Bapa DEDAH Sikap N Thanabalan. Ramai Yang TAK TAHU !!!

| August 28, 2017 | 0 Comments

Bapa DEDAH Sikap N Thanabalan. Ramai Yang TAK TAHU !!! | MALAYSIA TULAR – “BIARPUN anak kami sibuk menjalani latihan, dia tidak pernah sesekali melupakan keluarga malah menjadi tunjang kepada keluarga ini,” kata S Nadarajah, 56, bapa kepada penyerang sensasi pasukan bola sepak bawah 22 tahun negara, N Thanabalan.

Nadarajah berbangga apabila anaknya muncul wira dan penjaring tunggal membawa Malaysia ke perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2017 selepas menumbangkan Indonesia 1-0 di Stadium Shah Alam, Selangor, malam semalam.

UTAMAKAN KELUARGA

Katanya, Thanabalan adalah anak yang baik dan menggunakan gaji diterima sebagai pemain bola sepak untuk membantu keluarganya.

“Dia lebih mengutamakan keluarga berbanding membeli barangan untuk dirinya. Malah dialah yang menjadi ketua keluarga selepas saya terbabit kemalangan pada 14 April 2013,” katanya sebak.

BAPA LUMPUH

Mengulas mengenai tragedi itu katanya, ketika itu dia dari Seremban ke tempat kerja di Kuala Lumpur.

“Semasa kejadian, saya menunggang motosikal jam 6.30 pagi sebelum sebuah kereta merempuh dari belakang. Disebabkan itu, saya kini lumpuh separuh badan bermula daripada bahagian dada hingga kaki,” katanya ditemui di rumahnya di Taman Seremban Jaya, di sini, malam ini.

GANTI TUGAS BAPA

Menurut Nadarajah, sejak daripada itu Thanabalan menggalas tugasnya dan menampung perbelanjaan dapur, bil ultiliti, kos perubatan dan dua adiknya, Kheeteeswaran, 19, dan Keerthikaa, 13.

“Sejak menyarung jersi pasukan negara, Thanabalan beritahu tidak mahu berenggang dengan keluarga kerana risau keadaan kami. Selepas menjalani latihan, dia akan pulang ke rumah untuk memandikan, menukar lampin dan mendukung saya ke katil disebabkan saya tidak mampu bergerak,” katanya.

Katanya lagi, walaupun terpaksa berulang alik dari Kuala Lumpur, anaknya tidak pernah mengeluh dan memberitahu dirinya penat.

“Saya bangga dengan dia apatah dalam kecemerlangannya dalam bola sepak,” katanya.

BAKAT SEJAK KECIL

Dia yang juga bekas pemain bola sepak melatih anaknya dalam sukan itu bermula di sekolah rendah.

“Ketika Thanabalan kecil, dia akan menendang apa juga objek yang ditemui terutama botol. Dia juga sering menghubungi saya selepas tamat perlawanan untuk beri pandangan mengenai aksinya di padang,” katanya.

Menurutnya lagi, perkara sering ditekankannya adalah menggunakan kepala apabila melakukan serangan sewaktu bola diperoleh melalui sepakan sudut.

“Ternyata dia mendengar arahan apabila menjaringkan gol pada minit ke-87 malam tadi (semalam),” katanya mengharapkan pasukan negara muncul juara dan membenam cabaran Thailand pada Selasa ini.

Sumber : My Metro

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *