Pakcik Ini Pergi Ke Kubur Sebanyak 120 Kali Dlm Masa Sebulan. PUNCANYA Buat Ramai SEBAK !!!

| October 19, 2017 | 0 Comments

Pakcik Ini Pergi Ke Kubur Sebanyak 120 Kali Dlm Masa Sebulan. PUNCANYA Buat Ramai SEBAK !!! | MALAYSIA TULAR – Mereka bertemu pada tahun 1948. Ketika itu si teruna berusia 24 tahun dan si gadis baru menginjak usia 16 tahun. Walaupun begitu, perbezaan jarak umur 8 tahun menjadi penghalang perasaan cinta antara mereka.

 

 

Sejak dari awal pertemuan mereka menyedari yang mereka telah bertemu jodoh mereka. Setahun selepas itu mereka memeterai perhubungan dengan sebuah ikatan perkahwinan dan selama lebih 60 tahun mereka tidak pernah berrenggang.

 

 

Pasangan yang telah bersama sejak berdekad lamanya itu gemar menghabiskan masa dengan menjamu selera di sebuah restoran kegemaran iaitu Smith’s Restaurant yang terletak di kampung halaman mereka di Glennville, Georgia.

Mereka kerap mengunjungi restoran tersebut dan telah dianggap seperti sebahagian daripada keluarga. Ianya telah menjadi rutin bermula sekitar pertengahan 2000-an.

Carolyn hanya berhenti menemani suaminya secara fizikal setelah dia meninggal dunia pada Oktober 2013.

 

 

CARA LEPASKAN RINDU.

 

Walaupun telah meninggal dunia sejak tiga tahun lalu, isteri Clarence Purvis masih menemaninya tatkala temu janji makan tengah hari mereka.

“Dia sentiasa menemani saya semasa hayatnya. Dia masih lagi bersama saya sekarang,” ujar Clarence, 93. Dia duduk di satu sudut ruang makan sambil meletakkan dua buah bingkai gambar mendiang isterinya, Carolyn (Todd) Purvis, di atas meja makan di sebelahnya.

Hari itu, Clarence memilih untuk menikmati hidangan ayam goreng. Restoran tersebut juga dipenuhi pengunjung lain yang rata-ratanya datang berpasangan atau berkumpulan.

 

 

SEHARI 4 KALI Ke KUBUR.

 

Bagi Clarence, ianya amat penting untuk meneruskan rutin tersebut, begitu juga dengan rutin yang lain seperti menziarahi Tanah Perkuburan Glennville, tempat isterinya bersemadi, bukan hanya sekali, bukan juga 2 kali, tetapi empat kali sehari! Ya, ianya juga bersamaan dengan 120 lawatan sebulan.

Bukankah itu yang dinamakan cinta sejati?

 

 

TIDAK MASUK AKAL.

 

Ada yang menganggap rutin harian Clarence sebagai keterlaluan dan tidak masuk akal. Ada juga rakan yang mencadangkan agar Clarence mencari teman pengganti bagi mengubat kesunyian.

Mereka juga pasti yang mendiang isterinya pasti memahami keadaan suaminya kini jika itu yang dia mahukan.

“Saya boleh bertanya isteri jika saya boleh mencari seorang kekasih. Awak mahu tahu apakah jawapannya? ‘Kalau itu yang awak mahu, teruskanlah!’. Mudah tapi begitulah cara kami.”

 

MAKAN BERTEMANKAN GAMBAR ISTERI.

 

Namun dia memilih agar cinta hatinya sentiasa bersama, menemaninya selama-lamanya, walaupun semasa hidup mahupun setelah tiada.

Setidak-tidaknya buat masa ini suami mithali ini berasa puas apabila dapat memastikan bekas abu mayat olok-olok isterinya yang disimpan di rumah bersih tanpa sebarang cacat cela.

Dia juga senang menjamu selera bertemankan gambar dan kenangan serta membuat lawatan harian ke pusara mendiang isteri kesayangannya.

 

 

VIDEO :

Unforgettable

"True love never has a happy ending because true love never ends." A love story you don't want to miss >> http://bit.ly/2xacbU3

Posted by NBC12 on Wednesday, September 6, 2017

Kredit : Era Baru

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: Kisah Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *