Kalau Dah Jodoh. Pakcik Ini Berkahwin Dengan Gadis Berumur 18 Tahun.

| July 18, 2017 | 0 Comments

Kalau Dah Jodoh. Pakcik Ini Berkahwin Dengan Gadis Berumur 18 Tahun. | Selepas perkahwinan Selamet Riyadi, 16, dan isterinya Rohaya, 71, pada awal Julai lalu, kini pernikahan seorang remaja perempuan dan lelaki berusia 62 tahun pula mencuri perhatian masyarakat di Indonesia.

Majlis akad nikah pasangan pengantin, Sulaeman Daeng Ngampa dan isterinya, Diana Daeng Nganiyang yang berumur 18 tahun berlangsung di rumah pengantin perempuan di Kabupaten Gowa, Sulawesi Selatan, kelmarin (16 Julai).

Memetik portal Detik.com, Ketua Kampung, Zainal Arifin Daeng Mangung berkata, majlis perkahwinan pengantin lelaki, yang 44 tahun lebih tua daripada pengantin perempuan berlangsung mengikut adat suku kaum Makassar.

“Majlis pernikahan mereka (berlangsung) kelmarin. Setahu saya, tiada paksaan antara mereka walaupun isterinya masih muda,” kata Zainal.

Sementara media tempatan melaporkan, Sulaeman memberikan wang hantaran sebanyak 35 juta rupiah (RM11,264.45), satu set barangan kemas serta 300 kilogram (kg) beras kepada pengantin perempuan.

Berkongsi lanjut mengenai kisah cinta, Sulaeman berkata, pertama kali dia bertemu dengan gadis muda itu setahun lalu iaitu dua bulan selepas isterinya meninggal dunia.

Ketika itu Sulaeman datang ke rumah bapa Diana, Daeng Caco, 50, yang mempunyai kemahiran dalam bidang pertukangan besi.

“Tahun lalu saya datang ke sini mahu buat parang dan saya lihat anak gadisnya cantik dan baik hati,” ujar Sulaeman.

Selepas setahun berulang-alik ke rumah bapa Diana yang pada mulanya hanya sekadar mengeratkan sillaturrahim, Sulaeman mula jatuh hati kepada Diana dan mahu melamar gadis itu menjadi isterinya.

Manakala, Diana mengakui senang dengan perwatakan Sulaeman meskipun mempunyai perbezaan umur yang jauh.

“Saya senang dan suka (Selaeman) dan tolong doakan mudah-mudahan rumah tangga kami berjalan dengan baik serta diberikan rezeki,” kata Diana, memetik Detik.com.

Ibu kandung Diana sudah meninggal dunia pada tahun 2007.

Diana merupakan anak kedua daripada tiga beradik. Abang sulungnya, Jamaluddin yang berusia 21 tahun sudah mendirikan rumah tangga, sementara adik bongsunya, Riswandi, 14, tinggal bersama Diana.

Kredit – mD

P.S. 1 – Kisah Sultan Muhammad V Xdapat Masuk Restoran Kerana Penuh. Apa Yg Berlaku Selepas Itu MENGEJUTKAN !!!
P.S. 2 – PELIK. Anjing Ini Tiap² Malam Tenung Pemiliknya Sehingga Lelaki Itu Tidur, Selepas Disiasat Rupa²nya…
P.S. 3 – Ibu Meninggal Dunia Tiada Siapa Jaga Adik Kecil. Kerana Xmahu Ponteng Ini Yang Abang² Lakukan !!!
P.S. 4 – “Saya Selalu Bawa Bekal Makan Tepi Kubur Isteri Saya”. Kisah Cinta Sejati Lelaki Ini Dengan Arwah Isterinya MENYENTUH HATI !!!
P.S. 5 – GERAM. Tergamak Si Anak PAKSA Ayah Buat Loan Dan Ambil Duit Pencen Ayah !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH KEHIDUPAN

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *