‘Tiada Lagi Panggilan Kejut Solat Subuh’ Inilah Luahan SAYU Isteri Ustaz Yg Terkorban Kebakaran Pusat Tahfiz.

| September 16, 2017 | 0 Comments

‘Tiada Lagi Panggilan Kejut Solat Subuh’ Inilah Luahan SAYU Isteri Ustaz Yg Terkorban Kebakaran Pusat Tahfiz.  | MALAYSIA TULAR – TUMPAT: “Tiada lagi suara suami mengejutkan saya untuk solat Subuh. Itu cuma kenangan saya buat selama-lamanya.”

 

 

Nor Fatihah Othman, 32, masih sayu mengenang tragedi yang meragut nyawa suaminya, Mohd Amrul Nizam Sakarno, 25, dalam tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittafaqiyah di ibu negara, kelmarin.

Kali terakhir suaminya menelefon untuk solat Subuh adalah Rabu lalu, sehari sebelum kejadian berkenaan.

 

PELIK SUAMI TIDAK MENGHUBUNGINYA

“Kami tinggal berasingan kerana saya belajar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan dan kali terakhir bertemu adalah Isnin lalu selepas pulang bercuti di kampung sempena Aidiladha.

“Pagi Khamis lalu, saya berasa pelik kerana suami tidak menghubungi seperti biasa dan saya cuba menelefon suami pada jam 6.30 pagi, namun tidak berjawab.

“Tidak lama kemudian, seorang bapa pelajar pusat tahfiz itu menghubungi saya dan bertanyakan kejadian itu.

 

 

“Dari situlah saya mengetahui mengenainya. Patutlah saya berasa berat hati untuk berpisah pada Isnin lalu… itu hari terakhir kami bersama,” katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di Kampung Tujoh di sini, hari ini.

 

PESANAN SUAMI

Nor Fatihah berkata, suaminya sentiasa berpesan supaya menghabiskan pengajian walau apa yang berlaku.

Ketika urusan pengecaman mangsa petang semalam, hanya bapa mentua dan sepupunya membuat pengecaman.

“Saya tidak sanggup kerana terlalu sedih. Mulanya saya sangkakan dia rentung tetapi bapa mentua berkata keadaan fizikal suami masih elok.

“Dalam sedih sebegini, saya tetap berbangga dengan suami yang menggadai nyawa untuk menyelamatkan pelajar,” katanya.

Jenazah Mohd Amrul Nizam dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Tujoh jam 2.40 pagi tadi.

 

Kredit : BH

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Viral

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *