Dapat Jiran Yg Berperangai PELIK Selama 20 Tahun. Jumpa ‘SESUATU’ Slps Mereka Pindah Buat Ramai MUNTAH !!!

| October 8, 2017 | 0 Comments

Dapat Jiran Yg Berperangai PELIK Selama 20 Tahun. Jumpa ‘SESUATU’ Slps Mereka Pindah Buat Ramai MUNTAH !!! MALAYSIA TULAR – Kita tidak boleh mengelak dari hidup berjiran dan paling tidak sedikit sahaja kita perlu mengenali mereka.

 

 

Tetapi bagaimana jika ada jiran yang langsung tidak mahu mengenali jirannya dan ditambah pula dengan kelakuan mereka yang pelik dan membuat jiran-jiran lain tertanya-tanya.

Jiran ini telah tinggal di satu kejiranan selama 20 tahun dan tidak bergaul dengan jiran mereka yang lain. Kelakuan mereka selalu dianggap pelik dan mencurigakan oleh jiran yang lain.

Jiran yang lain telah mengetahui dengan melihat keadaan rumah mereka yang agak menyeramkan dari luar dan mereka mungkin melakukan sesuatu yang buruk di dalam.

Semuanya terbongkar apabila mereka telah berpindah dan meninggalkan rumah tersebut.

Selepas jiran yang pelik ini berpindah, ada segelintir jiran yang berperasaan ingin tahu telah pergi ke rumah tersebut untuk melihat keadaan dan persekitaran dalam rumah tersebut.

Kebetulan ia tidak berkunci dan dibiarkan begitu sahaja.

Mereka telah memasuki rumah tersebut dan berasa sangat terkejut apabila melihat keadaan di dalam rumah itu.

 

 

Mereka mendapati rumah itu tidak ubah seperti tempat pembuangan sampah dan kumbahan.

Terdapat sampah, najis haiwan, makanan busuk , kulat dan lendir yang menjijikkan serta meloyakan di dalam setiap bilik yang mereka masuki.

Jiran-jiran ini cuba menutup hidup dengan topeng muka yang mereka bawa, tetapi bau busuk dan meloyakan tetap menusuk ke hidung walaupun telah menutupnya dengan topeng muka.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana jiran yang pelik ini boleh hidup dalam keadaan yang sebegini.

Mereka boleh hidup di dalam tempat yang boleh disamakan dengan tempat pembuangan sampah.

 

 

Kini, jiran-jiran ini baru memahami bagaimana jiran yang pelik ini tidak pernah keluar dari rumahnya, memanggil pengutip sampah ke rumah mereka, membersihkan halaman rumah dan membiarkan anjing mereka bermain di luar.

Dengan pintu rumah yang sentiasa tertutup, maka tidak hairanlah mereka melakukan semua aktiviti di dalam rumah termasuk membuang sampah, makanan dan kesemua barangan yang mereka beli dan pesan dibuangkan begitu sahaja di dalam rumah tersebut.

Jiran ini sebenarnya mempunyai masalah mental yang sangat serius.

Mereka berasa malu dan takut untuk bergaul dengan jiran yang lain dan orang sekeliling lalu mencipta persekitaran untuk diri mereka sendiri sahaja tanpa mahu mendapat bantuan orang lain.

Jika mereka berpindah ke tempat lain, mereka akan melakukan perkara yang sama kerana penyakit mental ini masih belum diubati.

 

 

Seperti dalam siri dokumentari Amerika popular “Hoarders”, begitulah yang boleh digelarkan kepada jiran yang pelik ini.

Mereka mempunyai penyakit mental yang suka menyimpan barangan dan sampah yang difikirkan kesemuanya berharga dan tidak boleh dibuang.

Apabila menjadi begini, mereka menjadi pembuat susuh dan penyimpan sampah yang bermasalah. Golongan ini mempunyai penyakit yang perlu dibawa kepada pakar psikologi untuk disembuhkan.

Mereka sudah tidak tahu membezakan mana barangan yang perlu disimpan dan mana pula yang perlu dibuang.

Apabila timbul perasaan sayang kepada kesemuanya, mereka mula mengumpul dan meletakkan kesemua barangan itu menjadi satu timbunan yang sudah tidak dapat dibezakan antara sampah dan barangan berharga.

 

 

Antara tanda dan simptom anda mungkin menjadi pembuat susuh dan sampah bermasalah adalah seperti berikut:

Anda mengecilkan ruang kehidupan dimana aktiviti biasa dan pergerakan anda telah dibataskan kepada satu ruang dan tempat tertentu sahaja.

Anda tidak mempunyai keupayaan untuk membuang benda yang perlu dibuang seperti barangan dan makanan yang sudah rosak dan luput tarikh.

Anda cukup menyukai untuk menindankan suratkhabar, majalah dan risalah lama sehingga bertahun-tahun lamanya sampai ia telah berubah rupa , warna dan sifat.

Anda mengalihkan barangan lama tetapi tetapi tidak pernah berfikir untuk membuangnya kerana berasa sayang.

 

 

Anda mengumpulkan kesemua barangan yang sudah dikira sebagai sampah seperti kotak tisu yang sudah diguna, tisu yang sudah dipakai dan tuala yang diambil dari restoran.

Anda berasa bingung apabila memikirkan untuk mengemas dan mengurus barangan supaya menjadi kemas dan tersusun.

Oleh itu anda akan duduk sambil mengambil masa yang lama membuat keputusan untuk mengemas. Akhirnya anda membiarkan sahaja kesemua barangan itu selamanya di situ.

Anda sering berasa malu dan segan untuk menunjukkan barangan dan sampah anda kepada orang lain dan takut mereka akan memikirkan kesemua perkara yang negatif tentang diri anda.

Maka anda membuat keputusan untuk menyimpan sahaja kesemua sampah itu.

Anda merasakan hak anda kepada sesuatu barangan itu sebagai hak yang mutlak. Orang lain tidak boleh menyentuh dan meminjam hak kepunyaan anda.

Lalu dengan perasaan sayang yang terlalu melampau, anda menyimpan kesemua barangan itu tanpa mahu melepaskannya.

 

 

Anda menghadkan interaksi anda dan tidak mahu bergaul dengan orang sekeliling. Kadangkala anda tidak mahu keluar dari rumah langsung walaupun untuk membuang sampah.

Dengan itu tidak hairan anda membuang sahaja sampah dan makanan di dalam rumah. Dan berfikiran tidak mengapa walaupun rumah anda berbau busuk.

Pembuat susuh juga berfikiran kesemua barangan yang ditindan dan dikumpulkan akan mempunyai kegunaannya di masa hadapan walaupun ia satu bekas plastik yang telah mengeluarkan bau dan sudah beracun.

Apabila anda telah berada ditahap yang seperti ini, sememangnya anda mempunyai masalah dari segi mental dan berjumpalah dengan pakar yang boleh menyelamatkan diri anda.

Dengar nasihat ahli keluarga atau rakan-rakan yang ingin membantu.

Apabila anda telah menjadi pembuat susuh dan sampah yang bermasalah anda akan mengundang masalah kesihatan, kebersihan dan risiko kebakaran.

Rumah anda juga akan mengundang haiwan yang kotor seperti tikus dan lipas serta haiwan berbisa seperti ular.

Bukan rumah anda sahaja akan mengundang risiko dan bahaya. Malah akan membabitkan rumah jiran-jiran anda juga.

Jadi, apabila anda bermasalah dengan membuat susuh dan sampah, pergilah dengan segera mendapatkan bantuan dari pihak yang pakar yang boleh menyelesaikan masalah anda.

Kredit : Era Baru

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KISAH KEHIDUPAN

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *