Burung Ini Diselamatkan Oleh Wanita Ini Ketika Menetas. Slps Besar Apa Yg Burung Ini ‘BALAS’ MENGEJUTKAN !!!

| September 5, 2017 | 0 Comments

Burung Ini Diselamatkan Oleh Wanita Ini Ketika Menetas. Slps Besar Apa Yg Burung Ini ‘BALAS’ MENGEJUTKAN !!!| MALAYSIA TULAR – Hubungan manusia dan haiwan sememangnya istimewa dan tiada siapa yang boleh menafikan bahawa hubungan antara dua jenis hidupan yang berbeza ini benar-benar sesuatu yang luar biasa.

Hubungan wanita ini dengan seekor burung pasti akan membuatkan anda kagum akannya.

 

BURUNG BALAS BUDI

 

Setiap hari wanita ini dikunjungi oleh seekor burung yang diselamatkannya dua tahun lalu dan apa yang lebih mengejutkan apabila burung tersebut jarang sekali meninggalkannya ketika dia sedang berjuang menghadapi kanser yang dialaminya.

Dina Theissen, 47, mendapati seekor anak burung spesies jay biru berdekatan dengan pokok di tamannya ketika burung itu berusia hanya beberapa jam.

Apabila ibu burung itu tidak muncul, Dina, suaminya, Ken, 49, dan anak perempuannya, Alyssa, 8, membawanya ke rumah mereka dan menamakannya Gracie.

Mereka telah menjaga Gracie sehingga dia kembali pulih. Dina juga memberikannya makan makanan kucing yang kering setiap setengah jam dan kemudian mengajarnya bagaimana untuk hinggap ke dahan.

Dina Theissen mendapati Gracie jay biru di tamannya ketika umurnya selepas baru sahaja beberapa jam.

 

LEPAS BURUNG KE HUTAN

 

Dia juga mengajarnya cara untuk mencari makanan sendiri dengan membawanya ke serangga dan menggalakkannya untuk mematuk mereka.

Selepas sebulan, apabila Gracie cukup yakin untuk terbang ke pokok-pokok berhampiran, Dina dan keluarganya cuba melepaskannya ke dalam hutan – tetapi dia tidak mahu pergi.

Dua minggu kemudian dia memaksa Grace sekali lagi untuk terbang tetapi pada keesokan harinya dia kembali semula. Sejak itu Garcie datang melawat mereka setiap hari.

Selepas ibu burung ini tidak muncul, Dina, suaminya Ken, dan anak perempuan Alyssa, membawanya ke rumah mereka dan menjaganya.

“Apabila kami melepaskannya, kami semua menangis, tiada siapa yang mahu dia pergi tetapi dia adalah burung liar dan itulah yang seharusnya dilakukan.

“Keesokan harinya Alyssa berada di tepi kolam dan dia berkata, ‘Mummy, ada Gracie.’ Sejak itu dia datang melawat kami sepanjang masa.

Akhirnya Gracie terbang semula ke sarang tetapi sering kembali melawat.

Apabila Dina didiagnosis menghidap kanser ovari pada Januari 2016, Gracie mula menghabiskan lebih banyak masa di rumah keluarga itu.

Sesuatu yang lebih mengejutkan berlaku apabila Dina didiagnosis menderita kanser ovari pada bulan Januari 2016, Gracie mula menghabiskan lebih banyak masa di rumah keluarga mereka.

Apabila dia menjalani kemoterapi dan pembedahan, burung itu seringkali bertenggek di bahunya dan melawatnya dengan lebih lama.

Apabila Dina menjalani kemoterapi dan pembedahan, burung itu bertenggek di bahunya.

“Memiliki Gracie mengingatkan saya betapa beraninya dia dan perkara ini membuatkan lebih saya berani.

“Bagi Alyssa, ketika Gracie masuk dan bermain atau duduk dengannya, dia tidak memikirkan tentang penyakit ibunya.

“Pengalaman menghidapi kanser bagi keluarga kami pasti berbeza tanpa Gracie.”

“Dia adalah burung kecil yang paling manis dan baik di dalam dunia.

“Dia datang pada saat dia diperlukan dan dia telah mengubah kehidupan kami sepenuhnya.”

Alyssa anak perempuan Dina membantu menjaga Gracie yang tinggal di sebuah kotak kast dengan burung mainan sebagai penemannya.

“Melihat Dina dengan dia di bahunya, berkicau- dia akan duduk di situ selama sepuluh, 20 minit pada satu masa, sukar untuk dipercayai tetapi mereka benar-benar memiliki hubungan yang sangat istimewa!

 

VIDEO 

 

Kredit : Era Baru

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: KISAH KEHIDUPAN

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *