Kanak² Ini Pernah Jadi VIRAL Kerana Hisap 40 Batang Rokok Sehari. Keadaannya Terkini MENGEJUTKAN !!!

| April 1, 2017 | 0 Comments

Kanak² Ini Pernah Jadi VIRAL Kerana Hisap 40 Batang Rokok Sehari. Keadaannya Terkini MENGEJUTKAN !!! | Pada tahun 2010, kita digegarkan dengan kisah seorang kanak-kanak Indonesia yang telah mula menghisap rokok sebanyak 40 batang sehari walaupun baru berusia 2 tahun. Video yang menular menunjukkan Ardi Rizal menghisap rokok telah menjadi bualan hangat dan mendapat kecaman daripada masyarakat seluruh dunia!

Kemudian, wujud satu lagi pendedahan yang mengejutkan di mana Ardi pertama kali menghisap rokok adalah pada ketika umurnya hanya berusia 18 bulan! Malah, apa yang menjadi tanda tanya adalah bagaimana Ardi boleh menghisap rokok pada usia yang masih kecil?

Rupa-rupanya, punca kepada peristiwa ini adalah disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab ibu bapanya. Menurut ibu Ardi, Diane, Ardi akan mengamuk dan menjerit serta menghentakkan kepalanya ke dinding sekiranya tidak merokok. Di samping itu, Ardi juga akan mengadu pening dan sakit sekiranya tidak mendapat rokok.

Bagi bapanya pula yang dikenali sebagai Mohamed, dia merasakan anaknya kelihatan sihat dan tidak mengalami sebarang implikasi daripada ketagihan terhadap rokok. Justeru, dia merasakan bahawa tiada apa yang salah dengan ketagihan anaknya itu.

Perubahan yang berlaku pada Ardi dalam tempoh 6 tahun

Kisah yang menjadi tular ini telah menyebabkan masyarakat mendesak Ardi untuk melakukan perubahan kepada tabiat negatifnya itu.

Kerajaan Indonesia juga telah mengambil langkah pemuliharaan dengan memasukkan Ardi ke dalam program pemulihan dengan tujuan untuk menghentikan tabiat buruknya itu.

Tidak beberapa lama kemudian, kerajaan Indonesia telah melancarkan satu kempen yang melarang kanak-kanak daripada merokok.

Ardi ketika beumur 4 tahun bersama ibu bapanya

Ketika di pusat pemulihan tersebut, Ardi mengalami beberapa isu seperti ketagihan terhadap makanan ringan untuk menggantikan ketagihannya terhadap rokok. Hal ini telah menyebabkan Ardi menjadi obes dan terpaksa melalui pelbagai rawatan lain untuk mengatasi masalah tersebut.

Keadaan Ardi ketika obes dan keadaan terkini

Perubahan positif yang berlaku kepada Ardi adalah hasil usaha seorang pakar psikiatri iaitu Dr. Kak Seto yang terus-terusan membantu Ardi menghapuskan isu ketagihannya terhadap rokok dan makanan ringan.

Ardi telah menjalani beberapa sesi terapi yang membantu menghalangnya daripada terus mengingati rokok dan lain-lain ketagihan. Seorang pakar pemakanan juga dipertanggungjawabkan untuk membuat penetapan diet yang sihat khas untuk Ardi.

Kini, Ardi kelihatan lebih sihat dan berjaya keluar daripada kancah rokok serta mengamalkan amalan pemakanan yang sihat.

Sekarang kami di Era Baru akan memaparkan kepada anda imbasan kisah Ardi pada 2010.

Sumber : Era Baru

P.S. 1 – Awek Cun Mesej Minta Nak Pinjam Duit Di FB. Apa Yang Lelaki Ini Balas…. Memang TERKEDU Dan WIN !!!
P.S. 2 – Picit Jerawat Keluar Benda Putih. Korang Tahu Apa Benda Tu? Mesti Korang Takkan Picit Dah !!!
P.S. 3 – PERINGATAN Untuk Ibu Bapa. Bouncer, Rocker Dan Car Seat Boleh MEMBUNUH Si Penggunanya Tanpa Sedar !!!
P.S. 4 – Terlihat Seorang Pakcik Bersama Seorang Budak Hanya Menjamah Nasi Putih Kosong. Apa Yang Wanita Ini Lakukan Buat Pakcik Itu MENANGIS !!!
P.S. 5 – Pelajar Bukan Orang Gaji Minta Padamkan Papan Hitam !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Kisah Viral

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *