PELIK. Bila Anjing² Liar Ini Turun Ke Sungai, Warna Anjing² Ini Menjadi BIRU. Slps Disiasat Rupa²nya….

| August 23, 2017 | 0 Comments

PELIK. Bila Anjing² Liar Ini Turun Ke Sungai, Warna Anjing² Ini Menjadi BIRU. Slps Disiasat Rupa²nya…. Gambar menunjukkan anjing “biru” yang berkeliaran di kawasan perindustrian Taloja Navi Mumbai. Ia menyebabkan orang ramai tertanya-tanya sama ada imej itu benar atau tidak.

Dinyatakan bahawa imej anjing-anjing itu adalah benar, dan mereka telah terjejas oleh sisa industri yang tidak dirawat dari Sungai Kasadi.

Ternyata, mereka berenang melalui Sungai Kasadi yang tercemar untuk mencari makanan, yang akhirnya menyebabkan mereka terkesan dengan bahan cemar.

Sungai Kasadi terletak berhampiran dengan hampir 1,000 kilang, menyebabkan sisa-sisa daripada kilang memasuki ke dalam sungai. Salah satu kilang yang membuat detergen dengan menggunakan pewarna biru dianggap bertanggungjawab terhadap anjing-anjing ini.

oto dan video anjing biru menjadi tular tidak lama selepas dimuat naik ke internet.

Penduduk yang prihatin telah memfailkan aduan kepada pihak berkuasa alam sekitar tempatan dan menuntut mereka mengambil tindakan. Sel Perlindungan Haiwan Navi Mumbai (NMAP) telah memfailkan aduan kepada lembaga kawalan pencemaran juga.

“Ia mengejutkan untuk melihat bagaimana bulu putih anjing telah berubah menjadi biru,” kata Arati Chauhan, pengerusi NMAP. “Kami telah melihat hampir lima ekor anjing yang terkesan itu di sini dan telah meminta lembaga kawalan pencemaran bertindak terhadap industri tersebut.”

Beliau menambah: “Kami hanya melihat anjing biru setakat ini. Kami tidak tahu sama ada burung, reptilia dan makhluk lain terjejas atau sekiranya mereka mati kerana pewarna dilepaskan ke udara. “

Anil Mohekar daripada Lembaga Kawalan Pencemaran Maharashtra mengatakan bahawa melepaskan pewarna ke dalam air ternyata menyalahi undang-undang.

“Kami akan mengambil tindakan terhadap pihak yang tidak beranggungjawab berkenaan kerana mereka memusnahkan alam sekitar,” katanya.

Lihat video di bawah:

Kredit : Era Baru

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , ,

Category: Kisah Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *