Beberapa Peserta Pancaragam Ini X Mampu Beli Kasut Kulit. Apa Yg Guru Ini Lakukan Buat Pelajarnya TERKEJUT !!!

| October 4, 2017 | 0 Comments

Beberapa Peserta Pancaragam Ini X Mampu Beli Kasut Kulit. Apa Yg Guru Ini Lakukan Buat Pelajarnya TERKEJUT !!!  | MALAYSIA TULAR – Kumpulan pancaragam (marching band) merupakan kumpulan muzik yang dipersembahkan di kawasan terbuka sambil melakukan pelbagai jenis perbarisan.

 

 

Kumpulan pancaragam Sekolah Menengah Hualianhua Ren telah ditubuhkan kira-kira setahun yang lalu dengan 16 orang ahli kumpulan.

Guru penasihat kumpulan ini iaitu Cikgu Zhao Chunlong sentiasa mengingatkan pelajarnya untuk melakukan persembahan yang terbaik.

Berdasarkan kepada keupayaan mereka dengan mengikuti irama muzik sekali gus membuktikan kepada dunia tentang bakat mereka.

 

 

Akan tetapi, hampir separuh daripada ahli kumpulan ini mempunyai latar belakang keluarga yang miskin. Jadi, untuk menjalankan latihan muzik, mereka terpaksa meminjam alat muzik daripada sekolah lain dan berkongsi alat muzik tersebut sesama mereka.

Jika mereka tidak boleh meminjam alat muzik daripada sekolah lain, mereka hanya akan berlatih dengan mendengar muzik dan berimaginasi seolah-olah mereka sedang berlatih memainkan alat muzik.

 

 

Baru-baru ini, kumpulan pancaragam tersebut telah menyertai satu pertandingan. Mereka telah meminjam baju seragam sekolah dan menyewa beberapa alat muzik untuk dipersembahkan dalam pertandingan tersebut.

Akan tetapi, mereka tidak mampu untuk membeli kasut kulit.

Kemudian, cikgu Zhaodan dan ketua kumpulan berkenaan iaitu Lin Fuxiang berjaya memikirkan idea untuk menggunakan pita pelekat berwarna hitam bagi meniru rupa kasut kulit yang berkilat! Bijak bukan?

 

 

Walaupun mengalami beberapa halangan sebelum pertandingan, para pelajar ini ternyata enggan mudah menyerah kalah.

Pengetua sekolah berkenaan, Liang Zhongzhi ternyata berasa sedih dengan situasi tersebut namun para pelajar ini berjaya membangkitkan semangatnya dengan berkata, “Berjaya membuat persembahan di atas pentas sudah merupakan langkah besar untuk kami!”

 

 

Semangat kumpulan ini untuk memenangi pertandingan semakin membara. Ketiadaan kasut kulit hanya masalah kecil.

Justeru, mereka bertekad untuk melakukan persembahan yang sangat mengagumkan dan boleh menarik perhatian semua penonton.

Pertandingan tersebut merupakan persembahan pertama mereka dalam pertandingan di peringkat daerah dan mereka berjaya membawa pulang kejayaan!

Walaupun sekolah tersebut tidak mempunyai dana mencukupi, bakat anak-anak ini mula dikesan dan akan diasah sebaik mungkin.

Pengetua Liang turut menyatakan akan menghubungi persatuan tempatan bagi memohon dana dengan harapan pelajar-pelajarnya berupaya untuk menyertai lebih banyak pertandingan di masa hadapan.

Diharap dengan bantuan dana tersebut, para pelajar ini boleh mengecapi impian mereka dengan cemerlang!

Kredit : Era Baru

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: KISAH KEHIDUPAN

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *