VIRAL Seorang Bapa Hanya Melihat Anaknya Makan. Inilah Tindakan Pemilik Restoran Itu Yg Buat Ramai SEBAK !!!

| April 6, 2017 | 0 Comments

VIRAL Seorang Bapa Hanya Melihat Anaknya Makan. Inilah Tindakan Pemilik Restoran Itu Yg Buat Ramai SEBAK !!! | Beberapa minggu lalu, kami memaparkan sebuah kisah tular tentang Kasih Dan Pengorbanan Seorang Bapa. Si Bapa Hanya Tengok Anak² Makan Makanan Sedap, SEDIH !!!. Gambar tersebut diambil oleh Jhunnel Sarajan, seorang pakar hartanah yang kebetulan berada di restoran makanan ringan bernama Jollibee itu.

Si ayah tersebut bernama Ryan Arebuabo, seorang pesakit strok yang membesarkan kedua-dua anak perempuannya seorang diri setelah dia ditinggalkan isterinya. Lelaki berusia 38 tahun ini tinggal di teratak seluas 4 meter persegi yang diperbuat daripada papan lapis terpakai dan logam berkarat.

Kehidupannya serba daif kerana dia sukar mendapat pekerjaan untuk menyara keluarganya kerana penyakit yang dihidapinya. 

Kisah tular Ryan Arebuabo menyentuh hati ramai serta mendapat perhatian pihak pengurusan restoran makanan ringan, Jollibee, itu. Pada hari Jumaat lalu, restoran Jollibee memuat naik kapsyen di bawah di laman Facebook rasminya:

“Anda masih ingat tentang si ayah yang sanggup berlapar melihat anaknya menjamu makanan di Jollibee cawangan Manila? Pada hari Khamis lalu, 28 Mac, kami memutuskan untuk memberikan kejutan istimewa kepada mereka sekeluarga!”

Ryan dan dua anaknya dibawa membeli barangan keperluan mereka sekeluarga

Mereka bergambar bersama selepas selesai membeli belah, tetapi kejutan istimewa ini baru bermula…

Pengurusan Jollibee mengadakan jamuan hari jadi untuk salah seorang anak Ryan!

Setiap seorang daripada mereka juga menerima hadiah hari jadi sumbangan restoran makanan segera itu

Kemudian, Ryan dan anak-anaknya dijamu dengan makanan kegemaran mereka

Sabin turut sempat bergambar dengan maskot kesayangannya

Pertunjukan silap mata oleh salah seorang pekerja Jollibee diatur untuk menghiburkan hati Ryan dan puteri-puterinya

Ryan tidak dapat menahan perasaan sebak dihatinya mengenangkan sokongan dan bantuan yang diterimanya

Syabas buat Jollibee atas bantuan dan sokongan yang diberikannya kepada keluarga yang serba kesusahan ini. Budi baik yang dirunjukkan restoran makanan ringan ini wajar dijadikan teladan. Diharapkan ramai lagi yang akan saling bantu membantu antara satu sama lain!

Sumber : Era Baru

P.S. 1 – Awek Cun Mesej Minta Nak Pinjam Duit Di FB. Apa Yang Lelaki Ini Balas…. Memang TERKEDU Dan WIN !!!
P.S. 2 – Picit Jerawat Keluar Benda Putih. Korang Tahu Apa Benda Tu? Mesti Korang Takkan Picit Dah !!!
P.S. 3 – PERINGATAN Untuk Ibu Bapa. Bouncer, Rocker Dan Car Seat Boleh MEMBUNUH Si Penggunanya Tanpa Sedar !!!
P.S. 4 – Terlihat Seorang Pakcik Bersama Seorang Budak Hanya Menjamah Nasi Putih Kosong. Apa Yang Wanita Ini Lakukan Buat Pakcik Itu MENANGIS !!!
P.S. 5 – Pelajar Bukan Orang Gaji Minta Padamkan Papan Hitam !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: LUAR NEGARA

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *