Pembantu Warden Rotan Pelajar. Inilah Rekod Jenayah Lelaki Itu Yg Ramai TERKEJUT !!!

| April 23, 2017 | 0 Comments

Pembantu Warden Rotan Pelajar. Inilah Rekod Jenayah Lelaki Itu Yg Ramai TERKEJUT !!! | Kota Tinggi: Pembantu warden madrasah tahfiz yang ditahan bagi membantu siasatan kes memukul bekas murid berusia 11 tahun didapati mempunyai rekod jenayah lampau.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Asisten Komisioner Rahmat Othman berkata, suspek pernah disabitkan dengan kesalahan mencuri dalam bangunan dan pernah dipenjara 30 bulan.

“Suspek mempunyai rekod jenayah lampau bersabit Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri dalam bangunan. Dia disabitkan atas kesalahan itu dan dipenjara 30 bulan,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan suspek kini ditahan reman empat hari.

Terdahulu, Mahkamah Majistret di sini, hari ini membenarkan suspek berusia 29 tahun itu direman empat hari hingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2010.

Dalam kejadian berkenaan mangsa dipukul dengan paip getah hingga menyebabkan kecederaan pada kedua-dua kakinya.

Kaki mangsa dipercayai mengalami jangkitan kuman sehingga terpaksa dipotong.

Sumber : Harian Metro

P.S. 1 – Wanita Ini Pasang CCTV Di Rumah Untuk Awasi Kegiatan Kucingnya. Apa Yang Dirakamkan MENGEJUTKAN !!!
P.S. 2 – Setelah Lama Merantau Lelaki Ini Pulang Ke Rumahnya. Reaksi Kucingnya Buat Dia MENANGIS !!!
P.S. 3 – Seorang Kakitangan Zoo Diserang Singa Jantan. Tiba² Muncul Singa Betina Yang Bertindak Untuk….
P.S. 4 – Tiap² Bulan Suami Bagi RM200 Untuk Maknya Tapi Minta Tambah Lagi RM200. Apa Yang Mak Buat Dgn Duit Tu MENGEJUTKAN !!!
P.S. 5 – Dua Pemuda Tahan Teksi Tapi Minta Jangan Guna Meter. Apa Yang Berlaku Seterusnya Buat Pemandu Teksi Itu Bagi Naik Free !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Kisah Viral

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *