VIRAL 3 Beradik Ditinggalkan. Akhirnya Ibu 3 Kanak² Ini Tampil Jelas Cerita SEBENAR Yg Ramai NAK TAHU !!!

| August 10, 2017 | 0 Comments

VIRAL 3 Beradik Ditinggalkan. Akhirnya Ibu 3 Kanak² Ini Tampil Jelas Cerita SEBENAR Yg Ramai NAK TAHU !!! | Susulan berita tiga beradik diabaikan yang telah viral dilaman sosial baru-baru ni , mereka adalah anak saya..

saya ingin memperjelaskan dekat sini selaku ibu kepada anak-anak saya ni.. pada 1 / 8 , jiran sebelah bilik saya ini iaitu Puan Julian Abd Razak , berborak dengan saya ketika saya berada di dapur tengah masak . Dia berkata dia sudi menolong menjaga anak kami semasa ketiadaan kami yang keluar berkerja .

Kami mendapat panggilan dari kilang tempat yang kami bekerja , mereka mengkehendaki saya dan suami hadir pada pagi hari untuk kursus selama 2 hari ikut waktu bekerja .untuk menetap kan shift kerja kami pendek kata 7pagi hingga 7 malam..

pada keesokkan harinya . iaitu 2 / 8 .

Pada 3/ 8 saya dan suami balik ke rumah pada jam 8 malam , lewat sejam kerana kami menaiki transport yang disediakan oleh pihak kilang.. apabila saya tiba di bilik , suami pergi ke kedai runcit untuk membeli barang dapur dan jajan buat anak-anak di bilik , saya bertemu dengan tuan rumah , dia mencari suami saya.. saya ingatkan dia ingin bertanyakan sewa bilik , dan saya terangkan pada dia yang kami akan terima gaji pada 23 hari bulan. Apabila saya membuka bilik saya , saya dapati anak-anak saya sudah tiada . saya bergegas mendapatkan suami saya yang dalam perjalanan naik ke atas bilik sewa .

kami telah diberitahu bahawa anak-anak saya sudah dibawa oleh pihak JKM , dan masa ini saya langsung tidak tahu menahu tentang viral ini . saya bertanya kenapa tidak menelefon kami , tuan rumah berkata call kitorang tak dapat sedangkan HP saya tak mati , dan takde notifications menyatakan ada misscall daripada mereka.. suami yang berbicara dengan mereka , saya turun kebawah mengambil anak bongsu saya berusia 8 bulan yang dihantar oleh pengasuh..

pada 4/8 pagi. suami membuat repot polis , menyatakan dia tidak berpuas hati dengan jiran sebelah bilik kami , membuat aduan ke JKM , sedangkan dia sudah berkata akan menjaga anak kami waktu ketiadaan kami.. malamnya, saya mendapatkan perkhabaran bahawa anak saya telah viral 2 hari lepas dari kawan lama saya , saya agak terkejut , saya meminta bantuan dari mereka mencari sumber viral itu darimana.. malangnya tak jumpa kerana post itu sudah dipadam. saya tak dapat berbuat apa-apa sebab takde bukti yang benda viral itu adalah benar .

5/8 , suami membelek2 laman sosial nya dan nampak akan post di share , dan itu adalah anak-anak kami dengan caption , ‘MAKAN KERAK NASI CAMPUR KICAP , DAN BERGELUMANGAN DENGAN NAJIS.’ Suami bertemu saya di tempat kerja , memberithu bahawa dia terjumpa akan post di share salah seorang rakan laman sosialnya , gambar itu adalah anak-anak kami.

saya balik kerumah , saya buka akan link yang diperkatakan oleh suami saya itu, dan dari situ saya mendapat tahu yang , perkara ini terjadi melalui viral terlebih dahulu sebelum JKM bertindak mengambil anak-anak saya..Dan melalui link itu juga saya mendapat tahu jiran sebelah bilik kami ini yang memviralkan anak-anak kami .

disini saya tegaskan , caption yang ditulis adalah sama sekali TIDAK BENAR , dan sudah ada yang menafikan perkara ini.. kami sediakan nasi betul bukan kerak nasi.. dan tiada najis ada di atas tilam .

lagi satu soal anak saya lelaki tidak berbaju , saya sebagai ibu kenal anak saya lebih , anak saya tidak suka dipakai kan baju bila berada di rumah , dia akan menangis meminta dibukakan..

soal penjagaan serahkan kepada keluarga , keluarga saya di Sabah , dan keluarga suami di melaka. kami tak hantar ke melaka disebabkan suami ada perselisihan faham antara adik beradik , dan ibu kepada suami saya sudah tua dan tak sihat..

Ahad 6/8 , kami ke JKM untuk menuntut anak kami , tapi malangnya mereka kena menunggu arahan dari polis , kerana kes viral ini sudah sampai ke ketua polis negara..dan pihak JKM sendiri berkata yang tiada najis yang mereka lihat apabila mereka tiba di bilik sewa kami.. dan mereka berkata lagi mereka ada menunggu kami pulang , tapi kami tak datang-datang.. saya bertanya kembali kenapa tidak menelefon kami , pihak JKM kata , jiran-jiran berkata tiada no telefon kami , itu sama sekali TIDAK BENAR jiran sebelah bilik kami ni ada nombor telefon saya..

Disini saya nak tekankan bahawa kami ini teraniaya , silap kami mempercayai orang sekeliling . kami cuma mencari rezeki untuk anak-anak , suami berkerja seorang diri , gaji yang dapat pun cukup² makan saja tiada untuk simpanan langsung . saya hanya ingin masa depan anak-anak saya terjamin , dan ada saving money untuk kami , bila anak sakit tak payah pening bila ada saving money.. mesti di minta berjimat , ibu bapa mana nak anak makan nasi lauk telur goreng dan kicap sahaja.. anak-anak pun mereka ada kemahuan mereka , kami sebagai parents mana tak sedih , anak minta beli makanan kesukaan pun kita tak mampu bagi.. sebab itu kami sepakat kata nak berdua bekerja.. cuma hari itu saya dan suami kena kursus pagi , untuk menetap kan shift masing² kiranya hanya yang baby sahaja di hantar ke pengasuh , yang tiga orang kami bergilir jaga.. sebab saya shift pagi suami shift malam.

soal anak tak cukup pakai . kami baru lagi di sini , barang-barang anak ada lagi di melaka.. soal kerap kali di tinggalkan itu , suami dan saya cuma meninggalkan yang sulung dan nombor dua , yang dua lagi kami akan bawa , itu pun saya akan pesan pada jiran juga , tapi tak lama. itupun sebab kami nak beli barang dapur . hanya berjalan kaki sahaja . tiada kenderaan . hati saya risau juga anak di bilik , dan saya lagi risau membawa mereka sekaligus , berjalan kaki , dengan kereta banyak lalu lalang.. nak cerita panjang kat sini tak de guna , baik tanya kepada saya terus PM fb saya . Insyaallah saya akan jawab..
terima kasih.

mohon share.

Sumber :  Siti Zulaikha Abdullah

P.S. 1 – Kisah Sultan Muhammad V Xdapat Masuk Restoran Kerana Penuh. Apa Yg Berlaku Selepas Itu MENGEJUTKAN !!!
P.S. 2 – PELIK. Anjing Ini Tiap² Malam Tenung Pemiliknya Sehingga Lelaki Itu Tidur, Selepas Disiasat Rupa²nya…
P.S. 3 – Ibu Meninggal Dunia Tiada Siapa Jaga Adik Kecil. Kerana Xmahu Ponteng Ini Yang Abang² Lakukan !!!
P.S. 4 – “Saya Selalu Bawa Bekal Makan Tepi Kubur Isteri Saya”. Kisah Cinta Sejati Lelaki Ini Dengan Arwah Isterinya MENYENTUH HATI !!!
P.S. 5 – GERAM. Tergamak Si Anak PAKSA Ayah Buat Loan Dan Ambil Duit Pencen Ayah !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Kisah Viral

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *