VIRAL Lelaki Ini Ditetak Isteri Kerana Minta Kahwin Lagi. Akhirnya Lelaki Ini Dedah Cerita SEBENAR !!!

| August 10, 2017 | 0 Comments

VIRAL Lelaki Ini Ditetak Isteri Kerana Minta Kahwin Lagi. Akhirnya Lelaki Ini Dedah Cerita SEBENAR !!! | LELAKI yang ditetak dengan isteri menggunakan pisau pemotong sayur di Manik Urai, Kuala Krai, 3 Ogos lalu sebenarnya sudah diberi keizinan berkahwin lagi, namun kerana menipu, isterinya berang sehingga menetaknya.

Dia yang mahu dikenali sebagai Ramzi, 55, berkata, pada malam 2 Ogos, dia beritahu isterinya menonton perlawanan bola sepak membabitkan pasukan Kelantan bersama rakannya, tetapi dia sebenarnya keluar makan malam bersama bakal isteri keduanya.

Katanya, dia tidak menyangka isterinya yang berusia 56 tahun itu mengetahui pembohongan itu, sehinggalah dia ditetak menggunakan pisau pemotong sayur di kepala, dahi dan lengan di rumah mereka kira-kira 1 pagi, 3 Ogos.

“Saya serik menipu isteri, kini saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi dan berharap isteri memaafkan saya.

“Dia yang saya kahwini sejak 33 tahun lalu seorang isteri yang baik sehingga sanggup membenarkan saya kahwin lagi,” katanya.

Menurutnya dia menyesal menipu isterinya.

“Saya menyesal kerana menipu isteri sedangkan dia (isteri) seorang wanita yang amat baik dan kini saya sudah melukakan hatinya. Saya kecewa dan berharap dia memaafkan saya.

“Apabila difikirkan semula, saya pun tidak tahu mengapa sanggup melakukan perbuatan bodoh itu sedangkan isteri sudah memberi keizinan untuk saya berkahwin lagi.

“Dua minggu sebelum kejadian itu, kami ada berbincang dan isteri beri keizinan saya berkahwin lagi. Dia reda jika saya sudah nekad (untuk berkahwin), namun silap saya kerana menipu dia ketika keluar menemui bakal isteri berusia 40-an.

“Isteri tidak boleh terima kenyataan saya beritahu keluar menonton perlawanan bola sepak sedangkan dia tahu saya menipunya dan keluar menemui wanita berkenaan.

“Memang silap saya tidak jujur dengan isteri. Saya akui itu dan jadikan kejadian ini sebagai pengajaran paling berguna terutama apabila sudah berpoligami nanti,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ramzi mengakui semua persiapan untuk kahwin lagi sudah dilakukan malah enam anaknya berusia 18 hingga 29 tahun turut memberi keizinan dia berkahwin dengan ibu tunggal anak dua dari Thailand itu.

“Bagaimanapun, saya belum menetapkan tarikh dan tidak mahu tergesa-gesa kerana mahu menjaga hati isteri serta anak-anak dulu selepas apa yang berlaku.

“Saya akan memujuk isteri dan apa yang saya lalui adalah balasan kerana saya menipu dan selepas ini saya berharap hati isteri sejuk kerana paling penting saya mahu dia percayakan saya seperti tempoh kami bersama selama 33 tahun.

“Dia seorang isteri yang baik dan bertanggungjawab kepada saya serta anak-anak. Saya tahu hatinya terluka apabila saya menipunya, justeru saya perlu beri masa untuk dia pulih. Insya-Allah perancangan (bernikah lain) akan diteruskan nanti,” katanya.

Mengimbas kejadian itu, Ramzi berkata, dia menerima 200 jahitan, bukan lebih 15 jahitan, malah terpaksa menenangkan isterinya sebelum ke Klinik Kesihatan Manek Urai untuk mendapatkan rawatan.

“Selepas ditetak, saya keluar rumah sehingga dia tenang, kemudian saya memeluknya dan meletakkan di atas kerusi. Selepas dia reda dan bertenang, saya beritahu isteri mahu ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

“Saya memandu sendiri dan selepas itu tidur di rumah rakan selama dua hari supaya isteri memberi peluang isteri menenangkan hatinya,” katanya.

Ramzi mengakui, dua hari berjauhan membuatkan dia terlalu rindu dengan isterinya dan selepas berbincang, mereka saling bermaaf-maafan.

“Saya menganggap apa yang berlaku ada hikmah dan menasihatkan mana-mana suami yang mahu berpoligami jujur dengan isteri, jangan menipu kerana ia hanya akan menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk,” katanya.

Sumber : MyMetro

P.S. 1 – Kisah Sultan Muhammad V Xdapat Masuk Restoran Kerana Penuh. Apa Yg Berlaku Selepas Itu MENGEJUTKAN !!!
P.S. 2 – PELIK. Anjing Ini Tiap² Malam Tenung Pemiliknya Sehingga Lelaki Itu Tidur, Selepas Disiasat Rupa²nya…
P.S. 3 – Ibu Meninggal Dunia Tiada Siapa Jaga Adik Kecil. Kerana Xmahu Ponteng Ini Yang Abang² Lakukan !!!
P.S. 4 – “Saya Selalu Bawa Bekal Makan Tepi Kubur Isteri Saya”. Kisah Cinta Sejati Lelaki Ini Dengan Arwah Isterinya MENYENTUH HATI !!!
P.S. 5 – GERAM. Tergamak Si Anak PAKSA Ayah Buat Loan Dan Ambil Duit Pencen Ayah !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: Kisah Keluarga

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *