(Video) Anjing Lari 3KM Ikuti Perarakan Pengebumian Pemiliknya Buat Ramai TERSENTUH !!!

| March 7, 2017 | 0 Comments

(Video) Anjing Lari 3KM Ikuti Perarakan Pengebumian Pemiliknya Buat Ramai TERSENTUH !!! | Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook bernama Leong Khai Wai memuat naik status berserta gambar dan video mengenai seekor anjing yang pasti menyentuh hati anda semua.

Status yang dimuat naik pada 3 Mac lalu dimulakan dengan Leong memuji haiwan itu sebagai anjing yang paling menakjubkan dan setia pernah dijumpai di Kampung Air Jernih, Terengganu.

Pemilik anjing berkenaan difahamkan telah mati dan ketika seluruh keluarga mahu berangkat pergi untuk mengebumikan mayat, anjing itu dikatakan ingin mengikuti mereka.

Malah, anjing jantan itu mengikuti perarakan pengebumian sejauh 3 kilometer sebelum sampai ke tanah perkuburan.

Di dalam video yang dimuat naik itu, anjing berkenaan dilihat berlari sepanjang jalan mengejar kereta yang membawa mayat tuannya itu.. Meskipun secara fizikalnya, anjing tersebut dilihat seperti sudah berusia dan tidak mampu untuk berlari sejauh itu namun, kesetiaan seekor anjing dan perasaan sayang terhadap kawan baiknya menandingi segalanya.

Lebih menyedihkan lagi, sebaik sahaja sampai di tanah perkuburan, anjing itu berkeras untuk berada bersama dan terus baring di atas tanah untuk berada di sisi pemilik yang disayangi itu. Sedihnya 🙁

Video yang lain turut menunjukkan anjing berkenaan duduk di atas timbunan tanah bersebelahan dengan kubur yang akan menempatkan pemiliknya itu.

Apabila keranda ditempatkan di dalam lubang, anjing itu bangun dan menghidu bau timbunan tanah tersebut sebelum duduk semula dan rapat dengan keranda. Mesti dia bau tuan dia.

Netizen yang membaca status berkenaan menyatakan rasa sedih mereka dan ada juga yang mempertikaikan tindakan Leong serta yang lain kerana tidak membawa anjing itu bersama menaiki kereta.

Awak patut tumpangkan anjing itu bukan hanya merakamkan video dan memuat naik di media sosial,” komen seorang netizen.

Awak biar anjing itu berlari sejauh 3km dan hanya merakamkan video? Menakjubkan?” komen seorang lagi.

Apa pun yang berlaku, kesetiaan anjing ini sangat menyentuh hati dan membuka mata bahawa haiwan adalah ciptaan Tuhan yang juga mempunyai perasaan. Mereka tahu erti sayang dan setia kepada manusia. Hentikanlah penderaan terhadap haiwan.

Tonton video menyedihkan itu di bawah ini:

Posted by Leong Khai Wai on Friday, March 3, 2017

Posted by Leong Khai Wai on Friday, March 3, 2017

Sumber : Leong Khai Wai

P.S. 1 – Awek Cun Mesej Minta Nak Pinjam Duit Di FB. Apa Yang Lelaki Ini Balas…. Memang TERKEDU Dan WIN !!!
P.S. 2 – Picit Jerawat Keluar Benda Putih. Korang Tahu Apa Benda Tu? Mesti Korang Takkan Picit Dah !!!
P.S. 3 – PERINGATAN Untuk Ibu Bapa. Bouncer, Rocker Dan Car Seat Boleh MEMBUNUH Si Penggunanya Tanpa Sedar !!!
P.S. 4 – Terlihat Seorang Pakcik Bersama Seorang Budak Hanya Menjamah Nasi Putih Kosong. Apa Yang Wanita Ini Lakukan Buat Pakcik Itu MENANGIS !!!
P.S. 5 – Pelajar Bukan Orang Gaji Minta Padamkan Papan Hitam !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Viral

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *