Wanita Ini Meninggal Dunia Kerana Makan 2 Ekor Udang. Slps Bedah Siasat Doktor Memberitahu ‘SESUATU’ Yg MENGEJUTKAN !!!

| August 24, 2017 | 2 Comments

Wanita Ini Meninggal Dunia Kerana Makan 2 Ekor Udang. Slps Bedah Siasat Doktor Memberitahu ‘SESUATU’ Yg MENGEJUTKAN !!! | MALAYSIA TULAR – Mereka yang mempunyai masalah alahan makanan cenderung untuk mengambil ringan mengenai alahan mereka. Sesetengah mempunyai alahan terhadap makanan laut, ada yang tidak boleh makan makanan berasaskan kacang, dan terdapat juga yang tidak boleh makan makanan berasaskan produk tenusu.

Walau bagaimanapun, sesetengah masyarakat tidak dapat menahan nafsu makan mereka dan tetap makan juga makanan yang merupakan alahan bagi mereka. Masalah berkaitan alahan tidak boleh diambil ringan dan perlu dijaga.

Khoo Siew Hong, 60 tahun, mempunyai masalah alahan makanan. Wanita ini tidak boleh mengambil makanan laut. Namun pada tarikh 8 Mac 2017, sungguh sukar baginya untuk menolak makanan sedemikian.

Siew Hong tidak bekerja dan memerlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak. Kerana ketidakupayaannya, terdapat dua individu yang menjaganya iaitu Rosemarie Bastareche dan Ten Ah Boh.

Menurut laporan Straits Times, ketiga-tiga mereka tinggal di perumahan setinggan milik kakak Siew Hong di Lorong 3 Geylang Singapura.

Pada 4 Mac, keempat-empat wanita tersebut keluar makan bersama di sebuah restoran. Siew Hong secara tidak sengaja memakan ladu udang di restoran tersebut. Pada waktu itu, tidak terdapat tanda-tanda alahan terhadapnya selepas makan ladu tersebut.

MAKAN LAKSA DENGAN 2 EKOR UDANG

Namun, pada tarikh 8 Mac, pembantu Siew Hong membuat laksa. Siew Hong meminta udang daripada pembantunya untuk dimakan bersama dengan laksa tersebut. Lalu dia memberinya dua keping udang.

Selepas 2 jam setengah kemudian, Siew Hong merasa kesan alahan dari memakan udang tersebut. Dia mula merasa gatal-gatal. Rosemarie yang menyedari akan hal tersebut memberi Siew Hong antihistamine, iaitu ubat bagi penyakit alahan.

Lima minit kemudian, alahan tersebut menjadi semakin teruk di mana muka Siew Hong mula membengkak dan terdapat kesan ruam. Siew Hong kemudiannya mengalami kesukaran untuk bernafas 20 minit kemudian dan tidak sedarkan diri.

Pembantunya memanggil Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF). Menerusi panggilan telefon, SCDF membantu Rosemarie bagaimana untuk melakukan bantuan pernafasan kepada Siew Hong sementara menunggu pihak paramedik datang pada jam 3.40 pm.

Siew Hong dibawa ke Hospital Tan Tock Seng, dan diberi suntikan adrenalin sebanyak 12 kali. Namun begitu, dia masih tidak berupaya untuk kekal sedar.

Dia meninggal dunia pada jam 9.50 pm.

BEDAH SIASAT

Selepas melakukan bedah siasat, pihak hospital mengesahkan bahwa kematian Siew Hing adalaha disebabkan masalah alahan makanan. Terdapat cecair terkumpul di dalam bahagian laring dan paru-parunya.

Masalah alahan terhadap makanan tidak harus dipandang mudah. Hal ini demikian kerana kesan daripada melanggar pantang tersebut boleh menjadi sangat bahaya dan berupaya meragut nyawa.

Kita mungkin terfikir, “tidak apa sekiranya mengambil dalam kadar yang sedikit [makanan yang menjadi alahan kepada kita]”. Mungkin sedikit itulah yang menjadi penentu kepada kehidupan kita kemudian hari.

Peringatan kepada diri serta keluarga dan sahabat tersayang; jangan mengambil mudah masalah alahan pada makanan!

Kredit : Era Baru

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI

About the Author ()