SEDIH. Bapa Rebah Dan Meninggal Dunia Ketika Majlis Akad Nikah Anak.

| July 2, 2017 | 0 Comments

SEDIH. Bapa Rebah Dan Meninggal Dunia Ketika Majlis Akad Nikah Anak. | KAHERAH – Hasrat seorang bapa untuk menikahkan anak perempuannya tidak kesampaian apabila rebah dan meninggal dunia ketika majlis akad nikah di sebuah kampung di Manzala, di utara Mesir.

Saat ijab kabul pada kelaziman adalah satu simbolik untuk ayah pengantin perempuan untuk menyerahkan anaknya kepada si pengantin lelaki bagi memulakan kehidupan baharu sebagai pasangan suami isteri.

Al Arabiya melaporkan, majlis yang sepatutnya diraikan dengan kegembiraan bertukar duka apabila si ayah yang dikenali sebagai Mursi Khalil Salameh tiba-tiba rebah ketika majlis akad nikah anak perempuannya.

Rakaman video tersebut menjadi tular di media sosial apabila memaparkan keadaan sebenar ketika majlis tersebut diadakan dan Mursi yang rebah secara tiba-tiba sebelum tetamu yang hadir menjerit kerana terkejut.

Ia juga menyebabkan beberapa sanak saudara segera menerpa ke arahnya untuk memberi bantuan dan insiden yang tidak diduga itu kebetulan dirakam dalam bentuk video oleh salah seorang hadirin.

Mursi yang juga bekerja sebagai pegawai perkahwinan kemudian disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung oleh seorang doktor, menurut Al Arabiya.

Kredit – MYNEWSHUB.CC

P.S. 1 – Kisah Sultan Muhammad V Xdapat Masuk Restoran Kerana Penuh. Apa Yg Berlaku Selepas Itu MENGEJUTKAN !!!
P.S. 2 – PELIK. Anjing Ini Tiap² Malam Tenung Pemiliknya Sehingga Lelaki Itu Tidur, Selepas Disiasat Rupa²nya…
P.S. 3 – Ibu Meninggal Dunia Tiada Siapa Jaga Adik Kecil. Kerana Xmahu Ponteng Ini Yang Abang² Lakukan !!!
P.S. 4 – “Saya Selalu Bawa Bekal Makan Tepi Kubur Isteri Saya”. Kisah Cinta Sejati Lelaki Ini Dengan Arwah Isterinya MENYENTUH HATI !!!
P.S. 5 – GERAM. Tergamak Si Anak PAKSA Ayah Buat Loan Dan Ambil Duit Pencen Ayah !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH KEHIDUPAN

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *