Nasi Lemak G#Y. Selepas DIKECAM Teruk Pemilik Gerai Jelas Maksud Sebenar G#Y !!!

| April 2, 2017 | 0 Comments

Nasi Lemak G#Y. Selepas DIKECAM Teruk Pemilik Gerai Jelas Maksud Sebenar G#Y !!! | PETALING JAYA ― Gerai nasi lemak G#Y yang beroperasi sejak Januari ditutup buat sementara selepas menerima kecaman di media sosial.

Namun pemiliknya Adi Yusuf berkata nasi lemaknya itu tidak bermaksud lelaki g#y atau h#mos#ks tetapi singkatan Gerai Adi Yusuf, lapor mStar Online.

“Saya tidak sangka ia kecoh satu Malaysia. Saya terus kena kecam. Kuasa media sosial sangat menakutkan,” katanya.

“Saya ambil keputusan untuk berhenti berniaga buat sementara selepas menerima banyak kecaman. Saya tunggu ia reda dahulu.”

Adi, 33, tidak menyangka iklan nasi lemak di gerainya yang diletakkan Selasa mencetuskan kontroversi dalam sekelip mata.

“Saya bukan letak nama Nasi Lemak G#yboy pun. Saya tidak sangka masyarakat terus menghina saya dan menjatuhkan hukum tanpa usul periksa,” katanya.

Nasi Lemak G#Y beroperasi setiap pagi di Taman Segar, Cheras menjual nasi lemak biasa pada harga RM2, nasi lemak kerang (RM4) dan nasi lemak ayam (RM5).

Turut dijual beberapa jenis makananan untuk sarapan seperti bihun goreng, mi goreng, kueh teow goreng dan kuih-muih.

Sumber : Malay Mail Online

P.S. 1 – Awek Cun Mesej Minta Nak Pinjam Duit Di FB. Apa Yang Lelaki Ini Balas…. Memang TERKEDU Dan WIN !!!
P.S. 2 – Picit Jerawat Keluar Benda Putih. Korang Tahu Apa Benda Tu? Mesti Korang Takkan Picit Dah !!!
P.S. 3 – PERINGATAN Untuk Ibu Bapa. Bouncer, Rocker Dan Car Seat Boleh MEMBUNUH Si Penggunanya Tanpa Sedar !!!
P.S. 4 – Terlihat Seorang Pakcik Bersama Seorang Budak Hanya Menjamah Nasi Putih Kosong. Apa Yang Wanita Ini Lakukan Buat Pakcik Itu MENANGIS !!!
P.S. 5 – Pelajar Bukan Orang Gaji Minta Padamkan Papan Hitam !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Viral

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *