PELIK Lelaki Tua Ini Hadiahkan HP & Duit Pada Kanak² Perempuan. Slps Soal Kanak² Itu Akhirnya TERBONGKAR Rupa²nya…

| October 10, 2017 | 0 Comments

PELIK Lelaki Tua Ini Hadiahkan HP & Duit Pada Kanak² Perempuan. Slps Soal Kanak² Itu Akhirnya TERBONGKAR Rupa²nya… | MALAYSIA TULAR – Tindakan licik seorang lelaki warga emas menghadiahkan telefon bimbit dan memberikan wang kepada kanak-kanak perempuan bagi menutup perbuatan terkutuknya mencabul mangsa akhirnya terbongkar.

 

 

Suspek yang dikenali sebagai Tarmo, 57, didakwa kerap melakukan penderaan seksual ke atas mangsa yang berusia sembilan tahun di rumahnya di Pulo Gadung, Jakarta Timur.

Memetik Tribunnews, insiden tidak bermoral itu dapat dihidu oleh jiran yang juga pengasuh mangsa selepas mendapati kanak-kanak itu mula berubah daripada periang kepada seorang yang pendiam.

Menurut Rinawati, 28, dia mengesyaki sesuatu tidak kena selepas mangsa kelihatan murung seolah mengalami tekanan, selain turut menemui tompokan darah pada seluar mangsa.

Curiga dengan penemuan itu, Rinawati bertanya kepada kanak-kanak itu namun mangsa enggan menceritakan apa-apa.

 

 

Tambah Rinawati, hampir setiap hari mangsa pergi ke rumah suspek kerana diajak oleh warga emas itu.

Bimbang sesuatu tidak diingini berlaku kepada mangsa, Rinawati bertindak mengintip rumah suspek ketika mangsa berada di rumah tersebut kira-kira jam 6.30 petang, Jumaat lalu.

Rinawati cuba memanggil nama mangsa, namun panggilan itu tidak disahut oleh kanak-kanak itu sebelum beberapa minit kemudian suspek keluar dari rumah dan memaklumkan bahawa mangsa tiada bersamanya.

“Beberapa jam kemudian selepas keadaan sunyi, mangsa dilihat keluar dari pintu belakang rumah suspek.

 

 

Sebaik sahaja mangsa keluar, saya dan penduduk kampung lain terus menyoal siasatnya,” kata Rinawati dipetik portal tersebut, hari ini.

Selepas di soal siasat, akhirnya mangsa mengaku menjadi mangsa seksual suspek dan kerap diraba.

Difahamkan, sebaik sahaja selesai melakukan perbuatan terkutuk itu, suspek memberikan wang kepada mangsa, bahkan pernah membelikan telefon bimbit dengan tujuan supaya kanak-kanak malang itu tidak menceritakan kejadian tersebut kepada orang lain.

 

 

“Disebabkan sudah berkali-kali (perbuatan cabul) dan sudah tidak boleh dibiarkan lagi, kami melaporkan perkata itu kepada pihak polis,” ujarnya.

Kredit : MD

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: JENAYAH

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *