Aku Pernah Bencikan Ibu Sebab Dia Tak Pernah Pedulikan Aku. Slps Aku Kahwin Baru Aku Tahu Yang Ibu….

| May 24, 2017 | 0 Comments

Aku Pernah Bencikan Ibu Sebab Dia Tak Pernah Pedulikan Aku. Slps Aku Kahwin Baru Aku Tahu Yang Ibu…. | Pernah saya membenci ibu ketika di waktu zaman kanak-kanak. Walau sebaik mana tingkah laku saya dan sebanyak mana anugerah yang dimenangi di sekolah, ibu seakan tidak perduli akan pencapaian dan menghargai saya. Kadang-kala saya berasa pelik dan tertanya kehairanan: Sedihkah rasa ibu jikalau saya mati?

Bila akhirnya tiba masa saya meninggalkan rumah untuk melanjutkan pengajian ke universiti, saya berasa sangat gembira. Saya dipilih ke pengajian beribu batu jauhnya.

Saya menemui cinta di universiti. Bila perhubungan dengan teman lelaki ke tahap serius, ternyata tiada apa yang perlu disembunyikan padanya. Dia agak terkejut apabila mengetahui set minda saya yang ‘keterlaluan’ terhadap ibu, sedang saya berasa sedih dia tidak menyebelahi saya.

Bagaimanapun, sikap keterbukaan minda teman lelaki saya itu  telah mencairkan kemarahan di dalam hati ini, dengan dia sentiasa cuba untuk meyakinkan saya bahawa tiada ibubapa di dunia ini yang tidak sayangkan anak-anak mereka.

Pengorbanan Ibu bapa

Kemudian, kami berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan. Saya mulai teringat akan kata-kata ibu yang menjengkelkan tatkala di waktu kecil seperti, “Seorang itu tidak akan memahami pengorbanan ibu bapanya sehingga dia sendiri menjadi ibu bapa”, atau “ Tidak kira berapa jauh anak itu mengembara pergi, dia tetap di dalam fikiran ibunya,” dan sebagainya.

Jennifer bersama ibunya ketika Jennifer berusia satu tahun

Suatu ketika, anak perempuan saya mengidap pneumonia dan demam panas dan perasaannya seperti terdapat seketul batu besar menekan-nekan di hati sanubari seakan tidak dapat bernafas. Saya bergegas membawanya ke hospital di tengah malam itu.

Tiba-tiba saya teringat kisah yang ibu pernah ceritakan sebelum ini. Ibu terpaksa bekerja jauh di kawasan pergunungan, di mana keadaan kemudahan kesihatannya adalah sangat lemah.

Semasa berumur satu tahun, suatu hari tiba-tiba saya mengidap campak dan demam panas yang tinggi. Dengan perasaan takut dan cemas, ibu memegang saya dengan erat di dalam dakapannya dan berjalan berbatu-batu jauhnya mengharungi jejak liku pergunungan dalam kegelapan malam, sehingga sampai di bandar sebelum subuh hari untuk mendapatkan rawatan bagi saya.

Dengan membesarnya anak perempuan saya, maksud di sebalik perkataan, “Seorang tidak akan memahami pengorbanan ibu bapanya sehingga dia sendiri menjadi ibu bapa” menjadi jelas dan semakin dirasai oleh saya.

Suatu hari tiba-tiba saya menyedari ada sebab mengapa ibu selalu bersikap keras dan tegas terhadap saya di mana dia tidak mahu saya berasa terlalu selesa terhadap diri dan kemudian menjadi terlalu bongkak bilamana saya mendapat banyak pujian  dari tempat lain.

Dalam penyesalan, saya menyedari ini bahawa saya telah tinggal beribu batu jauhnya dari ibu dan hanya ada sedikit peluang untuk memberi kegembiraan kepada ibu bapa.

Kehebatan Kasih Ibu

Bagaimanapun, ia tidaklah sehingga saya dibebaskan dari Kem Buruh Wanita Beijing selepas ditahan satu tahun kerana mengamal Falun Gong, baharulah saya memahami betapa hebatnya kasih ibu itu berupaya.

Jennifer Zeng mengamal meditasi Falun Gong pada 1998 di sebuah taman di Shenzen City, China

Apabila secara rahsia saya kembali ke kampung halaman melawat ibu bapa sejurus dibebaskan, diberitakan semasa saya dipenjarakan, adik perempuan saya juga telah dipecat dan ditahan kerana mengamal Falun Gong. Dia kemudiannya telah diarahkan bersembunyi kerana namanya berada dalam senarai orang yang dikehendaki pihak berkuasa.

Tidak dapat dibayangkan tamparan hebat dialami oleh ibu, yang sentiasa berasa sangat bangga dengan ketiga-tiga anak perempuannya.

Dalam pengecualian persekitaran di China, di mana setiap orang digubah pemikirannya oleh regim Komunis dan di mana ahli keluarga  pengamal Falun Gong juga boleh didakwa, ramai yang berpihak kepada pihak berkuasa dan memberi tekanan kepada ahli-ahli keluarga yang mengamalkan Falun Gong.

Falun Dafa (atau Falun Gong) adalah amalan kehidupan yang berlandaskan prinsip kesejatian, kebaikan dan kesabaran yang diamalkan sejak tahun 1992. Kumpulan ini mengamalkan 5 kaedah senaman Qigong yang berkesan dalam menyembuhkan penyakit serta membantu di dalam peningkatan tahap kesihatan badan dan minda.

Namun, atas dasar syak wasangka dan perasaan cemburu, pada 20hb Julai 1999, bekas presiden Parti Komunis China (PKC), Jiang Zemin telah memulakan penindasan terhadap para pengamal Falun Gong di negara tersebut. Jiang merasakan kuasa politiknya terancam dengan tersebarnya amalan meditasi tersebut.

Para pengamal Falun Gong di negara China kemudiannya didesak supaya menghentikan amalan mereka. Sekiranya enggan, mereka bakal berdepan dengan hukuman penjara dan penyeksaan.

Tiada siapa mengetahui betapa hebatnya ibu saya. Dia tidak pernah mengadu; dia tidak pernah menyalahkan kami; mahupun menunjukkan perasaan takut dan cemasnya.

Sewaktu adik perempuan saya yang di dalam persembunyian dan bekerja di sebuah bar kecil di suatu bandar lain kira-kira 100 batu jauhnya, telah menghubungi ibu lalu serta-merta bertolak ke bandar tersebut dengan bas persiaran melawat adik perempuan saya.

Selepas mengetahui adik perempuan saya tidak mempunyai biliknya sendiri, terpaksa tidur  di atas lantai bar tersebut selepas semua pelanggan telah pulang selepas tengah malam dan tidak mempunyai tempat untuk menyimpan pakaiannya, ibu telah mengambil keputusan untuk menjadi “juruangkut” untuk adik perempuan saya.

Ibu berulang alik setiap beberapa hari antara dua bandar ini dengan bas membawa pakaian bersih dan membawa pulang  yang kotor untuk dibasuh dan dipakai adik.

Dalam memastikan tiada pemberi maklumat yang tinggal di tingkat bawah menjumpai perkaitan kehadirannya, ibu dapat menyelesaikan perjalanannya pada hari yang sama dan membawa beg pakaian sekecil yang boleh supaya tiada siapa yang meneka dia akan pergi ke bandar lain. Ibu terpaksa berulang-alik  seperti itu kira-kira 190 batu dalam satu hari.

Selain mengambil bas persiaran, ibu juga bertukar bas henti-henti antara dua bandar ini. Yang penting, ibu perlu berhati-hati tidak dijejaki dan diekori oleh polis. Jika tidak adik perempuan saya akan terdedah dengan bahaya serta-merta.

Siapa yang boleh membayangkan bagaimana seorang pesara wanita berumur enam puluhan boleh bertindak licik dan bijak umpama perisik dan pemberi maklumat profesional?

Ditangkap

Apabila saya pulang selepas dibebaskan dari kem buruh, ibu dan adik telah “hidup” dalam keadaan ini selama berbulan-bulan.

Jennifer Zeng bersama ibunya di awal 1999, foto terakhir Jennifer bersama keluarganya sebelum pendakwaan Falun Gong bermula

Saya memutuskan untuk membantu adik perempuan saya mendapat penempatan yang lebih selamat dan selesa. Tetapi setelah semuanya selesai dan diuruskan dan saya telah berada di dalam keretapi seperti dirancang untuk bertemu dengannya, dia tiada di situ.

Dalam kebingungan, saya turun dari keretapi  di stesen yang sudah 37 batu jauhnya dan mengambil teksi kembali ke rumah ibu bapa. Tidak mengetahui apa yang terjadi kepada adik, bagaimana mungkin saya boleh pergi begitu sahaja.

Saya sampai ketika awal pagi. Sejurus saya memasuki rumah, saya melihat beg-beg pakaian bertaburan di lantai, dan ibu dalam keadaan kusut masai cuba menyelesaikan beberapa perkara.

Melihat kepulangan saya, ibu berkata dalam bingung, “adik kamu telah ditangkap semalam. Semua ini dari beg pakaiannya yang diambil adik ipar kamu di pusat tahanan dan ini resit bagi barangan dirampas polis.”

Tiba-tiba bapa menolak saya ke pintu dan menjerit, “Pergi, pergi jauh! Jangan berdiri di sini dan tunggu sampai polis dapat tahu siapa yang akan mengembara bersama adik kamu.”

Saya berdiri di situ, tergamam. Saya melihat ibu dan tiba-tiba mendapati wajahnya semakin tua hanya dengan berpisah selama setahun. Rambutnya bertukar uban. Matanya menjadi cengkung dan sangat kering, selepas mengalami banyak kesusahan dalam hidup, tiada lagi yang ibu mahu tangiskan.

Saya mengetap gigi lalu berpaling dan berjalan pantas. Bukan untuk menyelamatkan diri, tetapi saya tidak berupaya membantu adik perempuan saya lagi.

Akan tetapi, saya tahu ibu akan berterusan membantunya. Ibu akan ke pusat tahanan, melawatnya dan membawa keperluan asas yang adik perlukan di sana.

Dakapan dan Perlindungan

Kasih ibu, kasih yang tidak berbelah bahagi, tidak akan mengenakan sebarang pertimbangan, lebih jauh mengatasi pentas politik yang mengarut, akan selamanya menyokong dan mengiringi adik perempuan saya, dan selamanya menyokong dan mengiringi saya juga.

Tidak lama kemudian, saya berjaya keluar dari China dan tinggal di luar negara. Lebih dari sedekad lamanya. Saya tidak dapat kembali ke Tanah Besar, atas pendakwaan terhadap saya masih berkuatkuasa. Ibu menaiki penerbangan seorang diri merentasi lautan melawat saya sebanyak dua kali.

Apabila rakan saya meminta ibu tinggal bersama saya dan tidak pulang kembali, ibu selalu mengangguk lembut dan saya tahu mengapa.

Bapa saya telah terlalu tua dan uzur, keadaan kesihatannya tidak mengizinkan dia mengembara menaiki penerbangan melawat saya. Bagaimana ibu boleh tinggal bersama saya dan meninggalkan bapa berseorangan di China?

Kali terakhir apabila saya menghantar ibu di lapangan terbang, mengucap selamat tinggal di hadapan kastam, saya melihat mata ibu, yang selalunya sangat tegas, tiba-tiba bertukar kemerahan. Ibu dengan tiba-tiba berpaling dan berlalu pantas, dengan itu saya tidak dapat melihatnya menitiskan airmata.

Berdiri saya di situ melihat belakang ibu dengan baju panas merahnya perlahan-lahan hilang dalam arus khalayak ramai, tidak semena menjelma tema di fikiran saya “Seorang ibu cara orang China”. Ya, ini adalah kebiasaan, namun begitu terlalu luar biasa, kasih ibu cara orang China.

Walaupun hidup dalam era yang aman, saya masih menderita dari masa ke masa, pahit, tiada keperluan dan tidak berasas perpisahan ini terasa seperti kematian.

Namun ibu tidak pernah merungut. Ibu sentiasa mencuba yang terbaik memberi tangan yang terbuka, tangan yang semakin tua dan kaku, untuk mendakap dan memberi perlindungan kepada semua orang yang disayanginya.

Kelak, Hari Ibu akan tiba lagi. Saya menulis artikel ini dengan wajah dibasahi airmata. Saya mahu mendedikasikan kepada ibu, walau teragak-agak, bila saya tidak mahu ibu tahu bahawa suatu ketika saya mempunyai pemikiran yang keterlaluan terhadapnya ketika kanak-kanak.

Ibu semakin tua kini dan saya tidak mahu mengguris perasaannya.

Jennifer Zeng adalah penulis buku “Witnessing History: One Chinese Woman’s Fight for Freedom and Falun Gong.” Sebelum beliau didakwa di China kerana kepercayaannya, beliau adalah penyelidik dan juru runding di Development Research Center of the State Council, the State Cabinet. Kisahnya telah difilemkan dalam dokumentari yang memenangi anugerah “Free China; the Courage to Believe,” terbitan bersama oleh  New Tang Dynasty Television and World2Be Productions. Zeng mempunyai blog dan post pada Facebook.

Era Baru

P.S. 1 – Wanita Ini Pasang CCTV Di Rumah Untuk Awasi Kegiatan Kucingnya. Apa Yang Dirakamkan MENGEJUTKAN !!!
P.S. 2 – Setelah Lama Merantau Lelaki Ini Pulang Ke Rumahnya. Reaksi Kucingnya Buat Dia MENANGIS !!!
P.S. 3 – Seorang Kakitangan Zoo Diserang Singa Jantan. Tiba² Muncul Singa Betina Yang Bertindak Untuk….
P.S. 4 – Tiap² Bulan Suami Bagi RM200 Untuk Maknya Tapi Minta Tambah Lagi RM200. Apa Yang Mak Buat Dgn Duit Tu MENGEJUTKAN !!!
P.S. 5 – Dua Pemuda Tahan Teksi Tapi Minta Jangan Guna Meter. Apa Yang Berlaku Seterusnya Buat Pemandu Teksi Itu Bagi Naik Free !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Keluarga

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *