3 Beradik Ini Sanggup Kayuh Basikal Selama 5 Hari. Puncanya Pasti Buat Ramai Orang TERSENTUH !!!

| July 3, 2017 | 0 Comments

3 Beradik Ini Sanggup Kayuh Basikal Selama 5 Hari. Puncanya Pasti Buat Ramai Orang TERSENTUH !!! | TIGA beradik sanggup mengayuh basikal sejauh kira-kira 570 kilometer semata-mata mahu menyambut Aidilfitri bersama ibu mereka di Tangerang, Indonesia.

Sumber Gambar : MYNEWSHUB

Media tempatan melaporkan Okta, 15, dan dua adiknya, Rizal, 13, serta Aslam, 10, menunggang basikal selama lima hari dari rumah nenek mereka di Indralaya, Ogan Ilir, Sumatera Selatan.

Ketiga-tiga remaja itu tinggal bersama nenek mereka manakala ibu mereka difahamkan bekerja di Jakarta.

Menurut Okta, mereka bertekad menunggang basikal untuk bertemu ibu kerana wanita itu tidak dapat pulang ke kampung untuk sama-sama menyambut Aidilfitri.

“Berbekal sedikit wang yang diberi nenek dan pakaian, kami memulakan perjalanan ke Tangerang, Sabtu lalu.

“Pada sebelah malam kami tidur di stesen minyak dan meneruskan semula perjalanan pada awal pagi,” kata Okta memetik Detik.com.

Difahamkan, mereka memulakan perjalanan dengan berbekalkan hanya Rp 150,000 iaitu kira-kira RM48.

Kisah tiga beradik berkenaan menyentuh hati pengguna media sosial di Indonesia selepas seorang pengguna memuat naik gambar mereka di laman sosial.

Sumber Gambar : MYNEWSHUB

Kata Okta, sejak itu ramai pengguna jalan raya menawarkan untuk menumpang mereka dan ada yang memberikan wang.

Rentetan tersebar kisah meraka, pihak ASDP Indonesia, Ferry memutuskan untuk menghantar ketiga-tiga adik beradik ini dari Pelabuhan Merak, Banten hingga sampai rumah mereka di Cileduk, Tangerang.

“Ketiga beradik itu diberikan makan dan kami tumpangkan mereka dengan menaiki kapal secara percuma. Saya begitu simpati dengan nasib mereka yang sanggup berbasikal dari Indralaya selama berhari-hari,” kata Ferry.

Ketiganya beradik itu tiba di rumah pada Khamis dan menurut Okta, mereka tidak akan mengulangi perbuatan itu kerana ia sangat berbahaya dan adalah lebih selamat jika menggunakan pengangkutan awam.

Kredit – MYNEWSHUB.CC

P.S. 1 – Kisah Sultan Muhammad V Xdapat Masuk Restoran Kerana Penuh. Apa Yg Berlaku Selepas Itu MENGEJUTKAN !!!
P.S. 2 – PELIK. Anjing Ini Tiap² Malam Tenung Pemiliknya Sehingga Lelaki Itu Tidur, Selepas Disiasat Rupa²nya…
P.S. 3 – Ibu Meninggal Dunia Tiada Siapa Jaga Adik Kecil. Kerana Xmahu Ponteng Ini Yang Abang² Lakukan !!!
P.S. 4 – “Saya Selalu Bawa Bekal Makan Tepi Kubur Isteri Saya”. Kisah Cinta Sejati Lelaki Ini Dengan Arwah Isterinya MENYENTUH HATI !!!
P.S. 5 – GERAM. Tergamak Si Anak PAKSA Ayah Buat Loan Dan Ambil Duit Pencen Ayah !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: Kisah Keluarga

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *