Pasangan Ini Pernah Jadi VIRAL. Selepas 2 Tahun Inilah Kehidupan Mereka Yg Buat Ramai KAGUM !!!

| August 10, 2017 | 0 Comments

Pasangan Ini Pernah Jadi VIRAL. Selepas 2 Tahun Inilah Kehidupan Mereka Yg Buat Ramai KAGUM !!! | KUALA LUMPUR: Tidak pernah terfikir di benak fikiran janda beranak empat, Junaidah Jamaludin, 47 untuk bersuami lagi, apatah pula dengan teruna yang jauh lebih muda, iaitu jarak berbeza usia 20 tahun.

Tetapi itulah namanya jodoh dan takdir Allah tidak dapat ditolak oleh apabila Junaidah menamatkan zaman solonya dengan Ibrohim Kadir, 27, masing-masing berasal dari Kuala Lumpur, selepas lapan tahun beliau bergelar ibu tunggal.

Perkahwinan yang sudah berusia dua tahun ini dilalui dengan penuh kebahagiaan dan kini membuang jauh-jauh apa yang orang sekeliling fikir dan katakan.

Lebih menarik, Ibrohim yang bekerja di sebuah syarikat swasta adalah kawan anak kedua Junaidah, manakala umur suaminya pula seusia dengan anak sulung beliau.

Junaidah berkata, keikhlasan, sikap dan kesungguhan Ibrohim membuatkan hati beliau terbuka untuk berkahwin lagi dengan jejaka muda.

“Walaupun saya sedar ‘jalan cerita’ perhubungan ini tidak sama seperti pasangan lain, tetapi suami sangat positif dan sanggup menerima saya seadanya,” katanya kepada BH Online,

Pernah diejek anak kawan

Junaidah yang bekerja sendiri berkata, kisah pertemuan pasangan ini agak unik.

Anak perempuannya kasihan melihat beliau sering berseorangan di rumah dan mengajak keluar ketika berjumpa dengan rakannya termasuk Ibrohim.

“Rakan dia ramai dan saya menganggap mereka seperti sahabat memandangkan sikapnya terbuka. Di situ selalu saya berjumpa Ibrohim. Pada awalnya tidak timbul sebarang perasaan, malah mereka semua memanggil saya dengan panggilan ‘Cik Jun’.

“Perasaan dan cinta berputik apabila anak sering meminta bantuan Ibrohim dalam banyak perkara termasuk mengajar saya membawa kereta dan sebagainya.

“Berbanding rakan-rakannya, Ibrohim tidak pernah sesekali menolak permintaan anak saya untuk membantu saya. Dia memang sangat baik hati. Ketika itulah cinta mula terbit dan kami berterus terang antara satu sama lain,” katanya.

Tiada bantahan dari sesiapa

Beliau bersyukur apabila kesemua keempat-empat anaknya yang berusia antara 16, 18, 25 dan 27 tahun sangat memahami dan yakin Ibrohim mampu menjaga ibu mereka.

“Anak lelaki sulung saya sebaya dengan suami juga memberi kebenaran berkahwin dengannya. Memang pada mulanya ada kawannya mengejek, tetapi dia tak pernah kecil hati, sebaliknya yakin dan gembira Ibrohim mampu menjaga saya.

“Bukan itu saja, apabila kami berterus terang, keluarga saya, keluarga Ibrohim dan bekas suami menerima tanpa sebarang tentangan mengenai perhubungan ini, malah mereka memberi sokongan menyatakan itu sudah jodoh,” katanya.

Beliau berkata, ternyata jodoh kuat dengan kesungguhan dan kematangan Ibrohim serta bijak menawan hati, akhirnya mereka mengambil keputusan berkahwin tiga bulan lalu, selepas berkenalan sejak 2012.

Suami lebih matang

Junaidah sedar usia mereka terlalu jauh, namun kematangan suaminya menutup segala kekurangan termasuk bijak melayan beliau seolah-olah sama seperti usianya.

“Saya sedar dengan usia sekarang. Saya ingin memastikan pelbagai kekurangan dapat diperbaiki. Emak saya selalu bagi nasihat jangan tunjukkan kekurangan, sebolehnya berikan layanan terbaik pada suami.

Mengenai cahaya mata tidak pernah terlepas untuk dibicarakan, bagi Junaidah tetap positif terhadap perkara ini dan masing-masing reda dengan ketentuan Allah.

“Biarlah masa yang menentukan sejauh mana perhubungan kami. Saya faham dia muda dan banyak godaan di luar. Saya kuatkan hati dan semangat untuk pastikan memberi layanan yang baik agar perkahwinan ini bertahan sehingga ke akhirnya,” katanya.

Jangan pandang dari sudut seksualiti saja

Sementara itu, Pakar Sakit Tuan, Dr Mohd Ismail Mohd Thamby, berkata lelaki muda berkahwin dengan wanita terlalu berusia dilihat janggal dalam masyarakat berbanding lelaki berusia dengan wanita muda.

Katanya, kebanyakan orang akan memandang dari sudut seksualiti, tetapi sebenarnya lelaki muda tidak berdepan dengan sebarang masalah kerana masih muda dan kuat.

Wanita berusia perlu memainkan peranan kerana banyak aspek yang perlu dijaga supaya hubungan itu tidak menjadi hambar.

“Wanita berusia mempunyai pengalaman luas, tetapi dalam jangka masa panjang wanita pasti akan mengalami perubahan seperti putus haid dan menyebabkan mereka mudah letih, penat dan lesu.

“Lelaki harus faham dan sedar perkara ini akan berlaku dan mungkin mendatangkan tekanan kepada mereka. Mereka perlu bersiap sedia dengan segala bentuk perubahan itu,” katanya.

Seksualiti bukan faktor utama

Dr Ismail berkata, dari aspek sosial, kekurangan yang mungkin dihadapi seperti kesukaran berkomunikasi dengan pasangan.

“Kebiasaannya lelaki muda ini pasti rasa janggal berbicara mengenai hubungan intim kerana tidak pernah mengalaminya, tetapi pasangannya boleh membantu dengan menerangkan setiap perkara,” katanya.

Bagi lelaki berusia, kebiasaannya mereka mencari pasangan disebabkan oleh faktor kesunyian dan memerlukan teman hidup untuk menjalani kehidupan harian.

“Kebanyakan kes yang saya kendalikan, faktor keinginan seksualiti mereka jatuh nombor dua. Selepas mendapat pasangan, barulah mereka mempunyai berhajat untuk bersama-sama.

Sumber : BH

P.S. 1 – Kisah Sultan Muhammad V Xdapat Masuk Restoran Kerana Penuh. Apa Yg Berlaku Selepas Itu MENGEJUTKAN !!!
P.S. 2 – PELIK. Anjing Ini Tiap² Malam Tenung Pemiliknya Sehingga Lelaki Itu Tidur, Selepas Disiasat Rupa²nya…
P.S. 3 – Ibu Meninggal Dunia Tiada Siapa Jaga Adik Kecil. Kerana Xmahu Ponteng Ini Yang Abang² Lakukan !!!
P.S. 4 – “Saya Selalu Bawa Bekal Makan Tepi Kubur Isteri Saya”. Kisah Cinta Sejati Lelaki Ini Dengan Arwah Isterinya MENYENTUH HATI !!!
P.S. 5 – GERAM. Tergamak Si Anak PAKSA Ayah Buat Loan Dan Ambil Duit Pencen Ayah !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH KEHIDUPAN

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *