Suami Nak Anak Lelaki. Semasa Kandungan 7 Bulan Sikapnya Berubah & Apa Yg Aku Jumpa Dlm Begnya Buat Segala Rahsianya BOCOR !!!

| August 20, 2017 | 0 Comments

Suami Nak Anak Lelaki. Semasa Kandungan 7 Bulan Sikapnya Berubah & Apa Yg Aku Jumpa Dlm Begnya Buat Segala Rahsianya BOCOR !!! | Saya ialah Isteri berpantang yang teraniaya. Setelah 6 tahun perkenalan kami, saya dan suami pun berkahwin. Pada 22/11/2017 nanti genaplah 6 tahun usia perkahwinan kami. Kehidupan kami penuh onak dan duri, kami sering diuji.

Suami menginginkan anak lelaki, siang malam saya berdoa agar dikurniakan anak lelaki. Syukur alhamdulillah Allah S.W.T perkenankan doa saya dan kami dikurniakan sepasang cahaya Mata, si kakak (4 tahun) dan si adik (25 hari). Sekarang saya masih di dalam pantang.

Kisahnya bermula ketika usia kandungan 7 bulan. Suami berubah 360 darjah, suami sibuk 24 jam seminggu, balik rumah pukul 3/4 pagi,asyik berkepit dengan hand phone, duit tidak pernah cukup, padahal suami saya seorang kontraktor dan memiliki company sendiri.

Suami telah bertakliq sekiranya saya memegang handphonenya akan jatuh talak Satu. Suami juga ada menghantar mesej kepada saya dan menyatakan akan menceraikan saya selepas Bersalin. Saya pun pelik kenapa semuanya berlaku secara tiba2.

Suatu hari saya terdetik untuk mengemas beg pakaian suami dan terkejut apabila menjumpai ‘Magic Tissue’ dan ‘ubat perangsang wanita’. Allah mana mengetahui, segalanya terbongkar, suami menjalinkan hubungan dengan Janda beranak 2, berusia 25 tahun, Amalina namanya.

Janda tersebut telah 2 kali berkahwin, dan mempunyai seorang anak luar nikah. Hubungan mereka tidak ubah seperti suami isteri, check in hotel sana sini sampai ke Siam, karoeke bagai, duit ringgit semua dihabiskan ke arah maksiat. Patutla sejak kebelakangan ni suami langsung tidak menyentuh saya, langsung tidak pandang muka saya, dan langsung tidak makan apa yang saya masak.

Suami juga asyik suruh saya balik kampung dan tinggal di kampung selama yang boleh. Sehinggalah saat saya sakit hendak bersalin tergamak dia kelam kabut balik kesana untuk melempiaskan nafsu bersama janda tersebut. Allahu, menitik air mata saya ketika itu.

Tiga hari saya bertarung dengan kesakitan.Hari ke-2 dia balik semula kepada saya,dalam keadaan saya masih sakit suami sempat lagi lepak bersama geng FD nya. Hari ke-3 Saat kelahiran tiba,suami tidak mahu menemani saya bersalin, saya redha.

Selepas bersalin, suami tidak mahu azankan anak kami, suami langsung tidak menciumnya, uri pun suami tidak uruskan. Sebak saya rasa saat tu. Mujur ayah saya ada menguruskan segalanya.

Hari ke-3 berpantang suami pulang ke sana, suami langsung tidak pedulikan kami Anak beranak disini, duit belanja pun cukup2 makan sahaja, ketara sangat perubahan suami kali ni, sanggup abaikan anak2, isteri dan keluarga demi janda tu.

Dengan bongkak dan bangganya pelbagai kata2 kesat yang janda tu lemparkan kepada saya melalui Fb livenya seolah olah saya yang merampas haknya. Suami saya lebih memihak kepada janda tersebut.

Suami juga telah menghantar beberapa mesej cerai kepada saya. Tergamak mereka berbahagia Di atas kesedihan saya, tergamak suami memperlakukan saya sebegini rupa. Saya tidak mampu berbuat apa2 dalam keadaan saya sekarang, saya hanya mampu menangis. Siang malam saya bersengkang mata menjaga anak2 seorang diri,manakala si suami sibuk memadu asmara.

Mohon sahabat2 memberi pandangan yang bernas,sesungguhnya saya dalam dilema.
Sekian, terima kasih.

Kredit : KRT

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Kisah Keluarga

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *