat Seorang Pakcik Bersama Seorang Budak Hanya Menjamah Nasi Putih Kosong. Apa Yang Wanita Ini Lakukan Buat Pakcik Itu MENANGIS !!!
P.S. 5 – Pelajar Bukan Orang Gaji Minta Padamkan Papan Hitam !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Keluarga

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *