Nak Duit Insuran Isteri RM665.000. Apa Yg Lelaki Ini SANGGUP Lakukan Pada Isterinya Sangat KEJAM !!!

| October 9, 2017 | 0 Comments

Nak Duit Insuran Isteri RM665.000. Apa Yg Lelaki Ini SANGGUP Lakukan Pada Isterinya Sangat KEJAM !!! | MALAYSIA TULAR – Seorang sarjan tentera cuba untuk membunuh isterinya dengan mensabotaj payung terjun wanita berkenaan serta membuka injap gas di dapur.

Emile Cilliers, 37 tahun telah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan merosakkan injap gas secara sengaja di rumahnya sebelum keluar dari rumah tersebut.

Tindakan Emile dikatakan berpunca setelah dia mengadakan hubungan sulit dengan seorang wanita bernama Stefanie Goller yang dikenali menerusi aplikasi Tinder.

Setelah gagal dalam insiden gas tersebut, Emile dikatakan telah memberikan cadangan kepada isterinya, Victoria, 40 tahun yang juga merupakan seorang ahli terjun udara berpengalaman untuk melakukan aktiviti terjun udara pada hujung minggu.

Akan tetapi, pada tanggal 5 April 2015, sebaik sahaja Victoria terjun daripada pesawat ringan Cessna Caravan yang sedang terbang di udara pada ketinggian 4,000 kaki itu, payung terjunnya gagal berfungsi sekali gus membuatkan Victoria jatuh tersembam ke darat dengan teruk.

Walaupun mengalami kecederaan parah dengan patah rusuk, patah tulang selangka, patah kaki dan beberapa lagi kecederaan pada tulang belakang, Victoria masih hidup dan telah terlantar di hospital selama tiga minggu.

Hasil siasatan mendapati dua kelengkapan utama pada payung terjun tersebut yang menghubungkan tali abah-abah dengan payung terjun telah hilang!

Emile dipercayai melakukan cubaan membunuh tersebut setelah mendapati dirinya dikelilingi hutang sebanyak RM122,000 pada tahun 2015. Justeru, Emile percaya kematian isterinya akan memberikannya insurans bernilai RM665,000.

Walau bagaimanapun, tanpa pengetahuan Emile, Victoria telah mengubah wasiatnya pada Disember 2014 dan membuang nama Emile sebagai penerima wasiat.

Victoria merasakan suaminya tidak boleh dipercayai untuk menguruskan hartanya dengan baik.

Siasatan lanjut diteruskan dan polis mendapati berlaku kebocoran gas yang disengajakan di rumah pasangan tersebut.

Insiden ini dipercayai berlaku sekitar 28 ke 29 Mac 2015 iaitu beberapa hari sebelum Victoria mengalami kemalangan terjun udara.

Emile dikatakan telah meninggalkan rumah dan memandu ke berek tentera di Surrey setelah merosakkan saluran gas dapur tersebut.

Keesokan harinya, Victoria telah menghubungi Emile untuk memberitahu bahawa dia terhidu bau gas di dapur rumah.

“Awak ada ubah tuil gas dapur ke? Saya ada nampak darah kering di sekitar tuil gas itu,” mesej Victoria yang dihantar kepada Emile.

Emile kemudian memberikan respon pelik dan bertanya sama ada dapur gas tersebut masih berfungsi.

Victoria tidak menuruti pertanyaan suaminya tentang dapur gas tersebut dan bertindak membuka pintu dapur bagi mengeluarkan gas dari dapurnya.

Malah, Victoria turut sempat bergurau dengan bertanya kepada suaminya, “Awak cuba untuk bunuh saya ke?”

Mahkamah kemudiannya meneliti insiden kemalangan payung terjun tersebut dan mendapati terdapat seseorang yang telah mensabotaj payung terjun Victoria.

Hal ini demikian kerana, Victoria merupakan pelatih terjun udara yang berpengalaman dan telah melakukan lebih 2,600 terjunan tanpa sebarang masalah.

Memandangkan semua bukti lebih terarah kepada Emile, pihak mahkamah memutuskan untuk menjatuhkan hukuman terhadap dua pertuduhan cubaan membunuh Victoria.

Kredit : Era Baru

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: JENAYAH

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *