Lelaki ini Tinggalkan Majlis Perkahwinannya. Rupa²nya Bapa Pengantin Perempuan Minta ‘SESUATU’ !!!

| October 11, 2017 | 0 Comments

Lelaki ini Tinggalkan Majlis Perkahwinannya. Rupa²nya Bapa Pengantin Perempuan Minta ‘SESUATU’ !!!MALAYSIA TULAR – SEORANG pengantin lelaki di Arab Saudi meninggalkan majlis perkahwinannya dipercayai tanda protes selepas diminta membenarkan bakal isterinya memandu selepas berkahwin.

 

 

Permintaan itu dibuat bapa pengantin perempuan sejurus sebelum majlis bermula.

 

TERKEJUT PERMINTAAN BAPA MERTUA

Pengantin lelaki itu yang sebelum ini telah bersetuju untuk membenarkan isterinya terus bekerja dan membayar wang hantaran berjumlah RM45,000 terkejut dengan permintaan tersebut dan bertindak meninggalkan majlis.

Laporan Daily Mail menyebut, pengantin lelaki bagaimanapun masih sempat meminta ahli keluarga menghidangkan jamuan makan malam untuk keluarga tunangnya, namun tidak menyertai mereka.

 

 

Tidak dapat dipastikan jika pasangan itu akan meneruskan hasrat mereka untuk berkahwin atau tidak.

 

 

BENAR KAUM HAWA MEMANDU

Kerajaan Arab Saudi minggu lalu telah mengeluarkan kenyataan membenarkan kaum wanita di negara itu memandu kenderaan bermula Jun tahun hadapan.

Sebelum ini, Arab Saudi merupakan satu-satunya negara di dunia yang tidak membenarkan golongan wanita memandu.

 

 

Kredit : Astro Awani

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Kisah Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *