PELIK Wanita Ini Berdiri Sebelah Lelaki ‘Gelandangan’ Di Kaki Lima Selama 6 Jam. Slps Ditanya Rupa²nya….

| July 19, 2017 | 0 Comments

PELIK Wanita Ini Berdiri Sebelah Lelaki ‘Gelandangan’ Di Kaki Lima Selama 6 Jam. Slps Ditanya Rupa²nya…. | Seorang ibu yang berputus asa mengambil keputusan untuk bersama anaknya yang gelandangan dan ketagih dadah di kaki lima.

Leanne Thompson sangat takut perkara buruk mungkin berlaku kepada anak lelakinya, sehingga dia sanggup berdiri di hadapan anaknya Daniel selama 6 jam setengah.

Terdesak mahukan bantuan, dia tertanya sama ada penjara mungkin pilihan terbaik untuk anaknya yang berusia 25 tahun itu.

Leanne Thompson melihat anaknya tidur di kaki lima

Leanne berkata anaknya pernah dibicara beberapa kali di mahkamah termasuklah kerana menghisap dadah di Jalan Bourke, tetapi terlepas setiap kali walaupun dia memberi gangguan kepada pihak majistret.

Dia banyak melakukan banya masalah tetapi pihak berkuasa seakan menutup mata. Setiap kali dia ditangkap, dia akan dilepaskan dan tinggal di kaki lima.

Apabila pihak polis membawa dia ke pusat jagaan mental selepas dia mengamuk, dia kemudiannya dilepaskan tidak sampai sehari.

“Melihat anak anda, yang anda sayangi sepenuh hati tidur di kaki lima dan menjadi penagih dadah merupakan perkara yang sangat ditakuti setiap mereka yang bergelar ibu bapa,” kata Leanne Thompson.

Ibu yang risau mengenai kehidupan anaknya

Ibu kepada lima orang anak ini memuji pihak polis, dan berkata meskipun telah meminta dan merayu pihak kerajaan dan khidmat bantuan untuk membantunya selama ini, masalah yang dihadapinya masih ada. Dia kini tidak mengetahui apa yang ingin dilakukan.

“Pertama kali saya melihat dia[Daniel] tidur di kaki lima, pemandangan tersebut sangat menakutkan dan paparan tersebut akan menghantui saya selamanya, dan [ia] takkan pernah meninggalkan kepala saya,” Leanne memberitahu Herald Sun.

“Saya tidak mahu anak saya menjadi seperti mereka yang tiada gigi, psikotik, orang tua yang selalu bercakap seorang diri dan orang yang masyarakat cuba untuk elak dan tidak mendekati,” katanya lagi.

Melbourne CBD menjadi tempat gelandangan tinggal di sepanjang kaki lima dan bawah jambatan sementara pihak berkuasa masih mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini.

Leanne Thompson memberitahu bahawa anaknya merupakan seorang yang cintakan sukan, serta menjadi pemain ragbi. Dia memiliki sijil TAFE dalam horticulture, pemuliharaan tanah dan pengurusan tanah pada tahun 2015.

Pada bulan Jun 2016, dia berpindah dari Queensland ke Melbourne untuk tinggal bersama rakannya. Dia mendapat kerja sepenuh masa di sana dan dalam masa yang sama dia kuat berparti.

Daniel dan kakaknya pada tahun 2015

Daniel semasa berusia 16 tahun

Pada bulan Mac lalu, dia diberhentikan kerja kerana gagal hadir ke tempat kerja beberapa kali, tanpa alasan.

Dia kini menghabiskan sisa harinya dengan tidur di Bourke Street Mall dan meminta sedekah wang untuk memenuhi ketagihannya kepada ice dan ganja sintetik.

Ibunya tidak lagi tidur di sebelah anaknya, tetapi akan selalu menjenguk, menjaganya semasa dia tidur.

“Saya cuma mahu memastikan anak saya selamat, dan bebas dari ancaman bahaya. Apabila hari bertukar gelap, anda akan dapat melihat banyak perkara yang tidak diingini berlaku,” kata Leanne Thompson.

Sikap anaknya berubah setiap hari, dan kebanyakan hari Leanne tidak dapat mendekati anaknya. Dia hanya dapat melihat anaknya dari jauh, dan bercakap dengan pemilik kedai berdekatan untuk mengetahui perkembangan anaknya. Serta dia tinggalkan gambar keluarga di sebelah anaknya Daniel.

Daniel merupakan anak bongsu dari lima beradik. Dia memiliki tiga orang kakak dan seorang abang. Adik beradiknya yang pada awalnya marah dengan tindakan beliau, kini berasa sedih dan risau kerana dia telah memberi kesan kepada ibunya yang sentiasa risau akannya.

Kredit : Era Baru

P.S. 1 – Wanita Ini Pasang CCTV Di Rumah Untuk Awasi Kegiatan Kucingnya. Apa Yang Dirakamkan MENGEJUTKAN !!!
P.S. 2 – Setelah Lama Merantau Lelaki Ini Pulang Ke Rumahnya. Reaksi Kucingnya Buat Dia MENANGIS !!!
P.S. 3 – Seorang Kakitangan Zoo Diserang Singa Jantan. Tiba² Muncul Singa Betina Yang Bertindak Untuk….
P.S. 4 – Tiap² Bulan Suami Bagi RM200 Untuk Maknya Tapi Minta Tambah Lagi RM200. Apa Yang Mak Buat Dgn Duit Tu MENGEJUTKAN !!!
P.S. 5 – Dua Pemuda Tahan Teksi Tapi Minta Jangan Guna Meter. Apa Yang Berlaku Seterusnya Buat Pemandu Teksi Itu Bagi Naik Free !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Kisah Keluarga

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *