KEJAM. Warga Emas Ini DITUMBUK Dan DICEKIK Oleh Pencuri Yg Memecah Masuk Rumahnya.

| November 23, 2017 | 0 Comments

KEJAM. Warga Emas Ini DITUMBUK Dan DICEKIK Oleh Pencuri Yg Memecah Masuk Rumahnya. | MALAYSIA TULAR – Viral di media sosial video seorang lelaki warga emas cedera di bahagian mata dan mengalami pendarahan yang banyak selepas ditumbuk pencuri yang memecah masuk ke rumahnya.

 

 

Video dimuat naik oleh jirannya, Shakieyna, berkata, kejadian berlaku di rumah mangsa di Kampung Semariang Batu, Kuching, Sarawak sekitar jam 12 tengah malam tadi.

“Kesian tengok dia (mangsa). Katanya muka dia ditutup dengan bantal, kemudian ditumbuk. Sekarang tengah tunggu polis datang. Doakan mangsa selamat,” katanya yang difahamkan mangsa telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera.

Difahamkan, pencuri terbabit memecah masuk rumah melalui tingkap dan dipercayai mangsa sedang tidur sebelum menyedari kehadiran lelaki itu yang kemudian menyerangnya sebelum melarikan diri. Pencuri berkenaan juga tertinggal topi dan pisau di tempat kejadian.

 

 

Shakieyna dan keluarganya hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar mangsa menjerit meminta tolong.

“Dia menjerit-jerit meminta tolong, dengan darah pula mengalir dari luka di kepalanya. Pencuri itu cekik, tumbuk dan tutup muka dia dengan bantal yang saya percaya dia cuba membuatkan dia tak sedarkan diri. Mujur mangsa kuat.

 

Di kampong semariang batu kenak rompak .. kesian nangga nenek .. hati2 kampong semariang batu sebab kita ada perompak kesian nenek . Nenek madah muka nya ditutup k bantal pasya ditumbok gik nunggu polis datang gik tokk .. doakan nenek dalam keadaan selamat kinek tok nya g hospital ..😭😭… terkejut habis bila ada orang mintak tolong .. kejadian malam tokk pukol 12 malam

Posted by She's Shakieyna Sha on Wednesday, November 22, 2017

Harap2 nenek cepat semboh tedah gago nya nak berelap ngan darah yaaa .. keco2 darah tokk muak sikit sebab nya kak ngelap sedeh ati nangga nenek polis nang lambat datang .. kejadian di semariang batu ..😥😥 doakan nenek sekkda apa2 yang berlaku ngan nya aminn 😥😥

Posted by She's Shakieyna Sha on Wednesday, November 22, 2017

Sejurus selepas kejadian itu, penduduk kampung juga terus membuat rondaan di sekitar tempat kejadian bagi mengesan suspek, namun tidak dinyatakan perkembangan lanjut mengenainya. Berdasarkan topi tersebut, Shakieyna berkata orang kampungnya percaya topi itu milik salah seorang penduduk di kampung mereka.

Syakieyna berkata, mangsa seringkali mengadu rumahnya dipecah masuk dan beberapa hari yang lalu ketuhar milknya telah hilang. Ketika kejadian itu kira-kira jam 2-3 pagi, mangsa cuba menjerit meminta tolong, malangnya tiada sesiapa yang mendengar jeritan mangsa.

Sumpah run2 aek mata ku nangga video tokk .. Ya Allah nek . Nasib umo tak gik panjang 😭😭😭…

Posted by She's Shakieyna Sha on Thursday, November 23, 2017

Sumber : She’s Shakieyna Sha

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: JENAYAH

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *