Kanak² Ini Sangkakan Ibunya Hanya Tidur Dlm Keranda. Tindakan & Pertanyaan Kanak² Ini Buat Ramai MENANGIS !!!

| August 23, 2017 | 0 Comments

Kanak² Ini Sangkakan Ibunya Hanya Tidur Dlm Keranda. Tindakan & Pertanyaan Kanak² Ini Buat Ramai MENANGIS !!! | MALAYSIA TULAR – Pemergian kedua ibu bapa tercinta merupakan satu pengalaman yang sangat memberi trauma terutamanya kepada anak-anak yang masih kecil. Mereka terlalu muda untuk memahami dan menerima bahawa orang yang mereka sayangi secara tiba-tiba tiada lagi di dunia ini.

Dalam tempoh ini, insan tersayang lain harus memainkan peranan yang sangat penting dalam memberikan kasih sayang, perhatian dan keselesaan kepada anak-anak yatim tersebut supaya mereka tidak rasa ditinggalkan.

Di Filipina, seorang wanita telah memuatnaik gambar saudara kecilnya yang baru kehilangan ibu tercinta. Gambar tersebut merakam sejuta rasa kesedihan pada diri kanak-kanak tersebut yang kelihatan hanya merenung pada keranda mendiang ibunya.

Budak lelaki tersebut kemudiannya telah mengeluarkan satu kata-kata yang sangat memilukan hati sesiapa sahaja yang mendengarnya.

“Kenapa ibu sudah tidak tidur di sebelah saya lagi?”

Dalam situasi pilu tersebut, kanak-kanak lelaki berkenaan dilihat menarik kerusi ke arah keranda ibunya dan berdiri di atas kerusi tersebut supaya dia boleh berada di samping ibunya buat kali yang terakhir.

Kata-kata yang diucapkan kanak-kanak terbabit benar-benar menusuk hati. Siapa sahaja yang sanggup berdepan dengan seorang anak kecil yang baru kehilangan ibunya. Harap-harap, kanak-kanak ini akan sentiasa dikelilingi oleh insan-insan yang baik hati dan tulus menyayanginya.

Kredit : Era Baru

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Kisah Keluarga

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *