Wanita Ini PELIK Minta Kerja Jururawat Perempuan Ditolak Sebab dia ‘LELAKI’. PUNCANYA Kerana Nombor Kad Pengenalan !!!

| October 5, 2017 | 0 Comments

Wanita Ini PELIK Minta Kerja Jururawat Perempuan Ditolak Sebab dia ‘LELAKI’. PUNCANYA Kerana Nombor Kad Pengenalan !!! | MALAYSIA TULAR – Semua rakyat Malaysia sememangnya tahu definisi di sebalik nombor yang tertera pada kad pengenalan atau MyKad mereka.

 

 

Enam digit pertama merupakan tarikh dan tahun lahir pemegang MyKad; kumpulan nombor kedua pula mewakili kod negeri kelahiran; manakala digit terakhir dalam siri nombor kad pengenalan menjelaskan mengenai jantina pemilik – angka genap adalah perempuan dan angka ganjil (lelaki).

Namun, agak pelik sekiranya pemegang MyKad memiliki nombor terakhir yang bertentangan dengan jantina mereka, dan itu yang berlaku kepada seorang wanita di Kota Kinabalu, Sabah apabila beliau terpaksa hidup dengan status sebagai seorang “lelaki” selama hampir 20 tahun.

Memetik New Straits Times (NST), Mairinc Patrick, 35, berkata beliau mula menyedari sesuatu tidak kena pada “jantinanya” pada tahun 1999 selepas Jabatan Perkhidmatan Awam menolak permohonannya bagi jawatan jururawat dengan alasan kekosongan itu hanya terbuka kepada pemohon wanita.

Selepas insiden tersebut, baharulah Mairinc menyedari bahawa nombor terakhir pada MyKadnya tertera nombor ganjil (9).

“Saya pergi ke Jabatan Pendaftaran negeri untuk mendapatkan penjelasan dan membetulkan maklumat tersebut.

“Bagaimanapun, apabila saya memohon pasport di Jabatan Imigresen pada 2008, nampaknya (maklumat menyatakan) saya masih seorang ‘lelaki’,” katanya memetik NST.

Beliau juga menjelaskan bahawa Jabatan Pendaftaran hanya melampirkan nota untuk menjelaskan mengenai status jantinanya.

Bahkan, lebih menyedihkan apabila perkara itu terus menyebabkan beliau berdepan dengan kesulitan terutamanya apabila Mairinc mahu membuat perjalanan ke luar negara kerana pihak berkuasa antarabangsa sering meragui kesahihan pasportnya.

Pada 2003, masalah dihadapi Mairinc pernah disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan dan Pengarah Jabatan Pendafataran (ketika itu) memberitahu bahawa isu tersebut telah diselesaikan.

Atas sebab-sebab tertentu, hanya data MyKad beliau yang dikemas kini dan setiap kali berdepan dengan masalah yang sama, Mairinc terpaksa hadir ke institusi tertentu bagi menyerahkan MyKad untuk membuat pengesahan, dan bukannya menyelesaikan perkara itu secara dalam talian atau melalui panggilan telefon, lapor NST.

Mairinc menambah, semasa mahu mendaftarkan perkahwinannya baru-baru ini, beliau ditanya sebanyak dua kali mengenai jantinanya, tetapi mujurlah semuanya berjalan dengan lancar.

Namun, apa yang lebih merisaukan Mairinc adalah sekiranya beliau dikurniakan anak pada masa akan datang.

“Saya tidak kisah kerumitan, tetapi apabila saya mempunyai anak pada masa depan, mereka mungkin berdepan dengan isu di mana mempunyai seorang ibu ‘lelaki’,” katanya.

Kredit :  MD & NST

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Kisah Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *