Bayi Ini Dilahirkan “Tanpa Otak”. 5 Tahun Selepas Itu Apa Yang Berlaku MENGEJUTKAN !!!

| November 20, 2017 | 0 Comments

Bayi Ini Dilahirkan “Tanpa Otak”. 5 Tahun Selepas Itu Apa Yang Berlaku MENGEJUTKAN !!! | MALAYSIA TULAR –  Lima tahun lalu, Shelly dan Rob mengalu-alukan kedatangan anak mereka yang baru dilahirkan yang mereka namakan Noah.

Namun begitu, kegembiraan mereka bercampur dengan perasaan gusar apabila diberitahu doktor bahawa anak yang baru dilahirkan itu tidak mempunyai organ otak.

Tisu di bahagian otak Noah telah mengalami kerosakan teruk dan dia mungkin tidak akan hidup lama. Namun hari ini, Noah sudah membesar menjadi seorang kanak-kanak yang sihat.

Sewaktu Shelly sedang mengandungkan Noah, doktor mendapati janin tersebut mempunyai masalah yang dikenali sebagai spina bifida yang bermaksud terdapat masalah pada perkembangan saraf tunjang anaknya.

Pada masa yang sama, pasukan perubatan di sana juga mengesan kandungan Shelly menghidap masalah yang dikenali sebagai hydrocephalus.

Disebabkan hydrocephalus atau masalah peningkatan paras cecair pada otaknya, otak Noah mengalami kerosakan. Malah, doktor turut meminta Shelly dan Rob untuk menyediakan keranda buat bayi yang masih belum lahir itu.

Tambah doktor lagi, jika Noah masih selamat sekali pun, dia akan hidup sebagai individu kurang upaya.

Doktor mengesan penyakit spina bifida pada Noah sewaktu dia masih berada di dalam kandungan ibunya lagi

Lima tahun lalu, Shelly dan Rob menyambut kelahiran anak lelaki mereka, Noah

Selain masalah spina bifida, Noah juga dilahirkan dengan penyakit hydrocephalus

Keputusan ujian imbasan mendapati hanya 2% bahagian otak di sebelah kiri Noah berfungsi.

Namun begitu, apabila doktor melakukan penilaian semula, mereka terkejut dengan perkembangan kesihatan bayi itu

Keadaan otak Noah bertambah baik. Imej imbasan ini menunjukkan perbandingan keadaan otaknya sewaktu dia berusia setahun dan tiga tahun

Noah mempelajari cara bertutur, mengira, dan ketawa seperti mana kanak-kanak lain pada peringkat umurnya

Hari ini, Noah berusia 5 tahun. Perkembangan otaknya semakin baik dari hari ke hari, tetapi masalah spina bifida yang dihidapinya membuatkan dia lumpuh di bahagian bawah badannya.

Sumber : Era Baru

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: KISAH KEHIDUPAN

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *