Jam 12 Malam Aku Tengah Rawat Pesakit Tiba² Rakan Sekerja Suruh Tinggalkan. Rupa²nya Pesakit Itu…

| September 11, 2017 | 2 Comments

Jam 12 Malam Aku Tengah Rawat Pesakit Tiba² Rakan Sekerja Suruh Tinggalkan. Rupa²nya Pesakit Itu…| MALAYSIA TULAR – Untuk pengenalan bagi memudahkan korang faham flow cerita aku kali ni, kisah ni bermula masa aku posting last semester di klinik kesihatan. Yee.. zaman aku belajar dulu. Klinik kesihatan tempat aku taging kali ni terletak dalam satu kawasan kampung. Memang ceruk jugak la kampung ni. Dari pekan ambik masa 20 minit. Tapi penduduk agak ramai dan tak terlalu sunyi. Satu yang aku suka pasal kampung ni sebab keliling sawah padi! Memang peberet betul. Angin sepoi sepoi. Budak main kat bendang petang petang. Memang syok. Almaklum lah. Aku pun orang kampung jugak. Tapi kampung aku tak sekampung ini. Pokok beras ni takda dan jarang jumpa. Itu waktu siangnya. Tapi bila time malam, memang suram sikit. Ikut pemerhatian aku sebulan lebih stay kampung ni, Orang kampung sini tak keluar dah kalau lepas maghrib. Aku tak pasti kenapa tapi tak semeriah waktu siang la.

 

 

untuk rotation Out Patient Department (klinik kesihatan) ni, kebiasaannya lecturer akan tetapkan satu klinik dengan 2 pelajar. Tapi time aku ni pulak, aku sorang je taging satu klinik selama satu bulan . Perghh mula mula tu memang mintak jugak partner. Tp tak kena approve tukar jadual posting dengan lecturer. Apa boleh buat. Hadap ajelah. Jadi nya liku liku sebulan tu memang aku hadap sorang dan dibantu staf staf klinik.
Kat klinik ni, aku tinggal dalam quarters student. Quarters student ni memang betul betul paling depan antara quarters yang staff lain duduk. Kiranya kalau ada kes luar waktu operasi klinik, memang pesakit atau ahli keluarga ni akan ketuk rumah aku dulu lah. Memang MA dah pesan siap siap masa hari pertama aku lapor diri. Kalau ada kes, attend dulu. Dah stablekan patient, baru call staff oncall. Itu lah antara cabaran dan tanggungjawab besar yang aku dapat sepanjang aku posting.

Kisah dia macam ni, masa hari kejadian, aku dah hampir 3 minggu aku kat klinik ni. 3 minggu tu jugak lah banyak kes emergency yang datang. Memang aku attend sorang dulu kemudian baru aku panggil MA oncall. Alhamdulillah. Setakat 3 minggu tu aku dapat manage dengan baik. Takda sebarang masalah timbul. Tapi kes yang aku nak cerita memang menjadikan satu pengalaman posting aku yang aku tak boleh lupa.

 

TIBA-TIBA PINTU RUMAH DIKETUK

Malam tu, dalam pukul 11.30. Aku dah nak masuk tidur. Actually baru lepas satu kes datang. Kes semput. Aku bagi neb. dalam 30 minit dia dah okey. Aku buat rekod sikit dan aku discajkan patient tu. Kira settle situ jelah. Banyak kes semput sejak seminggu tu. Mungkin hujan setiap hari. Malam tu pun dah renyai renyai. Cuaca sejuk pun mempengaruhi jugak serangan asthma ni. So aku tidur dalam pukul 11.40. Tengah sedap aku tidur, tiba tiba pintu quarters kena ketuk. Kuat jugak dia ketuk. Macam nak roboh dah pintu tu. Quarters kayu kott. Memang kuat la bunyi. Aku tengok jam. Pukul 2.38 pagi. Dalam hati, kalau kes demam, cirit atau muntah kau ketuk macam tu, memang nak kena ketuk kepala dengan aku. Chehh! aku bukak pintu. Seorang laki, badan agak gempal. Tercungap bagi tahu yang ayah dia sesak nafas dalam kereta. Aku capai stetoscope, dan bergerak ke kereta wira yang di parking betul depan klinik. Seorang lelaki tua. Umur pakcik tu 68 tahun. Susah betul dia nak tarik nafas. Dalam hati aku, semput agak nya ni.

Aku mintak si anak papah ayahnya dan baringkan di katil bilik rawatan. Segala vital sign aku ambik dan aku rekod. Paru paru aku dengar. Tiada ronchi(bunyi asthma) bukan asthma laa kan. Tapi bunyi creapitation yang aku dengar.(boleh gugel kalau rajin. Panjang nak explain). Tekanan darah 99/53 (rendah) oksigen 78% (rendah) gula HI (tinggi)sampai takda nombor yang boleh explain ketinggian paras gula. Nampak macam Diabetic Ketoacidosis (DKA) dalam hati aku. DKA (keadaan peratusan gula yang terlalu tinggi). Aku bagi oksigen dengan kadar 15 liter. Aku set iv line (yang jarum masuk air tu). Tapi aku tak bagi Normal saline air garam tu sebab takut fluid overload pulak. ( Pakcik ni semi concious( kurang sedar). Aku panggil pakcik M eh. Meracau racau sebut jebat jebat. Si anak tadi pun hairan tanya pakcik M siapa jebat? Dia pun tak kenal rupanya. Dah stable semua, aku call MA oncall malam tu. Dia kata dalam 7 minit dia datang. Memang dia datang dalam 7 minit. Tapi 7 minit tu aku rasa macam 70 minit!!! Cepat betul. Macam macam benda jadi dalam masa 7 minit tu. Nak tahu apa yang jadi???

Pakcik tu collapse der!! (Tak sedar diri). Belum sempat aku letak ganggang telefon, Tiba tiba dia rentap oxygen highflow mask yang aku pakaikan. Dia jerit kuat JEBATT!!! dan tak sedarkan diri. Aku cek vital sign semua dah drop!!! Bp 57/32!!! Spo2 68%!! Aku rasa pernafasan dah takda. Konfem. Nadi masih ada tapi lemah! rasa tak rasa time tu. Terus aku pakai kan jugak highflow mask tu. Kepala aku mintak anak dia donggakkan (ala ala head till chin lift) Tak sempat cari dan setup BVM. Nak suruh anak dia, tak taw apa. Dengan pantas aku melompat naik atas katil tu. Dada pakcik tu aku tekan. Deep and fast. Anak dia dah buat muka tak keruan. “Kenapa bapak saya? Kenapa bapak saya?” Ayat tu yang dia dok ulang. Aku cuma boleh cakap, “Tolong ajar ayah abang mengucap. Bisik kat telinga” sambil berenjut buat compression (CPR).

 

NAMPAK LEMBAGA BERBULU

Kisah seram tu bermula di sini. Tengah aku beriya menekan dada, aku nampak satu kelibat susuk lembaga hitam. Tapi tak berapa jelas dek lampu kalimantang klinik yang terhad dan malap malap. Lembaga tu berdiri disebalik tirai katil kedua. Aku dah meremang segala bulu. Berpeluh sakan. Tapi aku tetap fokus pada pakcik M ni. Tak lama beberapa detik, MA oncall (Abang Lan) muncul. Terkejut tengok aku tengah cpr atas katil. Terus aku mintak dia sambung compress sebab aku dah penat. dan dia mintak aku prepare medication dan set intubation. Lepas siap semua peralatan, aku ambil alih cpr dan Abang Lan terus bagi ubat adrenaline dan lain lain ubat. Kemudian proses intubasi dilakukan. (Masuk tiub salur pernafasan). Aku tergamam seketika. Lembaga yang tadinya hanya mengintai di sebalik tirai kini lebih berani. Sekarang dia berdiri di sisi abang Lan di bahagian kepala pakcik M. Aku tak dapat jelaskan macam mana rupa sebenar lembaga tu. Sebab badan nya hitam berbulu. Tapi yang aku ingat, lidahnya di jelir jelirkan ke telinga pakcik M. Badan nya bongkok.

Aku menggeletar la, apa lagi kan. Seumur hidup tak pernah di zahirkan penglihatan aku dengan makhluk makhluk macam ni. Kena kacau dengan bunyi bunyian tu ada lah. Tapi masa ni, lembaga tu terus buat kerja dia. Tak hiraukan aku langsung. Buat buat tak nampak ke apa aku pun tak pasti. Lepas je selesai bantuan kecemasan dan resusitation, keadaan pak cik M semakin ada improvement (vital sign kembali pickup). Tapi cpr masih aku teruskan. Makhluk bulu tu beralih pula di bahagian kaki pakcik M. Menjilat ibu jari kakinya. Si anak tak henti mengajar dua kalimah suci. Kadang si makhluk hitam tu memasukkan lidahnya dan mengerling si anak. Aku tak dapat pastikan wajah dia sebab dipenuhi bulu. Abang Lan dan driver dah mempersiapkan ambulans. Kami merujuk pakcik M ke Hospital ***** *****. 15 minit perjalanan ke hospital lama sangat aku rasa. Ambulans dah laju kot. Melambung lambung aku dalam tu. Lembaga hitam tadi dah hilang. Tak ikut kami naik ambulans. Aku, Abang Lan dan si anak bertukar tukar buat cpr dan baging BVM. Sampai saja di hospital, siren dibunyikan 3 kali tanda kes Kritikal yang kami bawa dan perlu di tempatkan di zon merah . Sebelum bergerak tadi, Abang Lan dah maklumkan pada staff hospital berkenaan kes ni. Jadi diorang memang dah siap bersedia. Pakcik M diserah kepada staff zon merah. CPR disambung dan tak sampai 5 minit dihentikan. Bukan sebab pakcik M takda respon. Tapi pakcik M yang tadi bertarung nyawa semakin stabil. Nampak proses resusitasi kami tadi memang efektif dan berhasil. Alhamdulillah.

 

BUKAN AKU SEORANG YANG NAMPAK

Sedang kami tengah bersiap siap nak balik ke klinik. Sebelum aku keluar, aku nampak lagi lembaga hitam tu. Tapi kali ni dia memjilat darah pesakit yang terlibat MVA (kemalangan). Seriau aku bukan kepalang. Aku baca ayat qursi. Lepas tu terus keluar beredar dari zon merah masuk ke ambulans. Menggigil woii.. Abang Lan perasan kelakuan aku lain macam. Dia kata dia faham dan rupanya dia pun nampak mende bulu tu! Aku ingat aku sorang je nampak. Dalam ambulans kami bukak ayat suci alquran. Jam dah pukul 6.15 pagi. Abang Lan mintak driver untuk berhenti kat masjid tepi jalan untuk solat. Padahal boleh je solat kat klinik nanti. Tapi aku faham. Untuk mengelakkan apa apa makhluk ikut kitorang sampai quarters. Kes tu selesai kat situ. Paginya aku masuk lewat. Pukul 10 baru aku masuk klinik. Dapat perlepasan dari Abang Lan sebab kes gila semalam. Aku masuk je klinik, Akak nurse (Kak T) dengan JM cakap tahniah. Hebat sekarang handle kes. Dah boleh kerja dah. Aku sengih je lah mampu. Terbayang pulak lembaga hitam berbulu semalam. Cepat cepat aku buat kerja nak hilang rasa takut. Aku difahamkan yang pakcik M survive. Dia sekarang ditempatkan di unit ICU. Tapi rupanya perkenalan aku dengan pakcik M tak tamat kat situ. Jeng jeng jengg…

 

PESAKIT TU DATANG LAGI

Kemuncaknya, selang seminggu dari hari kejadian, minggu terakhir aku. pukul 11.35 malam. Aku ingat lagi masa tu hari khamis. Aku baru lepas makan. Masak telur dengan nasi jee.. tengah basuh pinggan, ada orang ketuk pintu. Actually, lepas kes pakcik M, belum ada lagi patient yang datang malam macam tu. Yang ada pun dia tak ketuk, tapi dia call no phone aku (ada tertera depan klinik). Aku dah gelabah sikit. Cuak pun ada, fobia laa senang cerita. Tapi ketukan kali ni lemah je bunyi. Tak kuat macam yang aritu. Macam nak roboh quarters aku anak pakcik M ketuk. Aku capai stetoscope dan phone. Aku bukak pintu perlahan je. Sebab seriau. Tapi bila dah bukak, terperanjat Ya Allah bukan kepalang. PAK CIK M weiiii. Tercungap cungap dia kata dada sakit sambil tunjuk kat dada. Aku dah lemah gemalai dah. Korang agak kenapa aku cuak??? Haaa.. sebab pertama, Pak Cik M!! Patient minggu lepas yang datang dengan keadaan yang sama (kali ni ok sikit boleh ckp). Aku cuak dia collapse lagi! Dan aku pelik. Tak kan secepat ni pakcik M yang jantungnya terhenti minggu lepas, kemudian selamat dan masuk ICU, boleh discaj secepat ni!. Sebab kedua aku cuak, apa lagi oiii.. Lembaga hitam bulu bulu tu! Masa tu terus aku perhati sekitar. Nak tengok ada pengiring atau tak. Takda! Pakcik M datang sorang. Rumah dia memang area depan klinik ni je. Dia kata dia jalan kaki. Anak dia takda. Keluar. Jadi dia jalan ke klinik. Tapi suara dia tersekat sekat lepastu perlahan. Aku pun dengar tak dengar je sebenarnya.

 

RAKAN SEKERJA SURUH TINGGALKAN PESAKIT

Aku papah pakcik M ke klinik. Beberapa tapak je sebenarnya. Badan Pakcik M sejuk! Meremang bulu roma bila sentuahan pertama aku kena kat badan dia. Aku duduk kan pakcik M atas katil. Aku pasang cuff BP dan tunggu reading. Pelik! No reading kot! Pulse oxymeter pun sama! Berbunyi bunyi mesin tu sebab tak dapat detect. Pakcik M masih tercungap. Aku ambil pulak mesin glucometer (mesin cek gula). Aku cek, tapi darah tak keluar der! Aku fikir ni tak boleh jadi ni. Aku bagi oksigen je masa tu. Bagi mengelak sebarang kemungkinan, dah la aku sorang. Baik aku call MA oncall. Masa tu Akak S punya duty. Aku mintak pakcik M tunggu. Dia mengangguk lemah. Tapi aku perasan pakcik M sempat tersengih. Aku balas sengihan dia tldengan senyuman ikhlas aku (terasa naif) tepuk dahi. Aku berjalan ke arah telefon klinik atas meja. Meja telefon tu di sebalik tirai katil kedua (seramkan!)huuhuuhuu. Korang jangan risau. Masa tu aku tak nampak pun lembaga bulu bulu tu. Lepas je aku explain condition patient kat akak S aku cakap laa pasal pakcik M. Aku kata patient tu pakcik M. Tapi korang tahu, akak tu suruh aku balik quarters tinggalkan pakcik M kat situ. Aku jawab lah. “Aikk kak, pakcik ni tak stable ni. Mana boleh tinggal.” Tapi akak S kata “tinggal aja, nanti akak bagi tahu kenapa” aku pelik yang amat. Apahal ni! Aku dah rasa macam nak pergi je rumah akak S tu tanya kenapa. Aku letak ganggang telefon klinik tu. Lepas je aku selak tirai katil kedua tu, langkah pertama aku terhenti. korang taw apa yang aku nampak!!!!

 

PESAKIT ITU HILANG DAN AKU LARI LINTANG PUKANG

Taraaaaa… pakcik M dah hilang! Berlari aku keluar klinik melilau cari kelibat pakcik M. Tapi tak ada oii!!! Risau jugak dia merajuk sebab lama tunggu rawatan. Oksigen mask dia biar terbuka. Tak sampai beberapa detik, satu lampu kalimantang dalam klinik tu terpadam. Tinggal satu lampu malam hidup segan mati tak mahu. Aduhhhhh apa pulak ni. Aku nak balik quarters. Tapi aku perasan yang oksigen masih terbuka. Selangkah aku nak tutup oksigen, HAHAHAHA!!! HAHAHAHA!!!! bunyi suara garau kelak kat aku duhhh!. Suara tu kat belah belah side gelap dalam klinik tu. Aku terpaling arah tu. Nampak sosok lembaga berbulu hitam. Kali ni jelas mata merah menyala, lidah panjang tirus terjelir. Badan bongkok kebawah. Cuma 10 meter dari aku. Oksigen yang aku terpikir nak tutup tadi aku biarkan. Berlari lintang pukang aku ke quarters! Yang menyedihkan aku rasa korang boleh agak. Quarters aku tu sepelaung je dari klinik!!! Kalau kau bisik pun boleh dengar eii! Nasib aku tak berapa baik. Aku kunci pintu, aku masuk bilik berselimut. Aku baca ayat yang patut. Ayat ayat untuk memagar rumah pun cepat je terlintas kat otak aku time tu. Tak lama berapa minit, pintu kena ketuk lagi! Sumpah aku tak bukak. Kalau ada patient pun biar je lah dia call. Tak lama tu bunyi ketukan berhenti. Aku menggigil dan terus tertidur.

 

PESAKIT ITU DAH MATI DAN YANG DATANG ADALAH KHADAMNYA

Esok pagi, aku bangun pukul 7.00pagi. Subuh gajah lah. Nak buat macam mana kan. Aku tak demam. Tapi badan sakit sakit. Dah bersiap semua, aku kena jugak pergi masuk klinik. Nak dapatkan kepastian dari akak S. Apa yang jadi sebenarnya (walaupun dia takda kat scene). Pukul 7.50, Masuk je klinik, kak T tanya aku. “Ada kes ke semalam?” Belum sempat aku jawab dia tanya soalan kedua. “Apa pasal awak tak tutup oksigen? Dengan biar katil bersepah. Lampu kipas tak tutup, Clinical waste punya sampah bertabur,” kalau korang nak tahu, sampah clinical waste tu banyak gauze yang ada darah patient. Tersentak aku. Aku cuma boleh jawab “haah, ada kes semalam…”. Belum sempat habis cakap dan cerita apa yang jadi, akak S yang baru masuk dari pintu terus tanya aku. “Macam mana semalam? Awak balik quarters tak?”. Aku jawab laa “Berlari balik quarters!”. Kak T pelik. akak S buat muka serius. “Kamu tak tahu ke? Pakcik M baru meninggal pagi semalam. Dah kebumi dah pun petang semalam”. Aku apa lagi! Tersentak sentak sentak laa… aku cuma fikir yang lembaga hitam bulu tu menyamar jadi pakcik M. Tapi sebenarnya memang pun. Cuma di tambah dengan berita pakcik M dah meninggal. PAGI semalam. PETANG dah kebumi. Sah sah yang MALAM bukan dia.

Kak T cuma dengar dan buat muka terkejut juga. Kak T staff paling lama yang berkhidmat kat klinik ni. Ikut apa yang kak T bagi tahu, orang kampung semua dah tahu yang Pakcik M memang membela dan ambil khidmat “perubatan islam” alternatif. Tak pasti sejauh mana “keislamannya”. Jadi, jelas sudah yang makhluk hitam berbulu tu khadam atau belaan pakcik M. Aku terkesima yang amat. Kak T pun tak jadi nak marah pasal barang tak kemas tu. Dalam hati aku, nasib baik ni minggu terakhir kat sini. Kalau lama lagi. Mati woii!! Nak mengadap. Aku tak laluuuu.. huh! Sebab tu aku kata ni pengalaman yang paling aku ingat sampai bila bila. Dan lepas dari kejadian tu, aku dah tak nampak lembaga hitam berbulu tu. Kisah aku, pakcik M, Lembaga bulu bulu terkubur di klinik tu. Sampai sekarang baru aku bukak cerita kat orang. Aku tak cerita kat member lain. Sebab ada lagi kawan aku yang akan masuk taging kat klinik tu. Selesai jugak tanpa sambungan. Apa apa pun, Wallahua’alam bisawab…

Kredit – MR H

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Kisah Seram

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *