3 Jam Berada Di Pusat Tahfiz Terbakar. Apa Yg Lelaki Ini Kongsikan Buat Ramai SAYU Dan HIBA.

| September 15, 2017 | 0 Comments

3 Jam Berada Di Pusat Tahfiz Terbakar. Apa Yg Lelaki Ini Kongsikan Buat Ramai SAYU Dan HIBA. | MALAYSIA TULAR – Disaat kita sedang enak dibuai mimpi, anak-anak kecil di Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah sedang bergelut untuk menyelamatkan diri mereka dari dijilat api kebakaran. Malangnya hanya beberapa orang yang terselemat dari kejadian itu.

Individu bernama Zack Rahim berkongsi di akaun Facebook mengenai suasana sayu dan pilu sepanjang tiga jam berada di lokasi kejadian. Paling sedih bila lihat reaksi ibu yang kehilangan anak kesayangannya pergi dengan sebegitu rupa.

Ibu tidak tahan sedih

“Tolong ustaz, mana Syafiq ustaz. Saya nak jumpa Shafiq” raung seorang ibu dipagar surau pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah. “Anak puan nama apa?”. “Syafiq bin…(saya tak dgr sgt)”. Ustaz pun jawab “Masyallah puan, Allah lebih sayang Syafiq puan. Allah dah….” belum habis ustaz ni cakap, si ibu kata “Saya nampak Syafiq lalu tadi dengan jubah putih dia ustaz.

Saya nampak dia tadi. Saya nak jumpa dia ustaz. Panggil dia sini ustaz…”. Ustaz terkedu dan tergamam. “Insyallah, cuba puan lihat di dalam surau tu kalau2 Syafiq ada kat dalam…pelajar lain semua ada didalam…” sambil ustaz berlalu dan mengelap airmatanya.

Ketua Pengarah JAIS yang berjalan seiringan dengan saya turun tangga surau memandang saya sambil kata “kesian…trauma dia..” saya hanya mampu angguk. YDP MPAJ Datuk Hamid hanya mampu tunduk. Dah tak mampu nak kata sebab ibu ini jugak awal tadi buatkan saya dan ramai disitu menitis airmata. Dia sentiasa panggil nama anak dia. Ibu mana yamg mampu merelakan anak dia pergi apatah lagi pergi dengan sebegitu rupa.

Itu sebahagian dari suasana yang saya sendiri lihat dan dengar. Nak sabarkan dia pun tak mampu maka saya biarkan saja. Anak lelaki dia puas sabarkan dia dan suruh dia diam. Tak apa, tu anak dia dan wanita tu ibu dia. Wanita2 lain juga turut minta dia sabar.

‘Aku sedih tak dapat tolong’- Jiran

Seorang pelajar yang terselamat berkata, bila dia bangun tidur lebih kurang 5.20pg, dia lihat api sudah marak di pintu masuk dorm mereka tidur. Katil dia di belah hujung dan masih jauh dari api. Kawan2nya tak dapat lari keluar sebab pintu dorm sdg marak dgn api.

2 ustaz yang tidur ditingkat sama (ground floor + 2 lagi tingkat. Yang terbakar tingkat atas sekali) sibuk bantu anak2 utk selamatkan diri. Pelajar yang selamat ni cuba pecahkan grill tingkap. Itu sahaja laluan keluar. Sebaik dapat pecahkan grill, dia panjat keluar dan menggelongsor turun melalui paip air luar bangunan. Hanya murid besar sahaja mampu keluar ikut tingkap. Sebab berpusu2, ada yang terus terjun dengan bantuan orang kampung dibawah. Orang kampung jerit suruh terjun. Mereka tak boleh masuk sebab api dah sangat marak. Tak ramai yang bangun diwaktu begitu.

“Kalau aku boleh masuk, aku dah masuk. Tapi aku pun tak tahu macamana mau masuk sebab api dah selimut pintunya. Aku cuma mintak dia terjun aje. Mana yang dah terjun aku tolong tarik keluar. Ada yang patah, ada terseliuh, ada yang sudah melecur..” kata seorang jiran dengan telo Jawa. Anaknya sangat rapat dengan murid2 tahfiz ni. “Aku sedih tak dapat tolong, aku hanya mampu dengar mereka jerit minta tolong. Lepas 20 minit dah senyap, tak ada lagi suara jerit dan tingkat atas udah hangus. Bomba pun udah sampai…”

Semoga roh dicucuri rahmat

Saya berbual dengan petugas PPIM. Berjiran dengan pusat tahfiz adalah HQ PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia). Dia selalu layan anak2 tahfiz ni. “Kadang2 mrk mintak saya, bang ada singgit bang, nak beli air…saya bagi la duit sikit. Mereka dah macam adik2 kami sebab mereka sebelah je dgn kami. Kami sgt rapat dgn mereka. Hari ni ramai mereka dah tak ada. Kami sangat sedih” Pejabat PPIM hari ini jadi Markaz Operasi Bomba.
Pusat ini adalah sementara kerana pusat asal mereka terletak diatas bukit Jalan Keramat Hujung sedang diubahsuai. Mereka baru berpindah kesini setahun lalu.

Pihak MAIWP akan membantu keseluruhan proses urusan jenazah dan rawatan di hospital. Mereka telah meletakkan seorang pegawai kepada setiap satu keluarga mangsa. MB Selangor juga telah tawarkan apa sahaja bantuan diperlukan dan keluarga atau mana2 pihak boleh berhubung terus dengan Ketua Pengarah JAIS.

Ini sebahagian dari pelbagai suasana selama 3 jam saya berada di lokasi kebakaran pagi tadi. Semoga Allah cucuri rahmat keatas roh 22 pelajar dan 2 ustaz pusat tahfiz ini. Pergi mereka membawa bersama amalan2 yang mereka pelajari. Syurga lah tempat mereka. Takziah kepada semua ibubapa pelajar2 dan ustaz2 tahfiz.

Sumber: Facebook Zack Rahim

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Viral

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *