Lelaki Ini Tanpa Sengaja Tertekan Butang Live Di Facebook. Apa Yg Berlaku Slps Itu Buat Dia MENYESAL !!!

| May 24, 2017 | 0 Comments

Lelaki Ini Tanpa Sengaja Tertekan Butang Live Di Facebook. Apa Yg Berlaku Slps Itu Buat Dia MENYESAL !!! | Keseronokan pasangan baru berkahwin di Thailand baru-baru ini bertukar menjadi satu berita yang mendapat perhatian ramai. Kenapa pulak ni..

Gambar Sekadar Hiasan

Menurut laporan portal tempatan Thailand, pasangan dari Singapura itu tiba di Phuket untuk bahagian pertama bulan madu mereka. Mereka juga sudah merancang untuk ke Bangkok selepas beberapa hari. Namun, baru sahaja dua hari berada di Phuket, satu kejadian yang tidak disangka berlaku.

Selepas seharian meluangkan masa melakukan aktiviti island hoping, wanita itu membuat keputusan untuk berehat di bilik. Manakala, suaminya pula memberitahu bahawa dia mahu ke gimnasium hotel untuk bersenam.

Namun, lelaki itu sebenarnya telah ke pusat mengurut tanpa pengetahuan isterinya! Wah, menyempat kau ehhh!

Selepas satu jam, wanita itu terbangun dari tidur dan mendapati suaminya masih belum pulang dari gimnasium. Sambil baring, dia membuka Facebook sebelum ternampak suaminya sedang ‘online’ dan terus bertanya tentang keberadaannya.

Lelaki itu kemudian memberitahu dia memerlukan satu jam lagi untuk bersenam. Tanpa mengesyaki apa-apa, dia berkata kepada suaminya “tidak mengapa, take your time“.
Usai menghantar mesej, suaminya tanpa sengaja telah menekan butang ‘live stream’ di mana aktivitinya ketika itu terus menjadi tontonan rakan-rakan, termasuk isterinya di Facebook secara langsung!

Telefon bimbitnya dilaporkan diletak di atas sebuah kerusi bersebelahan dengan katil urut dengan kamera dihalakan tepat ke arahnya.

Dia kemudian didengari berkata,

“Tolong urut cepat sikit.

Bawa masuk perempuan lain pula.”

Selepas selesai membuat rundingan mengenai kos tukang urut tambahan diminta itu, gadis berkenaan muncul dan lelaki tersebut memusingkan badannya untuk membenarkan gadis itu mengurut pangkal pahanya.

Tayangan secara langsung itu kemudian mendapat ramai tontonan, malah ada rakan yang turut kongsikan tayangan itu kepada rakan-rakan yang lain di Facebook. Amik kauuu.

Seorang penonton yang mengakui telah menonton keseluruhan tayangan itu memberitahu bahawa muka lelaki berkenaan ketika menyedari aktivitinya sedang ditayang secara langsung sememangnya ‘tidak terkata’.

“Sebelum dia menghentikan rakaman video itu, kami dapat lihat ekspresi mukanya yang terkejut. Ketika itulah dia tersedar bahawa dia tidak sengaja merakamkan video tersebut.”

Sebaik selesai, lelaki itu bergegas pulang ke hotel dan menurut staf hotel, pasangan berkenaan didengari bergaduh dengan nada suara yang kuat. Isterinya kemudian dilihat meninggalkan hotel dengan sebuah bagasi dan memberitahu staf dia mahu mendaftar keluar awal untuk pulang ke Singapura.

“Wanita itu sangat kecewa, seperti yang kita semua dapat bayangkan.”

Siapa tak kecewa, baru je kahwin. Time nak enjoy honeymoon laki buat perangai pulakkk!

Sumber : Lobak Merah

P.S. 1 – Wanita Ini Pasang CCTV Di Rumah Untuk Awasi Kegiatan Kucingnya. Apa Yang Dirakamkan MENGEJUTKAN !!!
P.S. 2 – Setelah Lama Merantau Lelaki Ini Pulang Ke Rumahnya. Reaksi Kucingnya Buat Dia MENANGIS !!!
P.S. 3 – Seorang Kakitangan Zoo Diserang Singa Jantan. Tiba² Muncul Singa Betina Yang Bertindak Untuk….
P.S. 4 – Tiap² Bulan Suami Bagi RM200 Untuk Maknya Tapi Minta Tambah Lagi RM200. Apa Yang Mak Buat Dgn Duit Tu MENGEJUTKAN !!!
P.S. 5 – Dua Pemuda Tahan Teksi Tapi Minta Jangan Guna Meter. Apa Yang Berlaku Seterusnya Buat Pemandu Teksi Itu Bagi Naik Free !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Keluarga

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *