Inilah Sistem Keselamatan Bangunan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Yg Baru. Ramai TAK TAHU !!!

| September 19, 2017 | 0 Comments

Inilah Sistem Keselamatan Bangunan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Yg Baru. Ramai TAK TAHU !!! | MALAYSIA TULAR – KUALA LUMPUR: Bangunan asal Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dekat Jalan Keramat Hujung yang dinaiktaraf, siap sepenuhnya bulan lalu.

Semua 46 penghuninya yang ditempatkan di bangunan sementara kira-kira 600 meter jaraknya, sepatutnya berpindah ke bangunan berkenaan hujung bulan ini.

Bagaimanapun, tragedi awal pagi 14 September lalu meragut nyawa 23 penghuninya termasuk 21 pelajar selepas bangunan tingkat tiga yang menempatkan asrama mereka terbakar.

Awalnya banyak pihak menyalahkan pengurusan tahfiz itu yang didakwa tidak mengutamakan aspek keselamatan di bangunan terbabit.

Bagaimanapun, siasatan polis membongkar kebakaran berpunca daripada perbuatan khianat yang dirancang sekumpulan remaja dan kanak-kanak seawal usia 11 hingga 18 tahun yang ingin membalas dendam.

Bagi pengurusan tahfiz berkenaan, kejadian tragis itu memberi pengajaran untuk memperketatkan aspek keselamatan bukan saja pada struktur bangunan tetapi juga mempersiapkan diri penghuninya dengan ilmu sebagai persediaan jika berlaku kebakaran.

Wartawan BH yang meninjau ke beberapa bahagian dalam bangunan asal berwarna biru dan putih itu, mendapati kamera litar tertutup (CCTV) dipasang sekitar bangunan lima tingkat berkenaan, termasuk tiga tingkat di bawah tanah kawasan lereng bukit.

Pemerhatian mendapati tiga alat pemadam api diletak di sudut setiap tingkat termasuk dapur dan difahamkan bilangannya lebih daripada itu.

Premis berkenaan juga mempunyai lebih daripada satu laluan keluar masuk, sekali gus memudahkan pergerakan sekiranya berlaku kecemasan.

Bagaimanapun, lokasinya di kawasan kediaman menyebabkan laluan keluar masuk agak sempit berikutan kenderaan diletak di bahu jalan.

Situasi itu mungkin boleh menyukarkan kenderaan penyelamat terutama bomba masuk ke kawasan itu sekiranya berlaku kecemasan.

Sementara itu, Pengetua Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Mohd Zahid Mahmood, berkata 24 unit CCTV berfungsi di premis asal pusat tahfiz yang sudah siap dinaik taraf itu tetapi difahamkan tiga daripadanya rosak.

Selain tempat pengajian dan asrama untuk pelajar dan guru, premis itu turut dilengkapi perpustakaan.

Katanya, premis turut dilengkapi gelanggang futsal yang boleh juga digunakan untuk bermain badminton dan sepak takraw.

Beliau berkata, bangunan yang dinaik taraf itu kini menunggu kelulusan sijil layak menduduki (CF) daripada bomba.

“Dari segi keselamatan, saya atas Presiden Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA) sudah berjumpa dengan pihak bomba untuk mengadakan program dengan pusat tahfiz melalui negeri masing-masing.

“Kita akan buat demonstrasi kebakaran, bagaimana untuk bertindak ketika kebakaran, guna alat pemadam api dan sebagainya.

“Kita masih menunggu maklum balas pihak bomba bila waktu sesuai untuk memulakannya,” katanya.

Sumber : Berita Harian

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Kisah Viral

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *