Aku Selalu Perli & Marah Anak No.3 Sb Tak Pandai. 1 Hari Aku Kena Strok & Apa Yg Dia Lakukan Buat Aku MENYESAL !!!

| August 22, 2017 | 0 Comments

Aku Selalu Perli & Marah Anak No.3 Sb Tak Pandai. 1 Hari Aku Kena Strok & Apa Yg Dia Lakukan Buat Aku MENYESAL !!! | “Saya ada 4 orang anak, semua berjaya kecuali seorang. Ada doktor, enginer dan lawyer tapi yang no.3 tak menyerlah langsung. Dapat gred 2 SPM. Sangat mengecewakan saya. Tuisyen beratus ringgit sebulan tapi hasil tak de. Tak macam abang, kakak dan adik dia dapat straight A.

“Habis sekolah dapat lah kerja kilang. Duduk dengan saya. Tiap kali sebut pasal belajar mesti saya ungkit dia, ‘tengok macam adik beradik yang lain, semua kerja elok-elok. Kau sorang je kerja kilang. Buat malu keluarga aje.’ Ini ungkapan yang selalu saya lepaskan pada dia.

“Masa berlalu pantas. Takdir Allah saya kena strok. Isteri saya pun sakit jugak. Tak mampu nak uruskan saya. Ingat ada anak yang jadi doktor mudah la cikit. Tak juga. Harap anak-anak lain semua sibuk dengan kerja masing-masing. Hanya datang lawat sesekali, lepas tu cepat-cepat nak balik. Masa ni anak ketiga dah kerja jauh dari rumah.

Anak Berhenti Kerja

“Satu hari anak ke3 balik dengan beg besar. Saya tanya kenapa. Dia jawap berhenti keja sebab nak jaga abah. “Kelu lidah saya. Berhemburan air mata saya pada hari itu. Inilah anak yang paling saya kecewa dulu. Tapi dialah yang menjaga saya hinga hari ini. Saya mohon ampun kepada Allah atas kesilapan saya yang dulu.

“Rupanya Allah jadi kan dia kurang dalam pelajaran, tapi Allah sertakan dia dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.
“Demikianlah Allah takdirkan sesuatu kepada manusia ada hikmahnya. Mungkin kita tak nampak sekarang, masa depan kita tak tau. Bersangka baiklah dengan Allah.

“Bagi ibubapa yang dapat result anak tak cemerlang, Jangan kecewa. Gagal dalam peperiksaan bukan berakhirnya kehidupan. Semoga kisah ini menjadi teladan buat semua. Perkongsian sahabat..

Sumber:- Bahagian Dakwah Jakim

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Kisah Keluarga

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *