Lidah Lelaki Ini Terpaksa Dipotong Kerana ROKOK. Apa Yg Berlaku Selepas Itu MENGERIKAN !!!

| November 23, 2017 | 0 Comments

Lidah Lelaki Ini Terpaksa Dipotong Kerana ROKOK. Apa Yg Berlaku Selepas Itu MENGERIKAN !!!MALAYSIA TULAR – Masih ramai yang mengamalkan tabiat merokok walaupun tahu ia mengancamkan kesihatan. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, tabiat itu dikenal pasti sebagai penyebab utama meningkatnya kadar kematian di negara ini sejak 30 tahun lalu.

 

 

Sungguhpun begitu, ia tidak menghalang mereka daripada meneruskan tabiat ini. Asal tak jadi apa-apa, okay la. Ya tidak?

Malah, sebilangan besar perokok adalah dari kalangan mereka yang mula berjinak dengan tabiat ini sejak remaja.

Berhubung ini, admin ingin berkongsi kisah seorang lelaki muda yang terpaksa mengharungi perjalanan ukar gara-gara tabiatnya itu.

Moga perkongsian ini dapat membuka mata perokok-prokok tegar di luar sana sebelum terlambat.

Mula merokok usia 17, 5 batang satu hari

Muhammad Faid mula merokok ketika berusia 17 tahun dan menghisap limat batang rokok setiap hari bersama rakan-rakannya.

Dia baharu sahaja berusia 24 tahun dan salah seorang pesakit muda yang disahkan menghidap kanser mulut.

Dia kini menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Walaupun punca kanser itu tidak diketahui, doktor berkata kbanyakan pesakit kanser mulut terdiri daripada perokok. Muhammad Faid yang juga pelajar tahun tiga jurusan pendidikan di sebuah universiti berkata pada awalnya mengalami masalah ulser di lidah kirinya.

Bermula dengan ulser merokok

Namun, dia tidak mengendahkannya kerana ia tidak begitu menyakitkan. Ibunya yang hanya mahu dikenali sebagai Anita, 52, berkata luka yang muncul awal tahun lalu tidak hilang begitu sahaja.

Pada November, hasil ujian biopsi mendapati ia adalah kanser. Anita berkata, antara November dan Mei lalu, Muhammad Faid mengalami pendarahan sebanyak empat kali dan terdapat rongga dalam lidahnya. Kanser itu masih di Tahap I dan II pada Februari tetapi pada Mei ia sudah di Tahap III.

Terpaksa potong sebahagian lidah

Susulan itu, doktor terpaksa memotong sebahagian lidah Muhammad Faid pada 17 Mei lalu. Doktor telah membina semula lidahnya dengan kelebihan kulit pahanya dan Muhammad Faid kini boleh bercakap sedikit.

Sungguhpun sudah boleh bercakap, Faid masih lagi tidak boleh makan. Dia difahamkan menerima makanan menerusi tiub manakala lubang telah ditebuk di bahagian trakea bagi membantunya untuk bernafas. Sangat menyedihkan!

Bagi yang seronok merokok itu, moga cepat sedar. Jangan tunggu dah jadi baru nak menyesal.

 

Kredit : OHBULAN! & Twitter Ayim

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *