PELIK Lihat Anak Kuda Ini Berbunyi² Dan Lari Mengelilingi Ibunya. Rupa²nya Anak Kuda Ini….

| May 31, 2017 | 0 Comments

PELIK Lihat Anak Kuda Ini Berbunyi² Dan Lari Mengelilingi Ibunya. Rupa²nya Anak Kuda Ini…. | Watak Donkey dalam filem animasi Shrek dilihat begitu seronok menayangkan rambutnya ketika dia bertukar buat sementara waktu menjadi seekor kuda.

Begitulah jugalah apa yang dinilai pada mata manusia. Kuda kelihatan begitu gah apabila rambut mereka yang panjang mengurai itu ditiup angin.

Namun, siapa sangka yang kecantikan itu boleh membunuh. Kejadian yang berlaku di kawasan paya Loughor Estuary di Gower, South Wales merakamkan aksi cemerlang para penyelamat dalam merungkai masalah tersebut.

Ibu kuda kelihatan agak letih mungkin kerana sudah lama berada dalam keadaan di mana kakinya tersekat pada rambutnya yang panjang. Malah, air pasang yang bakal datang turut menjadi satu kerisauan.

Meskipun kuda tersebut telah mencuba untuk melepaskan dirinya, namun ia masih gagal. Anaknya yang berada berhampiran tidak mampu berbuat apa-apa melainkan meringkik dan berlari mengelilingi ibunya untuk menarik perhatian manusia.

Nasib mereka baik apabila penyelamat dari Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals (RSPCA) melihat kejadian tersebut.

Salah seorang ahli penyelamat tersebut cuba untuk menenangkan kuda itu sebelum memotong rambut yang membelit bahagian kakinya.

Walaupun kakinya sudah berjaya diselamatkan, kuda tersebut mempunyai kesukaran untuk berjalan mungkin disebabkan oleh terlalu lama berada dalam keadaan tersebut.

Setelah beberapa minit cuba menyelesakan diri, kuda tersebut dilihat boleh berjalan perlahan-lahan bersama anaknya.

Satu kerja menyelamat yang baik!

Sumber : Era Baru

P.S. 1 – Wanita Ini Pasang CCTV Di Rumah Untuk Awasi Kegiatan Kucingnya. Apa Yang Dirakamkan MENGEJUTKAN !!!
P.S. 2 – Setelah Lama Merantau Lelaki Ini Pulang Ke Rumahnya. Reaksi Kucingnya Buat Dia MENANGIS !!!
P.S. 3 – Seorang Kakitangan Zoo Diserang Singa Jantan. Tiba² Muncul Singa Betina Yang Bertindak Untuk….
P.S. 4 – Tiap² Bulan Suami Bagi RM200 Untuk Maknya Tapi Minta Tambah Lagi RM200. Apa Yang Mak Buat Dgn Duit Tu MENGEJUTKAN !!!
P.S. 5 – Dua Pemuda Tahan Teksi Tapi Minta Jangan Guna Meter. Apa Yang Berlaku Seterusnya Buat Pemandu Teksi Itu Bagi Naik Free !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: KISAH KEHIDUPAN

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *