Anak Perempuan Sidek DEDAH Kenapa Dia Tidak Terlibat Dlm Sukan Badminton. Ramai TAK TAHU !!!

| September 4, 2017 | 0 Comments

Anak Perempuan Sidek DEDAH Kenapa Dia Tidak Terlibat Dlm Sukan Badminton. Ramai TAK TAHU !!! | MALAYSIA TULAR – KEMUNCULAN Sidek Bersaudara sekitar tahun 1980-an pastinya menggamit pelbagai memori yang pastinya tidak akan dilupakan oleh peminat tegar sukan badminton.

 

 

Merangkul pelbagai kejayaan dalam Piala Thomas, Sukan Olimpik, Sukan Asia, Sukan Komanwel, Seluruh England hingga Kejohanan Dunia.

Pastinya sentuhan Datuk Sidek Abdullah Kamar terhadap pembangunan badminton tanah air akan terus dikenang dalam mendidik Datuk Misbun, Datuk Razif, Datuk Seri Jalani, Rahman dan Rashid sebagai pemain yang berjaya ‘menggegar’ dunia.

Sikap garang dan tegas itulah yang menjadikan lima beradik itu mewarnai dunia badminton dunia.

Kejayaan demi kejayaan yang dirangkul cukup untuk membuktikan wawasan besar Sidek, anak jati Banting, Selangor sejak 1960-an.

 

Jasa tiga beradik Sidek ini pasti tidak akan dilupakan oleh peminat sukan badminton tanah air. – Foto peribadi Rusitah Sidek.

 

Namun, kepada peminat sukan badminton pastinya tahu pasangan Sidek dan Rukinah Sulaiman mempunyai seorang anak perempuan.

 

Rusitah melihat gambar kenangan ahli keluarganya. – Foto Sinar Online

 

Rusitah, 59, merupakan anak sulung kepada pasangan tersebut dan pasti ada yang tertanya mengapa dia tidak terlibat dalam arena sukan badminton seperti lima adik lelakinya?

Mengimbas kembali memori semasa kecilnya itu, Rusitah berkata, dulu arwah mak (Rukinah) seorang sahaja yang menjaga lima adik lelaki dan tiada siapa yang bantu.

“Arwah abah (Sidek) pun tidak galakkan saya untuk menceburkan diri dalam sukan badminton kerana dia suruh saya untuk bantu ibu dalam menguruskan adik-beradik yang lain,” kata Rusitah ketika ditemui di rumahnya, Kanchong Darat, Banting.

Menurutnya, bila adik-adik semua sekolah, dia perlu membantu ibu basuh baju, kasut, memasak, mengemas dan menggosok baju.

“Mungkin sebab itu saya tidak terlibat dalam sukan badminton,” katanya sambil tersenyum manis ketika mengimbau kenangannya sewaktu ketika dahulu.

“Pernah curi-curi main”

Ketika ditanya pernah atau tidak cuba mencuri-curi untuk bermain badminton, Rusitah yang merupakan pesara Pembantu Tadbir di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) memberitahu, dia pernah untuk curi-curi main ketika itu.

“Badminton memang sukan yang saya suka. Waktu itu memang teringin nak main untuk keluar peluh.

“Bila dia (arwah abah) nampak saya curi-curi main, kena marah itu mesti ada,” katanya sambil menyelak album gambar-gambar lama keluarganya itu.

Menceritakan lagi, dahulu kalau adik-beradik main sahaja pasti ada taruh duit sebagai hadiah kemenangan mereka.

“Saya suka tengok mereka main ketika itu. Jumlah duit ‘betting’ tak banyak pun, dalam RM2 ke RM3 sahaja. Tapi dulu, nilai tu sangat besar dan mereka akan main betul-betul.

“Siapa menang akan dapat duit itu…biasanya yang menang adalah Bun (Misbun) sebab dia yang paling besar masa tu. Masa itu saya cuma sekadar tengok sahaja dengan gelagat mereka bermain dan rasa teringin nak main tu tetap ada,” katanya.

 

 Misbun bersama piala yang pernah dicapainya. – Foto peribadi Rusitah

 

Rusitah yang turut ditanya sama ada dia pernah terlibat dalam perlawanan badminton sepanjang berkhidmat di MDKL, dia akui perkara itu.

 

BIDANG KERJA

 

Katanya, dia mula berkhidmat di MDKL sejak 1980-an dan saat itu dia mula menceburkan diri dalam sukan badminton.

“Di sana ada sukan-sukan dan kita boleh turut serta. Saya mula aktif main badminton mewakili Majlis (MDKL) di peringkat daerah.

“Ada juga saya bermain sukan lain macam ping pong dan bola jaring, tapi macam mana pun, badminton tetap pilihan saya…memang itu jiwa saya walaupun saya bukanlah pemain profesional, tapi saya bangga menjadi antara individu yang melihat didikan ayah saya kepada adik-beradik lain. Banyak memori yang tidak dapat saya lupakan,” katanya.

Tambahnya, dia berasa kagum dengan kejayaan lima adiknya itu sejak dahulu hingga kini.

“Makcik gembira dan seronok melihat mereka berada di tahap mereka sekarang dengan mengharumkan nama negara dan keluarga,” katanya.

 

“Arwah abah memang tegas”

 

“Dalam ketegasan arwah abah dulu ada garangnya sampaikan anak-anak nak minta duit belanja sekolah pun takut. Kami kadang-kadang sampai nak minta duit belanja kena melalui mak. Mak yang tolong mintakkan,” katanya.

Tambah Rusitah lagi, satu lagi pantang yang memang arwah abah tidak boleh lihat adalah ‘main-main’ semasa latihan.

“Memang betul-betul dia tidak suka kalau lihat anak dia berlatih lepas itu tidak serius. Dia (arwah abah) akan marah dan suruh keluar, bagi kepada orang lain yang nak main.

“Kalau langgar peraturan, ketuk ketampi itu benda biasa yang kena,” katanya.

Kini, jasa dan sumbangan Sidek akan terus dikenang sebagai pemangkin kehebatan sukan badminton tanah air dalam mendidik lima orang anaknya.

Sebuah tugu berbentuk raket dan bulu tangkis kini masih berdiri megah di Kampung Kanchong Darat, Banting sebagai simbolik keluarga badminton itu.

 

Biodata :

 

Rusitah Sidek

Kelahiran : 3 November 1958

Warganegara : Malaysia

Pekerjaan : Pesara Pembantu Tadbir di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) 1980 hingga 2013.

Pasangan : Najjamuddin Sukarno

Anak : Norfhara Idayu Najjamuddin

Normala Fahsya Najjamuddin

Norlida Alina Najjamuddin

Norhaslinawati Najjamuddin

Muhammad Rafiq Najjamuddin

Muhammad Ridhwan Najjamuddin

Kredit : Sinar Harian

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *