Lelaki Ini Hanya Bapa Tiri. Apa Yg Anak Tirinya Lakukan Pada Sambutan Hari Bapa Buat Dia MENANGIS !!!

| August 28, 2017 | 0 Comments

Lelaki Ini Hanya Bapa Tiri. Apa Yg Anak Tirinya Lakukan Pada Sambutan Hari Bapa Buat Dia MENANGIS !!!  | MALAYSIA TULAR – Blake Wilson yang berusia 34 tahun menjadi bapa tiri kepada Tyler Dukes sejak Dukes berusia 13 tahun. Hubungan mereka sememangnya sangat akrab dan sempena Hari Bapa, Dukes telah merancang satu kejutan yang sangat istimewa buat bapa tiriya itu.

Dalam sebuah video yang dirakamkan ahli keluarga mereka, Wilson membuka hadiah yang diberikan oleh Dukes kepadanya. Hadiah itu berupa sebuah bingkai gambar dengan sebuah puisi yang didedikasikan khas buatnya.

Dukes menulis:

Mungkin orang lain kata awak bukan ayah saya yang sebenar, tapi kita semua tahu itu tidak benar. Bagi saya, awaklah ayah saya yang sebenar dalam semua perkara yang kita lalui bersama… Walaupun kita tidak terikat dengan talian darah, namun kasih sayang dan kepercayaan yang awak berikan sangat istimewa kepada saya. Jadi, itulah makna ayah sebenar buat saya… Bolehkah awak menjadi ayah saya yang sebenar?

BAPA TIRI MENANGIS TERIMA KEJUTAN

Wilson menitiskan air mata serta merta dan menyedari ianya semua sebahagian daripada kejutan yang disediakan Dukes. Wilson telah mendapati sebuah sampul yang dilekatkan di belakang bingkai gambar itu. Dia kemudiannya digesa ahli keluarga lain untuk membukanya kerana mereka tidak sabar untuk melihat kegembiraan Wilson.

DOKUMEN RASMI TUKAR NAMA

Rupa-rupanya, di dalam sampul itu, terdapat surat rasmi pengambilan anak angkat. Disertakan juga sekeping surat yang meminta kebenaran untuk menukar nama Tyler Dukes kepada Tyler Wilson, menandakan hubungan anak dan bapa yang rasmi antara mereka.

SEPERTI AYAH KANDUNG

Menurut ibu Dukes, Angela Wilson, hubungan mereka sangat akrab sehinggakan anda tidak akan tahu mereka bukan anak dan bapa kandung.

KEJUTAN BUAT BAPA TIRI

Pada tahun lepas, Dukes telah memberitahu ibunya dia mahu menukar nama keluarganya. Namun, dia ingin melakukannya semasa Hari Bapa agar ianya lebih bermakna. Bapa kandung Dukes dikatakan tidak berjumpa dengannya bertahun-tahun lamanya.

Kredit : Era Baru

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: Kisah Keluarga

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *