Inilah Rekod Persekolahan Suspek² Dalang Kebakaran Pusat Tahfiz Yg DIDEDAHKAN !!!

| September 18, 2017 | 0 Comments

Inilah Rekod Persekolahan Suspek² Dalang Kebakaran Pusat Tahfiz Yg DIDEDAHKAN !!! |MALAYSIA TULAR – KUALA LUMPUR: Tujuh suspek dalang kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah , di Jalan Keramat Ujung, dibuang sekolah beberapa tahun lalu kerana masalah disiplin.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata mereka pernah bersekolah sebelum ini, namun berikutan masalah disiplin seperti ponteng.

Beliau berkata, pihak sekolah sudah berkali-kali mengunjungi rumah pelajar terbabit, namun mereka masih enggan hadir ke sekolah sehingga tindakan akhir diambil iaitu membuang mereka.

“Ada suspek tidak pernah ke sekolah dalam tempoh lama, bermula pada tahun 2012 sehingga 2016.

“Ada suspek yang berumur 16 tahun, pernah belajar di Tingkatan Satu pada 2012, tetapi tidak lagi ke sekolah selepas itu.

“Namun, suspek yang berumur 18 tahun menghabiskan sesi persekolahannya dan kemudian sambung belajar di GiatMARA,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan kempen ‘Sayangi Diri, Jauhi Dadah’ di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Saujana, di sini, hari ini.

Difahamkan, enam suspek berkenaan dibuang sekolah selepas mereka degil untuk hadir ke sekolah walaupun setelah dipujuk oleh pihak sekolah.

Sementara itu, sumber memberitahu, daripada 192 hari sesi persekolahan, ada suspek yang tidak hadir antara tempoh 86 hingga 139 hari.

Kata sumber, selain masalah ponteng, suspek terbabit juga terbabit dalam pelbagai masalah disiplin lain.

Selain itu, katanya, suspek berusia 18 tahun itu juga tidak lagi belajar di GiatMARA.

Kredit : BH

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Viral

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *