Anak Baru Lahir Dipijak². Peguam Ini Cerita Kisah MENYAYAT HATI Yg Berlaku Di Rohingya.

| September 19, 2017 | 1 Comment

Anak Baru Lahir Dipijak². Peguam Ini Cerita Kisah MENYAYAT HATI Yg Berlaku Di Rohingya. | MALAYSIA TULAR – KUALA LUMPUR: Barisan panel tujuh hakim tergamam sebaik mendengar pengakuan kekejaman didalangi tentera dan sebilangan penduduk Myanmar yang direkodkan seorang saksi perbicaraan Permanent People’s Tribunal (PPT), hari ini.

Peguam, Razia Sultana yang menjadi saksi pendakwa raya untuk kali kedua mendedahkan bukti dikumpulnya ketika menemubual hampir 100 etnik Rohingya di beberapa kem pelarian di sempadan Bangladesh-Myanmar, terbaru pada 8 September lalu.

 

DEDAH KISAH MENYAYAT HATI

Razia yang juga etnik Rohingya, mendedahkan kisah menyayat hati bagaimana masyarakat Islam di Rakhine itu diseksa, dibakar hidup-hidup dan ditembak.

“Seorang gadis dari Kampung Laung Don menceritakan bagaimana kakaknya yang baru melahirkan seorang anak, menjadi mangsa kekejaman tentera Myanmar.

“Buah dada wanita itu dipotong manakala bayinya dipijak hingga mati. Perut bayi itu pecah manakala ususnya terburai. Mayat bayi itu kemudian diletak di dada wanita itu.

“Mereka (tentera) meletakkan buah dada (yang dipotong) secara bersebelahan di bantal berhampiran wanita itu. Kemaluannya kemudian ditusuk dengan raifal,” katanya dalam prosiding PPT di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya di sini, hari ini.

 

TINDAKAN KEJAM

Razia mendedahkan, seorang daripada pelarian ditemuinya mendakwa pernah menyaksikan tindakan kejam tentera Myanmar membakar anaknya hidup-hidup.

“Ketika dia keluar dari rumah bersama anak perempuannya berusia setahun, tentera Burma merampas kanak-kanak itu dan melemparkannya ke dalam rumah yang marak terbakar.

 

ORANG TUA DIBAKAR

“Seorang pelarian lain memberitahu, bapanya yang tua dan sakit ditolak ke dalam rumah sebelum dibakar. Bapanya cuba keluar, namun empat atau lima tentera menolaknya kembali ke dalam rumah dan menutup pintu,” katanya.

Semalam, Razia turut tampil sebagai saksi pendakwa raya dan menceritakan bagaimana wanita etnik Rohingya dicabul dan dirogol, selain memuatkan 21 daripada hampir 100 testimoni pelarian dalam laporannya kepada PPT.

Katanya, 20 wanita dalam laporan itu berkahwin dan 19 daripadanya kehilangan suami, iaitu sama ada mati atau hilang.

“Seorang lelaki sempat melarikan diri ke Bangladesh, itu pun selepas diseksa tentera Myanmar dan kemaluannya dibakar,” katanya.

Sumber : BH

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: KISAH KEHIDUPAN

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *