Suami Isteri Kemalangan Slps Pulang Beli Barang Bayi. Apa Yg Jadi Pada Isteri Dan Kandungan Dlm Perut Buat Ramai SEBAK !!!

| October 18, 2017 | 0 Comments

Suami Isteri Kemalangan Slps Pulang Beli Barang Bayi. Apa Yg Jadi Pada Isteri Dan Kandungan Dlm Perut Buat Ramai SEBAK !!!MALAYSIA TULAR – PILU… Hati lelaki mana yang tidak luluh apabila melihat isteri dan anak dalam kandungan maut depan mata tanpa dapat berbuat apa-apa.

Seorang wanita maut selepas terlibat dalam satu kemalangan membabitkan motosikal dan sebuah lori di Bandung, Indonesia.

Mangsa, Sri Lestari, 34, maut ditempat kejadian manakala penunggang motosikal yang dipercayai suaminya hanya mengalami kecederaan ringan.

PULANG DARI BELI BARANG BAYI.

Difahamkan, pasangan suami isteri yang menaiki motorsikal itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barang persiapan bagi menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka.

Sebaik tiba dilokasi, motosikal yang ditunggangi suami mangsa hilang kawalan dan terjatuh menyebabkan pembonceng tercampak ke lorong lain sebelum digilis oleh sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

PERUT TERBURAI DAN JANIN BERSEPAH.

Akibat kemalangan itu, Sri Lestari meninggal dunia di tempat kejadian dalam keadaan mengerikan di mana isi perutnya terburai dan janin bersepah.

PUNCA KEJADIAN.

Dalam pada itu, menurut saksi kemalangan itu berpunca daripada seorang lelaki yang melintas jalan dan mangsa yang menunggang motosikal cuba mengelak sebelum hilang kawalan.

Anggota penyelamat yang tiba dilokasi segera membuat pembersihan dan membawa jenazah ke hospital untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, pemandu lori dan pejalan kaki itu telah ditahan untuk membantu siasatan lanjut.

Kredit : My News Hub

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: LUAR NEGARA

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *