KEJAM. Gara² Tidak Mahu Bayi Yg Dia Lahirkan, Wanita Ini Lakukan ‘SESUATU’ Pada Bayi Itu Buat Ramai MARAH !!!

| August 18, 2017 | 0 Comments

KEJAM. Gara² Tidak Mahu Bayi Yg Dia Lahirkan, Wanita Ini Lakukan ‘SESUATU’ Pada Bayi Itu Buat Ramai MARAH !!! | TEXAS, AMERIKA SYARIKAT – Seorang wanita didakwa membuang bayi perempuannya di luar kediamannya kerana tidak mahu menjadi ibu dan enggan melihat bayinya sendiri, lapor Daily Mail.

Sidney Woytasczyk, 21, didakwa atas pertuduhan membuang anak selepas bayinya yang baru lahir itu ditemui di atas batas tanaman bunga berdekatan dengan pangsapuri kediamannya di Houston, pada jam 11.30 malam, Rabu.

Pendakwa raya berkata, Sidney melahirkan bayi itu di dapur, menyentap urinya sehingga terputus dan membiarkan bayi itu terdedah begitu sahaja di atas batas tanaman bunga kerana bimbang teman lelakinya tidak dapat menerima kehadiran bayi berkenaan, lapor ABC13.

Bagaimanapun Sidney ditahan polis selepas bayi itu ditemui oleh orang ramai yang kemudian menghubungi pihak polis untuk memaklumkan penemuan itu.

Albert Peterson, terdengar suara tangisan bayi dan setelah memeriksa keadaan sekeliling, dia menemui mangsa di tempat yang sama dalam keadaan dihurung semut, sekitar jam 5 pagi keesokkan hari. Peterson mengambil mangsa dan membersihkannya sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis.

Polis tiba di tempat kejadian dan mendapati ada kesan-kesan darah di kawasan berhampiran lalu menjejak hala tuju kesan darah tersebut yang menghala ke sebuah pangsapuri yang didiami oleh Sidney dan teman lelakinya, Skillern.

Ketika perbicaraan kali kedua di mahkamah di Daerah Harris, Rabu, Sidney memberitahu kepada pegawai penyiasat bahawa dia tidak mahu menjadi ibu dan enggan melihat bayinya sendiri. Ketika kejadian itu berlaku, Sidney berasa panik selepas melahirkan bayi berkenaan kerana dia tidak tahu yang dirinya mengandung.

Pendakwa raya berkata, Sidney dalam keterangannya menyatakan dia dapat merasa bayi itu berpusing di dalam rahimnya sebelum terkeluar dan terjatuh di lantai dapur. Malah mengaku telah menyentap uri bayi itu sehingga terputus dan membiarkan mangsa berada dalam keadaan terdedah begitu sahaja di luar rumah.

“Dia menjelaskan dengan terperinci bagaimana kejadian itu berlaku dan apabila dia tanya mengenai jantina bayi, dia menjawab ‘perempuan’.

“Selepas melahirkan bayi, Sidney terus membawa mangsa keluar tanpa membalutnya dan juga telah menyentap urinya sehingga terputus,” katanya.

Mahkamah diberitahu, selepas membuang bayi itu, Sidney pulang ke rumah, bersihkan dapur dan terus tidur di biliknya.

Tindakan Sidney itu menyebabkan mangsa berisiko pendarahan yang boleh menyebabkan maut, selain menyebabkan jangkitan kuman yang berbahaya.

Mangsa kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kanak-Kanak Texas dan menerima rawatan kerana dijangkiti kuman. Malah mangsa juga mengalami masalah denyutan jantung yang cepat, tetapi berada dalam keadaan stabil buat masa ini.

Sidney kini berdepan dengan pertuduhan membuang anak dan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serta berdepan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Teman lelakinya, Deandre Skillern berkata, dia terkejut dengan kejadian itu dan mengakui dia tidak tahu teman wanitanya itu mengandung. Skillern juga melakukan ujian DNA bagi memastikan sama ada dirinya adalah bapa kandung kepada bayi berkenaan.

Selain itu, Skillern terpaksa bersaing dengan ibu Sidney, Tina, untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap bayi itu. Namun, hakim belum memutuskan siapa yang berhak menjaga mangsa dan sementara menunggu keputusannya, mahkamah menyerahkan bayi itu di bawah penjagaan badan kebajikan.

Pendakwa raya meminta mahkamah memberi tertuduh diikat jamin sebanyak $40,000. Tetapi peguamnya meminta jumlah itu dikurangkan kerana anak guamnya adalah pelajar yang bekerja di kedai runcit, selain masih menetap bersama ibunya.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak $20,000. sementara menunggu tarikh perbicaraan seterusnya.

Kredit : The Reporter

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: JENAYAH

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *