Isteri Terkejut Suami Tutup Mulut Dgn Pita Pelekat Ketika Tidur. Puncanya Buat Ramai TERSENTUH !!!

| July 2, 2017 | 0 Comments

Isteri Terkejut Suami Tutup Mulut Dgn Pita Pelekat Ketika Tidur. Puncanya Buat Ramai TERSENTUH !!! | Salah satu perkara penting untuk menguatkan dan mengekalkan hubungan suami isteri adalah menerima kekurangan masing-masing atau sekurang-kurangnya bertolak ansur dalam menerima kekurangan tersebut.

Sumber Gambar Facebook : Penang My Hometown

Salah satu contoh yang menyentuh hati ramai netizen adalah kisah suami isteri yang dikongsi oleh anak pasangan itu sendiri baru-baru ini. Melalui status Facebook yang dikongsikan semula oleh World of Buzz, anak pasangan itu menulis,

“Bapa saya mempunyai pekerjaan yang berat dan perlu bekerja keras. Disebabkan itu, dia akan tidur dengan mudah dan serta merta. Satu perkara yang pasti, dia berdengkur dengan sangat kuat.”

“Ibu saya mudah terjaga apabila tidur, jadi selalunya dia tidak mahu tidur bersama bapa saya di dalam satu bilik. Jadi, bapa saya yang biasanya akan mengalah dan tidur di ruang tamu.”

“Hari ini, ketika ibu saya masuk ke bilik tidurnya, dia sangat terkejut melihat bapa saya menutup mulutnya dengan pita pelekat. Dia berbuat begitu supaya tidak berdengkur kerana mahu tidur bersama-sama dengan ibu.

“Apa yang dilihat sangat menyentuh hati. Ibu kemudian membuang pita pelekat itu dari mulut bapa saya!”

“Inilah yang dinamakan cinta.”

Netizen yang membaca status itu rata-rata kongsi perasaan mereka yang nyata tersentuh dengan tindakan bapanya. Ni baru betul #relationshipgoal kan.

Ada juga yang berkongsi kisah sendiri. Seorang netizen berkongsi,

“Suami saya juga berdengkur dengan kuat. Tetapi saya tidak pernah merungut kerana saya faham dia bekerja untuk menampung keluarga. Dia sangat sayangkan keluarganya, dan akan selalu bawa anak perempuan kami keluar apabila ada masa lapang. Asalkan sebuah keluarga itu bahagia, itu yang paling penting.”

Guys, ini baru betul #relationshipgoals, bukan pasangan femes yang belum kahwin tu korang jadikan #goals. Oppss!

Sumber : World Of Buzz

P.S. 1 – Kisah Sultan Muhammad V Xdapat Masuk Restoran Kerana Penuh. Apa Yg Berlaku Selepas Itu MENGEJUTKAN !!!
P.S. 2 – PELIK. Anjing Ini Tiap² Malam Tenung Pemiliknya Sehingga Lelaki Itu Tidur, Selepas Disiasat Rupa²nya…
P.S. 3 – Ibu Meninggal Dunia Tiada Siapa Jaga Adik Kecil. Kerana Xmahu Ponteng Ini Yang Abang² Lakukan !!!
P.S. 4 – “Saya Selalu Bawa Bekal Makan Tepi Kubur Isteri Saya”. Kisah Cinta Sejati Lelaki Ini Dengan Arwah Isterinya MENYENTUH HATI !!!
P.S. 5 – GERAM. Tergamak Si Anak PAKSA Ayah Buat Loan Dan Ambil Duit Pencen Ayah !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Kisah Keluarga

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *