Remaja Muslim Ini Dirompak. Apa Yg Dilakukan Oleh Kawan²nya Slps Itu Sangat MENYENTUH HATI !!!

| May 23, 2017 | 0 Comments

Remaja Muslim Ini Dirompak. Apa Yg Dilakukan Oleh Kawan²nya Slps Itu Sangat MENYENTUH HATI !!! | Memperkenalkan Ayman Arafa, seorang pelajar kolej berusia 17 tahun dari Dallas, Texas.

Ayman menceritakan kepada BuzzFeed bahawa minggu lalu, ketika dia dalam perjalanan untuk bertemu dengan seorang individu yang dikenalinya melalui aplikasi Offer Up untuk membeli sebuah iPhone 7 Plus baru, dia dipukul dan dirompak.

Ayman berkata, “Saya meminta bantuan daripada dua orang lelaki, tetapi akhirnya mereka mengambil telefon saya.”

Setelah dia dipukul, datang pula kumpulan kedua yang kononnya menawarkan bantuan. Mereka merupakan kenalan kumpulan pertama tadi dan meyakinkan Ayman untuk membawa mereka ke keretanya. Mereka kemudiannya menyerang buat kali kedua dan mencurinya.

Katanya dia berasa “sangat takut,” tetapi mujurlah pihak polis dan ambulans akhirnya datang memberikan bantuan.

Katanya dia masih lagi dalam proses pemulihan daripada kecederaannya dan insiden itu dilaporkan kepada pihak polis sebagai kes cubaan untuk membunuh.

Namun begitu, sehari selepas insiden tersebut, rakan-rakan Ayman mengejutkannya dengan menghadiahkan kepadanya sebuah iPhone, dompet berisi $400 (RM1 729), dan sebuah kereta.

Rakannya, Waleed Mahdawi, 18, memberitahu BuzzFeed News bahawa mereka membelikan segalanya atas dasar persaudaraan dan kemurahan hati.

“Saya dan rakan-rakan yang lain memutuskan bahawa kami perlu membayar ganti rugi kepadanya dan mendapatkan semula apa yang dicuri daripadanya,” katanya.

Waleed berkata dia dan rakan-rakannya saling bantu membantu untuk mengumpul wang bagi mengejutkan Arafa.

Tambah Waleed, “Kami mahu melakukan perubahan dalam komuniti kami dan kami mahu menghantar isyarat bahawa perdamaian tentunya lebih baik daripada kebencian.”

Ayman berkata, “Saya benar-benar bersyukur dikurniakan rakan-rakan yang datang melawat saya pada hari berikutnya, tetapi saya tidak menjangka mereka akan membawa segala apa yang dicuri daripada saya.”

Ramai netizen dalam talian yang menggunakan video di atas untuk mempersendakan rakan-rakan mereka.

Tetapi Waleed berkata ianya bukanlah satu gurauan.

“Hal ini bukan gurauan,” kata Waleed. “Kumpulan [penyerang] ini benar-benar telah mengubah kehidupan rakan kami.”

“Apa yang penting, saya mahu semua orang tahu bahawa sebagai orang Islam, kami sentiasa diajar untuk berkelakuan baik dan bermurah hati sesama insan.

“Kami fikir dengan memberikan contoh kepada orang ramai di media sosial, kami boleh mengubah persepsi negatif orang ramai terhadap kami,” tambahnya.

Sumber : Era Baru

P.S. 1 – Kisah Sultan Muhammad V Xdapat Masuk Restoran Kerana Penuh. Apa Yg Berlaku Selepas Itu MENGEJUTKAN !!!
P.S. 2 – PELIK. Anjing Ini Tiap² Malam Tenung Pemiliknya Sehingga Lelaki Itu Tidur, Selepas Disiasat Rupa²nya…
P.S. 3 – Ibu Meninggal Dunia Tiada Siapa Jaga Adik Kecil. Kerana Xmahu Ponteng Ini Yang Abang² Lakukan !!!
P.S. 4 – “Saya Selalu Bawa Bekal Makan Tepi Kubur Isteri Saya”. Kisah Cinta Sejati Lelaki Ini Dengan Arwah Isterinya MENYENTUH HATI !!!
P.S. 5 – GERAM. Tergamak Si Anak PAKSA Ayah Buat Loan Dan Ambil Duit Pencen Ayah !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: LUAR NEGARA

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *