Mimpi Ditugaskan Bunuh Syaitan. Kata² Syaitan Itu Buat Ramai Orang SENTAP !!!

| November 22, 2017 | 0 Comments

Mimpi Ditugaskan Bunuh Syaitan. Kata² Syaitan Itu Buat Ramai Orang SENTAP !!!| MALAYSIA TULAR – Hi. Assalamualaikum. Aku A. Seorang hamba Allah yang taklah baik mana. Masih berdosa dengan tuhannya. Tapi aku nak ceritakan satu kisah yang aku pernah alami.

 

 

Kisah tentang sebuah mimpi yang pernah jadi kepada aku dalam 5/6 tahun dulu rasanya. Lama dah kan? Tapi aku ingat lagi mimpi tu sebab ia lain dari yang lain.

Mula-mula aku rasa pelik sangat tapi sebab mesej yang ada dalam mimpi tu buat aku masih ingat sampai hari ni. Aku kongsikan kat sini. kalau rasa bermanfaat ambillah.

Dalam mimpi tu, aku seakan diberi tugas. Ada sebuah bilik agak luas dan didalamnya ada beberapa ekor syaitan. Macam mana aku tau tu syaitan?

Entahlah. Aku macam tau sendiri. Dan tugas aku waktu tu aku kena pergi berjumpa seekor daripada ramai2 dalam tu untuk menghalau dia dari situ.

Jadi aku pun pergi terus kedepan seekor setan ni. Waktu tu dia tengah duduk macam orang yang tidur dekat meja dalam kelas selalu buat tu.

Alah yang muka tutup dan tangan bersilang atas meja tu. Ok boleh bayangkan?

Aku pun dah berdiri depan dia. Aku cakap “Bangun. Aku ditugaskan untuk menghalau kau dari sini”

Dia angkat muka. Dalam mimpi tu aku takde rasa gerun pun sebab dia macam manusia biasa cuma riak wajah dia penuh angkuh.

Dia angkat muka dan terus duduk tegak. Dagu didepankan, hidung ditinggikan. Persis seorang yang penuh dengan keangkuhan riak wajahnya.

Dipandangnya aku dengan mata mengecil kebawah sebab dia dah angkat wajahnya tinggi. Serius, apa yang aku rasa masa tu adalah perasaan meluat melihat hamba Allah yang angkuh sangat lagaknya.

“Engkau nak apa?” Tanya setan tu pada aku.

“Aku ditugaskan untuk menghalau engkau dari sini” ulang aku lagi sekali.

“Engkau pergilah halau dia dulu” makhluk tu tunjuk pada seekor setan betina tak jauh dari tempat dia duduk tu.

Aku cakap tak boleh. Tugas aku kena halau kau.

Tak semena-mena dia ketawa. Ketawanya bergema dan kuat dan tetap bernada angkuh.

Lalu aku pun berkata ” ‘A’uzu billahi min asy-syaiton r-rajim’.

Kau tau maknanyakan? Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam.

Engkau tau apa kan, itu lah engkau!! Dan engkau akan direjam. Maka aku berlindung kpd Allah daripada engkau.

Dia berhenti ketawa. Dia pandang tepat pada aku. Dan di sinilah point penting yang aku nak ceritakan. Pesan-pesan setan ini yang masih aku ingat.

Nak cerita semua detail mimpi ni kang panjang sangat pulak. Jadi ini semua point penting pesan makhluk itu pada aku:

” Ya betul. Engkau tau, Allah dah tinggalkan doa dan senjata paling kuat nak mengelak daripada aku dan angkatanku. Tapi manusia tak buat pun. Bacaan itu akan melindungkan engkau daripada aku dan angkatanku.”

Makhluk tu cakap lagi.

“Manusia bodoh. Baca ayat quran pun salah. Engkau tahu, ramai baca ayat kursi tapi tajwid entah ke mana. Aku pun boleh baca” Lalu makhluk tu pun baca ayat kursi dengan sengaja dia salahkan pada tajwid.

 

 

Lalu dengan bongkak dia ketawa dan berkata lagi “Manusia nak perlindungan tapi baca pun salah. Tengok, tak ada jadi apa apa pun kat aku kalau bacaan kau salah”

Aku diam. Cuba nak hadam apa yang makhkuk tu cakap. Memang dalam mimpi tu aku sendiri confused. Tapi yelakan nama pun mimpi. Masa ketika berlangsungnya mimpi tu rasa dia memang real lah.

Dan terakhir sekali, makhluk tu cakap lagi.

“Surah AlFatihah. Hari-hari baca pun ramai salah baca lagi. Sebutan sod kau baca dengan sin, qof jadi kaf banyak lagi huruf sebut pun tak reti. Apa yang kau dapat untuk berlindung diri tu sudahnya tak ada maknanya bila kau sendiri salah sebutan”

 

 

Dalam mimpi tu aku baca Al fatihah dengan jelas dan sebutan yang betul. Part yang aku ingat sekali ‘ihdinas sirotol mistaqim” huruf s mewakili sebutan sod. Lepas aku baca dengan betul aku pun terjaga.

Aku pun tak faham kenapa dalam mimpi tu syaitan pulak yang aku jumpa. Tapi dari mimpi tu memang aku dapat ilmu. 3 isi penting yang indirectly aku anggap seperti pesanan.

Pesanan daripada makhluk yang penuh sombong dan angkuh. Pesanan yang aku ingati sampai hari ini;

1. Bila takut, bila pohon perlindungan dari sebarang gangguan keatas urusan kita ucapkanlah kalimah a’udzu billahi min asy-syaitan ir-rajim.

2. Baca ayat kursi, bacaan dengan lafaz dan tajwid yang betul

3. Baca Al fatihah. Pun bacalah dengan lafaz dan tajwid yang betul.

Itu jelah perkongsian dari aku. Andai bermanfaat, gunakanlah. Walaupun mimpi ni pelik, macam tipu je tapi ni yang aku ingat sampai hari ini. Melekat dalam memori. Dan aku rasa memang betul pun semua pesanan tu, kan?

Wallahua’lam.

Kredit – A, si hamba Allah

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: Kisah Seram

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *