Selepas 25 Tahun Dompet Ini Hilang Akhirnya Ditemukan Semula. Apa Yg Ada Dlm Itu MENGEJUTKAN !!!

| July 18, 2017 | 2 Comments

Selepas 25 Tahun Dompet Ini Hilang Akhirnya Ditemukan Semula. Apa Yg Ada Dlm Itu MENGEJUTKAN !!! | Jika anda kehilangan sesuatu yang ditakdirkan untuk menjadi milik anda, ia akan kembali kepada anda walau dengan apa cara sekalipun, walaupun anda perlu menunggu selama 25 tahun untuk mendapatkannya kembali, seperti wanita dari selatan Carolina ini.

Pada tahun 1992, dompert April Bolt telah dicuri dari botnya di tasik Hartwell di Anderson. Dia berfikir mungkin pencuri tersebut telah membuang dompetnya ke dalam tasik selepas mengambil wang tunai di dalamnya. Bolt kecewa kerana dompet itu mengandungi foto anaknya termasuk dengan barangan berharga yang lain.

“Saya menangis,” kata Bolt kepada ABC News, sambil mengingati hari dia kehilangan dompetnya.

Dia tidak pernah terfikir bahawa dia akan melihat dompetnya lagi.

Pada Julai 2017 seorang kanak-kanak 11 tahun,  Brodie Brooks, telah memancing ikan keli di tasik Hartwell. Tiba-tiba, tali tangsinya telah menarik sesuatu yng agak besar.

“Saya merasakan ia adalah ikan besar kerana ia meragut joran saya ke atas dan ke bawah dan saya sehingga membuatkan saya berasa takut yang joran saya akan patah,” katanya kepada ABC News.

“Saya telah memancing di tasik ini sepanjang hidup saya dan itulah kali pertama saya melihat sesuatu yang ditangkap seperti ini pada joran saya,” tambah Ben Myers, saudara terdekat Brooks yang sedang memancing bersama dia. Dia dengan penuh semangat menggulungnya, dengan harapan dia akan mendapat ikan.

Apa yang sebenarnya ditangkapnya adalah dompet wanita.

Mereka terus melihat isi kandungan dompet itu dan akhirnya dia tahu bahawa dompet ini milik Bolt. Apa yang lebih mengejutkan dia sebenarnya kenal akan pemilik dompet tersebut.

“Dia adalah kawan keluarga saya. Saya pergi ke sekolah bersama-sama anak saudara lelakinya, tetapi saya tidak sudah tidak bertemunya selama 10 tahun, ” jelasnya lagi kepada ABC News.

“Anda memancing beg tangan seseorang dan orang itu anda kenal, itu adalah sesuatu yang gila,” tambahnya. Dia kemudian dapat menghubungi Bolt melalui anak saudaranya.

Bolt terkejut.

“Saya tidak percaya. Saya kehilangan kata-kata,” kata Bolt. “Anda tidak pernah fikir anda akan melihatnya semula.”

“Ini adalah segala-galanya bagi saya. Anak saya kini berusia 26 tahun, tetapi ketika dia berusia 15 bulan saya mempunyai semua gambarnya yang diambil secara profesional di dalam dompet saya.

Pada masa itu anda tidak mempunyai telefon bimbit untuk mengambil gambar. Gambar-gambar tersebut telah rosak tetapi saya berjaya mengeluarkannya, ” kata Bolt.

“Saya masih ingat saya kecewa kerana gincu kegemaran saya berada di dalam dompet itu.”

“Ia adalah sangat berharga untuk mendapatkan semua ini semula,” katanya. “Walaupun dalam keadaan ini. … Saya sukakannya.”

Kredit : Era Baru 

P.S. 1 – Kisah Sultan Muhammad V Xdapat Masuk Restoran Kerana Penuh. Apa Yg Berlaku Selepas Itu MENGEJUTKAN !!!
P.S. 2 – PELIK. Anjing Ini Tiap² Malam Tenung Pemiliknya Sehingga Lelaki Itu Tidur, Selepas Disiasat Rupa²nya…
P.S. 3 – Ibu Meninggal Dunia Tiada Siapa Jaga Adik Kecil. Kerana Xmahu Ponteng Ini Yang Abang² Lakukan !!!
P.S. 4 – “Saya Selalu Bawa Bekal Makan Tepi Kubur Isteri Saya”. Kisah Cinta Sejati Lelaki Ini Dengan Arwah Isterinya MENYENTUH HATI !!!
P.S. 5 – GERAM. Tergamak Si Anak PAKSA Ayah Buat Loan Dan Ambil Duit Pencen Ayah !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: Kisah Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *