Gambar Lelaki Bersama Anaknya Ini Pernah Jadi VIRAL. Inilah Kehidupan Mereka Sekarang Yg Buat Ramai BANGGA !!!

| July 12, 2017 | 0 Comments

Gambar Lelaki Bersama Anaknya Ini Pernah Jadi VIRAL. Inilah Kehidupan Mereka Sekarang Yg Buat Ramai BANGGA !!! | BEIRUT, LEBANON – Abdul Halim al-Attar, 33, pelarian dan juga seorang bapa perlu menyara kehidupan keluarganya dengan menjual pen di jalanan di Beirut.

Abdul Halim sebelum ini pernah bekerja di kilang coklat apabila dia ditempatkan di Kem Pelarian Palestin. Meskipun dia berasal dari Syria, Abdul Halim adalah orang Palestin dan dia tidak memiliki kerakyatan Syria.

Gambar Abdul Halim menjual pen sambil mendukung anaknya di jalan raya, pernah viral di media sosial tahun 2015. Gambar yang dirakam oleh seorang wartawan online dari Norway, Gissur Simonarson, membuatkan netizen di seluruh dunia berasa simpati dengan nasib lelaki itu.

Gissur juga turut membuat akaun Twitter untuk Abdul Halim dan melalui akaun Twitter itu, satu kempen mengumpul dana telah dilancarkan. Selepas hampir tiga bulan berlalu, kempen itu telah berjaya mengumpul dana 40 kali ganda dari jumlah asal yang diperlukan untuk membantu Abdul Halim.

Dengan dana terkumpul sebanyak $191,000 (RM821,300.00) itu, Abdul Halim mampu membuka kedai bakeri, kedai kebab dan restoran. Kakitangan kedainya terdiri daripada 16 pelarian warga Syria.

“Bukan sahaja hidup saya berubah, malah kehidupan anak saya dan lima pelarian Syria yang saya bantu juga turut berubah,” katanya.

Abdul Halim kemudian berpindah ke sebuah rumah pangsapuri yang lebih besar dan selesa di selatan Beirut. Anak perempuannya, Reem, 4, sangat memuja bapanya. Anak lelakinya, Abdullah, 9, telah kembali bersekolah selepas tiga tahun meninggalkan persekolahan.

Abdul Halim sangat bersyukur dengan pendapatannya yang stabil dengan menjual roti dan kebab yang segar.

“Saya perlu melabur duit itu, jika tidak ia akan hilang begitu sahaja. Ramai yang menyapa saya dengan lebih baik bila berada di luar. Malah mereka lebih menghormati saya,” katanya.

Sumber : The Reporter

P.S. 1 – Kisah Sultan Muhammad V Xdapat Masuk Restoran Kerana Penuh. Apa Yg Berlaku Selepas Itu MENGEJUTKAN !!!
P.S. 2 – PELIK. Anjing Ini Tiap² Malam Tenung Pemiliknya Sehingga Lelaki Itu Tidur, Selepas Disiasat Rupa²nya…
P.S. 3 – Ibu Meninggal Dunia Tiada Siapa Jaga Adik Kecil. Kerana Xmahu Ponteng Ini Yang Abang² Lakukan !!!
P.S. 4 – “Saya Selalu Bawa Bekal Makan Tepi Kubur Isteri Saya”. Kisah Cinta Sejati Lelaki Ini Dengan Arwah Isterinya MENYENTUH HATI !!!
P.S. 5 – GERAM. Tergamak Si Anak PAKSA Ayah Buat Loan Dan Ambil Duit Pencen Ayah !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: KISAH KEHIDUPAN

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *